Saturday, 19 April 2014

HARI JADI EMAK YG KE 69 TAHUN

17hb April 2014 kami menyambut ulang tahun emak yang 69 tahun. Tiada majlis yang besar untuk emak, kami hanya membeli kek buat kejutan untk emak, dan kebetulan pada hari itu emak menyediakan laksa pahang kegemaran kami adik beradik. Ini tahun kedua emak menyambut hari jadi tanpa abah disisi. Jangan bimbang emak ...kami adik beradik, anak anak emak dan cucu cucu emak ini akan sentiasa berada disisi emak

Sempena ulang tahun emak kami adik beradik ingin mengambil kesemptan di sini mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR EMAK, semoga emak dipanjangkan umur,diberikan kesihatan  badan yang baik,diberikan ketenangan dan kelapangan jiwa. Dan semoga dibawah jagaan ALLAH SWT.

Tiada hadiah yang istimewa untuk kami persembahankan buat emak, selain dari doa yang tulus iklas dari hati kami, dan jua kasih sayang yang tidak berbelah bagi buat emak...Sesungguhnya emak tidak terbalas walaupun dengan berjuta wang ringgit ataupun timbunan harta
TERIMA KASIH EMAK DI ATAS SEGALA GALA NYA


Anakmu Ummimdaza
17/4/2014  11.05pn







Tuesday, 1 April 2014

Kunjungan Kasihsayang ~Pusara Bernisan Biru

28hb March 2014 (Jumaat)

Assalamualaikum...
Buat ayahanda tercinta..
Putra putra ummi tersayang lagi dirindui..
Dan juga buat penghuni penghuni kubur yang dikasihi
Di petang Jumaat yang mulia lagi barakah ini..kami ke sini lagi
Mengutus alfatihah, menitipkan doa keriduan agar di sampaikan..
Spaerti biasa pusara bernisan biru dan persekitaran kami cuci sebaik baik mungkin
Hari ini kami akan berangkat ke luar daerah selama 2 hari..
Dan selama 2 hari juga kami yakin pusara bernisan tidak akan ada sesiapa yang mengunjunginya...

31hb Mac 2014 (Isnin)

Petang selepas waktu pejabat..
Kami kembali ke rutin harian kami..
Pusara bernisan biru kami kunjungi setelah 2 hari kami tinggalkan
Sebaik melangkah masuk ke kawasan perkuburan..
Mata kami terpaku dan agak terkejut...
Amat bersih dan seperti dijaga rapi..
Keadaan sama seperti kami tinggalkan 2 hari yang lalu..
Terimasih tidak terhingga kami ucapkan kepada hamba Allah yang sudi membershkannya...

1hb Aprl 2014 (Selasa)

Pusara bernisan biru kami kunjungi lagi...
Keadaan masih lagi sama seperti semalam..
Hanya sehelai dua daun kering yang berguguran..
Tanahnya jua masih lembap...
Udaranya masih jua nyaman..
Kicauan burung amat merdu menyanyi nyani..

Cuma pada hari ini disini ada penghuni baru yang akan di semadikan...
Hati menjadi sayu...dan tertanya tanya...
Bilakah pula giliran kami untuk menjadi penghuni disni???
Alfatihah kami hadiahkan buat penghuni yang baru itu..
Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman..
Amiin Ya Robbalalmin...




UmmiMdaza
1hb April 2014...10.11pm








Saturday, 15 March 2014

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Harijadi Ain...15/3/2014

Ahamdulillah selesai sudah majlis tahlil arwah buat insan insan yang kami sayangi..dan doa selamat buat hari kelahiran Nurul Ain Aqilah...anak saudaraku, cucu kesayangan arwah abah, kerana sedari kecil lagi Ain dibesar didepan mata abah dan emak, teman sepermainan arwah Abqari, teman bergaduh dan teman menonton, yang paling istimewanya Ain adalah adik beradik susuan arwah Ashroqi...
Majlis tahlil ini teralalu ringkas...tiada jiran teteangga yang kami undang, tiada sahabat handai yang kami jemput...secukup sekadar kami anak beranak, itupun tidak semua yang ada...
Kami solat maghrib berjemaah seramai 14 orang di mana Ahmad Nashoa menjadi imamnya, selepas solat tahlilpun dimulakan..sayu hati, sebakpun terasa..dan kemudiannya diikuti solat isyak...selesai majlis tahlil..
Kami mula berkumpul kembali untuk meraikan majlis hari jadi Ain...dan dimajlis ini adalah beberapa orang kenalan Kak Chik (mama Ain dan adik aku)datang  bagi memeriah majlis Ain..seronok melihat telatah kanak kanak... hati sedikit terusik...airmata mulai tergenang...tapi aku berjaya mengawal emosi, aku tidak mahu merosakkan majlis hari jadi Ain..
Dan pada pagi ini aku akan membawa emak ke pusara..bagi menyirami air tahlil...dah lama emak tidak ke pusara..dan sudah lama juga ingin perbuatan demikian..tapi disebabkan keadaan emak yang tidak mengizin semuanya terhalang...
Semoaga kami diberikan kesempatan untuk majlis seperti ini di masa akan datang bersama kesmua ahli keluarga yang lain Insyaallh



Salam Sayang..
UmmiMdaza 16/3/2014...7.59

Sunday, 9 March 2014

KAMI TIDAK PERNAH JEMU UNTUK KE SINI....

~PUSARA BERNISAN BIRU~

Tidak pernah ada rasa letih
Tidak pernah ada erti tdk cukup waktu
Jauh sekali rasa jemu...
Kami tetap akan ke sini dengan izin Nya..
Datang bersama gedongan rasa rindu
Datang bersama seberkas rasa sayang
Datang bersama sejambak bunga cinta
Al fatihah kami kami titipkan..
Surah yasin kami alunkan..
Doa penuh kerinduan kami pohon agar disampaikan
Taburan bunga kami semarakan..
Kami tahu semerbaknya taburan bunga yang kami hadiahkan tidak menandingan haruman bau syurga tempat kalian diami..
Ya Allah Sampai Salam Rindu Kami Buat Insan Kami Sayang Lagi Dirindui..
Suatu hari nanti di sini jua tempat kami..

Itu sudah pasti




Tidak pernah jemu...
Ummimdaza 9/3/2014..6,20 pm

Saturday, 8 March 2014

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA - ALHAMDULILLAH..

Setiap langkah perjalanan hidup kita sudah diatur ALLAH SWT dengan sebaik mungkin. Setiap kali ujian melanda bukan bermakna Dia tidak sayang pada hambaNya..sudah ada perkiraan dan peraturannya.
Aku disapa lagi dengan ujian dari Yang Maha Esa..
Tekanan darahku nak lagi...sejak beberapa hari kebelakangan ini keadaan diriku agak tidak setabil seolah olah berada di awang awangan aku harus menerima rawatan dan akhirnya  dinasihat supaya berehat dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuantan. Ujian darah dilakukan dan keputusannya aku kekurang darah merah dan darah putih berlebihan..agak menghairankan...kenapa boleh jadi begini?..setelah  prosuder colocospopy dijalankan di atasku.didapati ada kerosokan pada bahagian usus..dan ini harus perbetulkan dengan segera.
Pada Khamis 6/3/2014 segala galanya berlaku...dibuangnya dan ditampal bahagian yang telah rosak dan berlubang. Syukur alhamdulillah semua selamat.Selama 5 hari aku berkampung di sini. Suami dan anak anak adalah penaman setiaku. Kata kata semangat serta iringan doa sentiasa dititp buat ku oleh saudara mara dan teman yang datang melawat dan. betapa bertuahnya aku masih punya emak sentiasa berada disis walaupun jua keadaan ku...
Sakit itu kifarah dosa..kita sebagai hambanya tidak lari dari musibahyang berupa kesakitan
Maklumlah kita insan yang kerdil, melakukan dosa saban masa. Dosa adalah sesuatu yang mebuat kita jauh dari Allah dan salah satu cara Allah menghapuskan dosa dengan dikirimkan kesakitan buat kita. Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua di atas kehendak dan izinNya. Kadang kadang dengan kesakitan kita dapat menjadikan kita sedar akan nikmat sihat. Dengan kesakitan juga cara kita untuk sampai ke marqam yang teringgi disisnya..dan Allah akan mengugurkan dosa dosa kecil kita. Insyallah

Dan harus ingatlah oleh kita, ketika mana didalam kesakitan didatang 4 Malaikat
Malaikat pertama menarik nikmat makan
Malaikat kedua menarik nikmat rezeki
Malaikat ketiga menarik nikmat seri wajah
dan Malaikat keempat menarik segala gala dosa dosa kita
Subanallah sesungguhnya Allah itu maha penyayang pada hambanya...setelah kita kembali sihat maka dikembalikan semula nikmat nikmat yang telah diambilnya kecuali dosa dosa kita. Maka jadikan sakit itu sebagai penderitaan...jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah, malah pandanglah sakit itu sebagai nikmat untuk Allah menghapuskan dan membersihkan kita dari dosa dan noda.
Ucaplah syukur...Alhamdulillah
"SEBUTLAH ALLAH KERANA UBAT DAN PENAWAR
JANGAN SEBUT MANUSIA KERANA ITULAH PENYAKIT"



Redha dengaan ketentuannya
Ummimada
9/3/2014...13.25pm..

Friday, 7 February 2014

Alhamdulillah Wa Syukurlillah...

Alhamdulillah wa syukurillah, sehingga kin masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai dengan nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan islam. Sesungguhnya sesat dan sangat rugilah kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na’uzubillahi min zalik.
Dalam hampir 3 tahun ini juga pelbagai peristiwa telah berlaku, Dari mempunyai anak seramai 4 orang (termasuk seorang anak angkat) kini hanya tinggal dua orang, dari mempunyai seorang bapa kini sudah bergelar anak yatim. Alhamdulillah..alhamdulillah masih  masih punyai 2 orang anak tempat mencurah kasih, masih mempunyai  ibu tempat mengadu dan berkongsi rasa  juga adik beradik tempat untuk bercerita. Dan amat bersyukur diri ini masih punyai seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu jemu melayan karenah diri yang serba kekurangan ini.
Jarak yang teramat jauh yang memisahkan aku dengan insan insan tersayang menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji dan tawakal aku kepada Tuhan Rabbul ‘Izzati. Betapa rindunya diri ini kepada yang mereka. Semoga Allah member kekuatan kepada aku sekeluarga untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan. Ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Wahai airmata terkadang terlalu murah untuk mengalir disaat hati terlalu merindui..ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk meredhai…dan  akhirnya Alhamdulillah….

Ya Allah kuatkan hati dan jiwa kami……

UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)

Saturday, 1 February 2014

Rindu yang tiada penghujungnya

Ummi perasaan sejak akhir akhir ini abah menjadi terlalu sensitf dan mudah sangat mengalir airmatanya....Setiap kali kami berkunjung ke "Pusara Bernisan Biru ~ Taman Syurga Allah" airmatanya kerinduan pasti akan mengalir lesu...setiap fatihah yang dititpkan pastikan akan disulamkan dengan sendu, doa doa yang dikirmkan menjadi terlalu sayu dan syadu....dan pastinya airmata jernih ummi turut sama mengalir laju...
Kata kata ini juga yang sering abah ungkapkan " Abah tidak boleh banyak berkalau...jika abah banyak berkalau nanti abah jadi tidak meredhai..abang!!!adik!!!abah dah redhai sepenuh hati abah....tapi cumanya kadang kadang tidak dapat menahan rasa rindu ini...semoga Allah sampaikan salam rindu abah dan ummi  buat abang dan adik"
Dan sekarang ini lena abah pastikan akan diiringi airmata...diseparuh malam abah bangkit berwuduk dan terus bersujud pada yang Esa...doa dipanjatkan agar ditemukan dengan putra putra walaupun sekadar dalam mimpi mimpi.
Takkala menatap potret potret putera puteranya abah akan mengucup dan mengusap ngusapnya sambil menggeleng gelengkan kepala...ummi membiarkan saje kerana ummi tau apa yang bersarang di dalam hati abah, ummi juga tau apa yang bermain main di kotak fikiran abah...
Abah berpesan kepada ummi "Jangan melintasi di bahagian yang menjual pakaian dan mainan kanak kanak ya" apabila setiap kami ke pasaraya untuk membeli belah...
Abah seolah olah sudah kehilangan kekuatannya...abah seolah olah sudah tidak dapat menanggung beban rindunya....
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami dalam mengharungi kehidupan ini tanpa mereka berdua, berikanlah kekuatan buat puteriku jua...tabahkan dan damaikan lah kami semua walaupun tanpa mereka disisi kami...ketentuan Mu tiada sesiapa yang dapat menghalangnya...Sesungguhnya mereka hanya pinjaman buat kami....dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua akan dikembalikan..

Kasih yang tiada penhujungnya
Ummimdaza..
2/2/2014(8.00am)