Tuesday, 23 December 2014

SEPETANG DI PUSARA BERNISAN BIRU DIHARIJADI ABANG


Dan harinya pun tiba jua..
23hb december..12 tahun yang lalu insan ini selamat dilahirkan.
Dalam suasana renyai hujan yang membasahi bumi ini..sama keadaannya seperti sekarang..
Abadilah sayang dengan tenang di *alam sana*..
Berbahagialah sayang di Taman syurga Allah..
Bertamulah sayang dalam mimpi mimpi kami...
Walau hanya 8thn 10bln 2 hari.. namun kami cukup bahagia dengn kehadiran dia..
Seorang anak yang menjadi Penyeri hidup kami,Kebahagian kami...
Seorang adik yang disenangi oleh abang dan kakaknya
Seorang abang yang sangat sangat menyayangi adiknya hingga ke akhir hayat..
Cucu yang sentiasa membuat aki dan tok terhibur

~SELAMAT HARI JADI ABANG...MUHAMMAD DZUHIL ABQARI
~TERIMAKASIH YA ALLAH DI ATAS KURNIAAN DAN PINJAMAN BIDADARI SYURGA INI BUAT KAMI
~AKAN KAMI KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..
~SEMOGA KAMI DIKETEMUKAN DI SANA NANTI..



Walau apa keadaanpun kami tetap mau ke sana kerana sudah beberapa hari kami tidak ke sini..itu tekad kami
Ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat anakanda tercinta...
Sebaik saja sampai...terkejut yang amat sangat...luluh perasaan kami
hati terus menjadi sayu dan hiba..airmata yang cuba ditahan mengalir jua.. melihat oersekitaran pusara bernisan biru.. sepohon pokok tua yang sampai waktunya, bersujud di bumi Allah...
Allahuakbar!!!!
Allahuakbar!!!!



Sebak dan Pilu
Ummimdaza
23hb December 2014
11.25am

Monday, 22 December 2014

Tarikh keramat itu pasti tiba jua...

Perasaan jadi tidak menentu..
Ada rasa yang mengetuk ngetuk jiwa..
Dada turun naik menahan sebak..
Hati berbisik bisik lembut..

Mau tak mau..
Suka tak suka..
Ianya pasti tiba jua
Tanpa diundang atau dipersilakan

Esok 23hb Desember..
Rasa tidak sanggup berdepan dgn tarikh keramat itu
Harilahir 2 orang insan  teristimewa dalam hidup ini
Arwah abah dan arwah abang  berkongsi tarikh yang sama

Kini mereka berdua jauh di alam sana
Semoga roh roh mereka berbahagia di bawah lindungan Nya
Ingatan kami bersama mereka tetap utuh.
Saat saat bersama mereka adalah satu kenangan amat berharga


Ingat selalu..
Ummimdaza..
22hbDecember 2014..11.30pm





Saturday, 20 December 2014

ALHAMDULILLAH..SYUKUR..

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh Alam.

Ya Allah!
Berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri

Ya Allah,
ampunilah dosaku dan suamiku, dosa kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, dosa adik beradikku,dosa anak anakku, dosa guru-guruku, dosa jiran-jiranku, dosa rakan-rakanku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Qahhar,
terima kasih untuk kau pinjamkan anak-anak walaupun hanya seketika, anak anak yang sentiasa kami rindui. Meruntun hatiku saat anak kecil itu menangis teresak-esak memanggil memanggil ummi ......
Wahai anak, saat kamu mengerti erti kasih ummi nanti, tiada lain yang ummi pinta selain doakanlah kesejahteraan ummi dan abahmu kerana kasih sayang kami tidak setanding kasih sayang mereka.

Ya Allah Ya Rabbi,
lindungilah aku sepanjang kembara pencarian ilmu ini. Rendahkanlah hatiku sepanjang perjalanan kembara ini, kerana semakin banyak ilmuMu yang ku dapat, semakin banyak lagi yang perlu ku kejar.

Ya Allah Ya Ghaffar,
aku bersyukur pada hari indah ini, Kau masih meminjamkan kasih sayang dari keluarga, saudara saudara, dan sahabatku untuk sentiasa berada di sisi diriku. Sesungguhnya aku tidak mampu hidup bersendirian tanpa mereka. Bahagiakanlah kami. Jauhkanlah kami dari permusuhan dan berpecah belah.
Alhamdulillah!!!
Alhamdulillah!!!
Sykur..syukur..
Amiin..


Ummimdaza
21hb Disember 2014


Thursday, 18 December 2014

Rindu...

Rindu...
Tidak dapat dilihat..
Tidak dapat dipegang..
Tetapi
Rindu dapat dirasa..
Rindu sentiasa disisi
Rindu tidak pernah pudar
Rindu seperti nafas yg sentiasa dihelakan..
Sakit menanggung rindu..
Nikmat juga dikurniakan
RINDU..
Kamu sentiasa ada..
Sentiasa ada disisi..



Yang sentiasa merindui
Ummimdaza
19.12.2014