Sunday, 16 June 2013

Terimakasih Suamiku...Selamat Hari Bapa

Setelah hampir 22 tahu kita hidaup bersama, terikat dengan iktan suci pernikahan, terlalu banyak yang kau telah berikan untuk aku dan anak anak… Terimakasih yang tidak terhingga ingin aku luahkan

Kerana telah menjadi imam  yang baik dan yang sangat mengerti terhadap “makmumnya”
Kerana menjadai suami dan bapa yang terhebat dan terbaik buat aku dan anak anak
Kerana menjadi tempat aku dan anak anaki bergantung harap dan kasih
Di atasa kesabaran mu melayani kerenah aku dan anak, tanpa berkeluh kesah

Di atas cinta yang tidak berbelah bagi, kasihsayang yang melimpah ruah
Di atas tanggungjawab yang tidak pernah terabai
Di atas titpan doa buat aku dan anak anak setiap kali sujud mu pada NYa
Pada setiap pengorbanan yang diberikan tanpa mengira waktu dan ketika
Kerana menjadi mendengar yang setia, berkongsi rahsia dan masalaah
Kerana tetap sentiasa bersama dikala waktu gembira dan duka kami
Maafkan kami…
Sekiranya hati ini sering menaruh prasaka buruk, sering rasa curiga….
Sekiranya setiap kata tutur yang terkeluar dari mulut kami sering membuat hati mu terluka
Sekiranya adakalanya permintaan kami seringkali di luar kemampuan mu…
Sekiranya teguran dan pandanganmu kami pandang sepi…
Sekiranya keluhan dan rungutan mu kami tidak hiraukan…
Sekiranya setiap kali huluran tangan mu tidak dibalas dengan ucapan terimakasih…
Insan yang bernama Zainal Aripin bin Zakaria
Terlalu istimewa di hati dan di mata kami …isteri dan anak-anaknya, kami amat berbangga dan bahagia sekali ketika bersama dia,
Insan ini sering tenang dalam menghadapi apa jua dugaan dan ujian, insan ini  yang terlalu pandai menyembunyikan rasa dukanya, susahnya, sakitnya di depan aku dan anak- anak…namum sebagai teman hidupnya aku tahu apa yang terpendam dilubuk hatinya…
Suami ku ini tidak pernah menunjukkan rasa rindunya pada  arwah putra-putra di depan aku atau pun pada  yang lain…tetapi takkala dia bersendirian air mata kerinduan dari seorang mengalir jua….apa yang terbuku terluah jua dikepekatan malam di tas sejadah milik arwah putranya…
Terlalu banyak dia berkorban rasa demi aku dan anak-anak…..
Hatinya selalu sahaje terluka…dek kerana tingkah laku si anak……..

Suamiku…
Betapa aku berterimakasih kepada Allah yang telah mencurahkan rahmat dan rezeki kepadaku dan anak-anak dengan memberikan pemberian yang istimewa seperti mua, mungkin luahan terimakasih tidak cukup untuk menggambarkan dan membalas semua yang kau telah berikan dengan ikhlas untukku dan keluarga kita, namun hanya inilah ku pohon…..terima ungkapan terimakasih ku…….terima kasih suami ku


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>~~~
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ya Allah,
Dialah cahaya hidupku,
Yang membawa aku jauh dari kegelapan yang menyedihkan,
Dialah kebahagiaanku.

Ya Allah,
Dialah semangatku,
Yang tak pernah putus asa dengan aku,
Dialah pendukung aku. 

Ya Allah,
Dialah gelak tawaku,
Di saat aku duka,
Dialah kegembiraanku.

Ya Allah,
Dialah teman aku,
Dialah suamiku.

Ya Allah,
Berkatilah suamiku,
Rahmatilah suamiku,
Murahkanlah rezeki suamiku,
Jauhkanlah suamiku dari dukacita yang menyakitkan,
Kurniakanlah dia kebahagian seperti mana dia membahagiakan aku.

Ya Allah,
Andainya aku yang terbaik untuk suamiku, 
Jadikanlah aku isteri yang baik
Jadikanlah aku isteri yang solehah
Kerana aku ingin membahagiakan dia seperti mana dia membahagiakan aku. 


Isteri yang sentiasa mencintai mu
UmmiMdaza(17/6/2013)





No comments:

Post a Comment