Friday 23 December 2016

ADUHAI ZURIAT SYURGA KU...

Aduhai Zuriat Syurga ku..
Sekarang sedang apa kamu ?
Sedang mencium wanginya syurga kan?
Sudah pakai baju cantik secantik bidadari kan?
Sudah makan segala makanan enak di syurga kan?
Sudah main lari-larian di syurga kan?
Sudah tidur diatas tilam yang paling empuk di syurga kan?

Anak anak kusayang..
Sekarang kamu sudah berbahagia di syurga
Bermain bersama ya sayang di surga
Bahagia di sana ya sayang...
Aman di sana ya sayang..

Bidadari Bidadari Syurgaku..
Tunggukan kedatangan ummi dan abah..
Tidak sabar untuk bersatu semula..
Hidup berbahagia dalam satu keluarga..
Rindu hingga kehujung nyawa

salam rindu..
Ummimdaza..
24hb Disember 2016..




No comments:

Post a Comment