There was an error in this gadget

Monday, 7 December 2015

Setiap Detik Hanya Nama Di Hati Ini

Semalam...
Didalam tidur ..
Ummi memanggil manggil nama Abang..
Semalam..
Didalam jaga ..
Ummi ternampak kelibat Abang..

Rindunya..
untuk terus memanggil manggil nama itu..
untuk menatap wajah semakin kacak itu..
untuk mendengar suara sudah semakin garau..
untuk mencium pipi yang sudah meningkat remaja.

Tuhan..
Sampaikan salam rindu ini buat anakandaku..
Khabarkan kepadanya bahawa rindu ummi tidak pernah luak..
Bisikkan kepadanya bahawa kasih dan sayang ini tiada penghujungnya
Al Fatihah sentiasa ummi utuskan..
Buat bidadari ku...
MUHAMMAD DZUHIL ABQARI BIN ZAINAL ARIPIN..


Salam Rindu 
Ummimdaza..7hb Desember 2015
11.36 pm