Setiap langkah perjalanan hidup kita sudah diatur ALLAH SWT dengan sebaik mungkin. Setiap kali ujian melanda bukan bermakna Dia tidak sayang pada hambaNya..sudah ada perkiraan dan peraturannya.
Aku disapa lagi dengan ujian dari Yang Maha Esa..
Tekanan darahku nak lagi...sejak beberapa hari kebelakangan ini keadaan diriku agak tidak setabil seolah olah berada di awang awangan aku harus menerima rawatan dan akhirnya dinasihat supaya berehat dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuantan. Ujian darah dilakukan dan keputusannya aku kekurang darah merah dan darah putih berlebihan..agak menghairankan...kenapa boleh jadi begini?..setelah prosuder colocospopy dijalankan di atasku.didapati ada kerosokan pada bahagian usus..dan ini harus perbetulkan dengan segera.
Pada Khamis 6/3/2014 segala galanya berlaku...dibuangnya dan ditampal bahagian yang telah rosak dan berlubang. Syukur alhamdulillah semua selamat.Selama 5 hari aku berkampung di sini. Suami dan anak anak adalah penaman setiaku. Kata kata semangat serta iringan doa sentiasa dititp buat ku oleh saudara mara dan teman yang datang melawat dan. betapa bertuahnya aku masih punya emak sentiasa berada disis walaupun jua keadaan ku...
Sakit itu kifarah dosa..kita sebagai hambanya tidak lari dari musibahyang berupa kesakitan
Maklumlah kita insan yang kerdil, melakukan dosa saban masa. Dosa adalah sesuatu yang mebuat kita jauh dari Allah dan salah satu cara Allah menghapuskan dosa dengan dikirimkan kesakitan buat kita. Setiap kesakitan yang Allah berikan kepada kita semua di atas kehendak dan izinNya. Kadang kadang dengan kesakitan kita dapat menjadikan kita sedar akan nikmat sihat. Dengan kesakitan juga cara kita untuk sampai ke marqam yang teringgi disisnya..dan Allah akan mengugurkan dosa dosa kecil kita. Insyallah
Dan harus ingatlah oleh kita, ketika mana didalam kesakitan didatang 4 Malaikat
Malaikat pertama menarik nikmat makan
Malaikat kedua menarik nikmat rezeki
Malaikat ketiga menarik nikmat seri wajah
dan Malaikat keempat menarik segala gala dosa dosa kita
Subanallah sesungguhnya Allah itu maha penyayang pada hambanya...setelah kita kembali sihat maka dikembalikan semula nikmat nikmat yang telah diambilnya kecuali dosa dosa kita. Maka jadikan sakit itu sebagai penderitaan...jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah, malah pandanglah sakit itu sebagai nikmat untuk Allah menghapuskan dan membersihkan kita dari dosa dan noda.
Ucaplah syukur...Alhamdulillah
"SEBUTLAH ALLAH KERANA UBAT DAN PENAWAR
JANGAN SEBUT MANUSIA KERANA ITULAH PENYAKIT"
Redha dengaan ketentuannya
Ummimada
9/3/2014...13.25pm..
Saturday, 8 March 2014
Friday, 7 February 2014
Alhamdulillah Wa Syukurlillah...
Alhamdulillah wa syukurillah, sehingga kin masih diberikan
kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai dengan nikmat
terbesar, iaitu nikmat iman dan islam. Sesungguhnya sesat dan sangat rugilah
kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na’uzubillahi min
zalik.
Dalam hampir 3 tahun ini juga pelbagai peristiwa telah
berlaku, Dari mempunyai anak seramai 4 orang (termasuk seorang anak angkat)
kini hanya tinggal dua orang, dari mempunyai seorang bapa kini sudah bergelar
anak yatim. Alhamdulillah..alhamdulillah masih masih punyai 2 orang anak tempat mencurah
kasih, masih mempunyai ibu tempat
mengadu dan berkongsi rasa juga adik
beradik tempat untuk bercerita. Dan amat bersyukur diri ini masih punyai
seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu jemu
melayan karenah diri yang serba kekurangan ini.
Jarak yang teramat jauh yang memisahkan aku dengan insan
insan tersayang menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji dan tawakal
aku kepada Tuhan Rabbul ‘Izzati. Betapa rindunya diri ini kepada yang mereka.
Semoga Allah member kekuatan kepada aku sekeluarga untuk menghadapi setiap
ujian yang diberikan. Ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Wahai airmata terkadang terlalu murah untuk mengalir disaat hati terlalu
merindui..ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk meredhai…dan akhirnya Alhamdulillah….
Ya Allah kuatkan hati dan jiwa kami……
UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)
UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)
Saturday, 1 February 2014
Rindu yang tiada penghujungnya
Ummi perasaan sejak akhir akhir ini abah menjadi terlalu sensitf dan mudah sangat mengalir airmatanya....Setiap kali kami berkunjung ke "Pusara Bernisan Biru ~ Taman Syurga Allah" airmatanya kerinduan pasti akan mengalir lesu...setiap fatihah yang dititpkan pastikan akan disulamkan dengan sendu, doa doa yang dikirmkan menjadi terlalu sayu dan syadu....dan pastinya airmata jernih ummi turut sama mengalir laju...
Kata kata ini juga yang sering abah ungkapkan " Abah tidak boleh banyak berkalau...jika abah banyak berkalau nanti abah jadi tidak meredhai..abang!!!adik!!!abah dah redhai sepenuh hati abah....tapi cumanya kadang kadang tidak dapat menahan rasa rindu ini...semoga Allah sampaikan salam rindu abah dan ummi buat abang dan adik"
Dan sekarang ini lena abah pastikan akan diiringi airmata...diseparuh malam abah bangkit berwuduk dan terus bersujud pada yang Esa...doa dipanjatkan agar ditemukan dengan putra putra walaupun sekadar dalam mimpi mimpi.
Takkala menatap potret potret putera puteranya abah akan mengucup dan mengusap ngusapnya sambil menggeleng gelengkan kepala...ummi membiarkan saje kerana ummi tau apa yang bersarang di dalam hati abah, ummi juga tau apa yang bermain main di kotak fikiran abah...
Abah berpesan kepada ummi "Jangan melintasi di bahagian yang menjual pakaian dan mainan kanak kanak ya" apabila setiap kami ke pasaraya untuk membeli belah...
Abah seolah olah sudah kehilangan kekuatannya...abah seolah olah sudah tidak dapat menanggung beban rindunya....
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami dalam mengharungi kehidupan ini tanpa mereka berdua, berikanlah kekuatan buat puteriku jua...tabahkan dan damaikan lah kami semua walaupun tanpa mereka disisi kami...ketentuan Mu tiada sesiapa yang dapat menghalangnya...Sesungguhnya mereka hanya pinjaman buat kami....dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua akan dikembalikan..
Kasih yang tiada penhujungnya
Ummimdaza..
2/2/2014(8.00am)
Kata kata ini juga yang sering abah ungkapkan " Abah tidak boleh banyak berkalau...jika abah banyak berkalau nanti abah jadi tidak meredhai..abang!!!adik!!!abah dah redhai sepenuh hati abah....tapi cumanya kadang kadang tidak dapat menahan rasa rindu ini...semoga Allah sampaikan salam rindu abah dan ummi buat abang dan adik"
Dan sekarang ini lena abah pastikan akan diiringi airmata...diseparuh malam abah bangkit berwuduk dan terus bersujud pada yang Esa...doa dipanjatkan agar ditemukan dengan putra putra walaupun sekadar dalam mimpi mimpi.
Takkala menatap potret potret putera puteranya abah akan mengucup dan mengusap ngusapnya sambil menggeleng gelengkan kepala...ummi membiarkan saje kerana ummi tau apa yang bersarang di dalam hati abah, ummi juga tau apa yang bermain main di kotak fikiran abah...
Abah berpesan kepada ummi "Jangan melintasi di bahagian yang menjual pakaian dan mainan kanak kanak ya" apabila setiap kami ke pasaraya untuk membeli belah...
Abah seolah olah sudah kehilangan kekuatannya...abah seolah olah sudah tidak dapat menanggung beban rindunya....
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami dalam mengharungi kehidupan ini tanpa mereka berdua, berikanlah kekuatan buat puteriku jua...tabahkan dan damaikan lah kami semua walaupun tanpa mereka disisi kami...ketentuan Mu tiada sesiapa yang dapat menghalangnya...Sesungguhnya mereka hanya pinjaman buat kami....dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua akan dikembalikan..
Kasih yang tiada penhujungnya
Ummimdaza..
2/2/2014(8.00am)
Monday, 13 January 2014
HEBAT SUNGGUH PERANCANGAN ALLAH...SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA
Subuh Jumaat pertama 2014 bersamaan 3 Januari
warga Taman Murni di kejutkan dengan berita kematian saudara Zainal Bani ,
lebih mesra dipanggil denga panggilan Pak Andak. Menurut isteri arwah yang juga kami
panggil Mak Andak, dia mengejutkan suami untuk bagi menunaikan solat subuh dan
kebetulan pada pagi itu juga arwah diarahkan bertugas di Kuala Lumpur. Kejutan
hanya disahut dengan satu keluhan kecil sebelum mata arwah terpejam buat selama
lamanya…….dicuba berkali kali mengejutkan suami tercinta namum keadaan Pak Andak tetap begitu….pada
anaksaudara dan jiran diminta datang ke rumahnya untuk melihat keadaan Pak
Andak, tapi Allah lebbih menyayangi beliau…..pihak hospital dipanggil untuk
mengesahkan kematian almarhum.
Tiada sepatah yang terkeluar dari mulut aku,
takkala suami ku yang baru pulang dari solat subuh menyampaikan berita sedih
ini. Aku hanya hanya memikir nasib Mak Andak selepas ini. Pasang ini telahpun
mendirikan rumahtangga lebih daripada 25 tahun dan disepanjang perkahwinan ini,
mereka masih belum dikurniakan cahayamata…mungkin bukan rezeki mereka. Tapi
bukan itu yang menjadi kerisauan ku dan jiran jiran yang lain …tetapi keadaan
kesihatan Mak Andak….Mak Andak bukan sesihat orang lain, sebelah tubuh tidak
mempunyai kekuatan lagi sesejak lebih daripada 10 tahun yang lalu…stroke….Rutin
dan aktiviti harian disandarkan pada suami tercintanya. Dan suami yang peyayang
ini tidak pernah jemu melayani apa jua permintaan isterinya, sebelum keluar
bekerja pasti setiap keperluan akan disedia sebaik mungkin…..
Tanpa membuang masa aku dan Kak Nor bergegas ke
rumah pasangan ini,rasa lambat kaki melangkah …. Sudah ramai jirantetangga dan
saudara mara memenuhi setiap ruang rumah pasangan ini….Mak Andak kami dapatkan
…tiada sebarang perkataan yang aku dan jiran ucapankan…deraian airmata saje
yang dapat kami luahkan…Mak Andak nampak begitu tenang…namum aku tahu apa yang
bersarang difikirannya….kerana aku pernah berada di tempat nya….sebaik pelukkan
aku lepaskan Mak Andak bersuara lesu…”kita sama sama kehilangan…tapi Mak Andak
lagi kesian kat awak …kesian sungguh pada awak…” aku sendiri tidak tahu kenapa
kata kata itu Mak Andak tujukan pada ku…..sedangkan dia baru kehilangan orang
yang amat disayangi….
Jenazah Pak Andak dimandi, dikapankan dan
disembahyangkan di Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai…sahabat handai, jiran
tetangga dan saudara mara ramai yang datang menziarahi arwah…Suasana pilu
menyelubungi pagi pagi Jumaat yang mulai ini. Tiada sebarang keluhan dan
rintihan yang kedengaran dari mulut Mak Andak…. pada saudara mara dan teman
teman yang datang menziarahi tidak berhenti mak Andak menceritakan….” Senang
sangat dia pergi…dia tak menyusahkan saya langsung….” Kami yang terdekat dengan
Mak Andak pulak yang susah hati dan berbincang sesame ssendiri..”siapalah yang akan
jaga Mak Andak, siaplah yang teman kan dia, kalaulah dia sihat macam kita taka
palah jugak dan bermacam macam andaian yang kami bincangkan.
Semuanya sudah siap sekitar jam 12.00
tengahari, namun keluarag arwah dari Negeri Sembilan belum tiba lagi, mungkin
hari hujan membuat mereka kelewatan..Keputusan telah dibuat bahawa selepas
Jumaat baru perkebumian akan dilakukan. Sekitar jam 2.30 kami semua mengiringi
jenazah ke Tanak Perkuburan Bukit Ubi…dan sekali lagi kami dihimpit rasa sebak
dan pilu…hanya airmata sahaje menceritakan segala galanya…Mak Andak kelihatan
begitu tenang duduk setia ditepi pusara Mak Andak..dan akhirnya keluar dari
mulut Mak Andak….”Abang … saya sudah redha “..begitu ikhlas … perlahan lahan
aku dapatkan Mak Andak, aku dakap..aku kucup dan aku bisikan ke telinganya..”
Mak Andak!!! Insyallah kami semua akan tetap bersama Mak Andak, kami akan jaga
Mak Andak macamana kami jaga emak kami sendiri…” Mak Andak hanya mengangguk
lesu..dalam sedu yang masih berbaki dia berkata “malam ni lepas Isyak nak buat
tahlil kat rumah, nanti datang ya ajak yang lain-lain…rasanya nak buat tahlil 3
malam berturut hari”…aku hanya mengiakan sahaje kata mak Andak itu.
Seperti yang telah diaturkan selepas magrib aku
dan Kak Nor ke rumah Mak Andak, kami di khabarkan bahawa Mak Andak kurang sihat
dan telah di bawa klinik yang berdekatan untuk mendapat rawatan. Pada hemah
kami mungkin dia kepenatan yang amat
sangat, lagipun sepanjang hari Mak Andak tidak menjamah sebarang makanan.
Majlis tahlil dan kenduri arwah tetap jua dijalan sepertimana yang dikehendaki
oleh mak Andak. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 namun Mak Andak belum jua pulang,
aku minta diri dulu…
11.00 malam anak jiranku.. Wani berlari cemas
ke rumah ku…”Makcik Nani Nenek
dimasukkan ke ICU di KMC…” Ya Allah… aku dan suami menjadi begitu cemas.
Suamiku beserta jiran sebelah rumah Cik Din (pengerusi Taman) bergegas ke KMC
dan aku sendiri bersiap siap ke rumah Mak Andak untuk bersama yang lain…dan
belun sempat kaki ku melangkah keluar, talipon ku berbunyi…”Nani Mak Andak dah
tak ada”…sayu kedengaran suara Kak Ton …Lemah segala anggota ku, namum ku
kuatkan jua, pada jiran jiran aku sampaikan berita sedih ini dan terus kerumah
Mak Andak dimana jiran jiran dah ahli keluarga nya masih lagi berkumpul . Tiada
lagi kedengaran suara suara yang bercerita hanya terdengar tangisan dan esakkan….masing
masing macam tidak percaya dengan apa yang telah berlaku….Jenazah Mak Andak
sampai lebih kurang 1.30 pagi dan dia dibaringkan ditempat yang sama ….Menurut
keluarga terdekat arwah diserang stroke buat kali kedua…tekanan darah tinggi
naik mendadak..mungkin terlau sedih dan letih…
4hb Januari…sekitar jam 8 pagi, kami sekali ke
Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai untuk urusan memandi, mengapan dan
seterusnya memyembahyangkan jenazah Mak Andak. Wajah Mak Andak aku tatap dan
kucup buat kali terakhir…airmata berjurai laju tanpa dapat ditahan tahan, bukan
aku sahaje malah kesemua yang hadir terutamanya bagi kami jiran jiran terdekat.
Tenang sekali wajah Mak Andak. Segala urusan berjalan lancar..dan kini arwah
Mak Andak selamat di semadikan disisi arwah Pak Andak…di Perkuburan Hutan Bukit
Ubi.
Hebat sungguh perjalanan hidup mereka yang
telah dirancangkan oleh Nya…dipertemukan dan disatukan mereka berdua tanpa
dikurniakan zuriat agar mereka boleh bersama sama menuju ke Jannah pada hari
yang sama. Hari Jumaat hari yang mulia, penghulu pada hari hari yang lain.
Mereka berdua umpama ibu dan pada kepada kami, nenek atuk pada anak anak kami,
teman teman pada yang sebaya….pada merekalah selalunya tempat kami mencurah
rasa, meminta pandangan dan nasihat dan pada mereka juaga kasih kami semua
telah tertumpah, bukan sedikit….kasihsayang kami umpama kasihsayang anak kepada
orang tuanya….begitu jua dengan pasangan ini…kami umpama anak anak mereka dan
anak anak kami adalah cucu mereka…kata kata nasihat dan semangat tidak pernak
putus buat kami dan anak anak…bebelan dari mereka kami terima dengan tiada rasa
kecil dihati….
Kini semua telah tiada….mereka pergi meninggalkan
buat selama lamanya…indah dan cantik sungguh Allah merancangkan perjalanan
hidup mereka berdua…hebat sungguh kasihsayang dan cinta mereka. Kami pasti amat
merindui mereka, rindu akan gurau mereka, terguran dan bebelan mereka dan jua
rindu akan pelukan dan ciuman kasih dari seorang ibu yang kami panggil Mak
Andak.
Ya Allah Ya Tuhan Kami..ampunkan dosa dosa
pasangan ini…terangi kubur mereka, tempatkan mereka di Syurga FirdausMu.
Walaupun mereka tidak mempunyai zuriat …namum kami akan sentiasa mengutuskan
Alfatihah dan mennitipkan doa buat pasangan istimewa ini…Amiin Ya Robbal Almiin…semaga
doa kami semua diterima ….
Salam kasih sayang/Salam Maulid Rasul...
UmmiMdaza...14/1/2014
Tuesday, 31 December 2013
TERIMAKASIH YA ALLAH DI ATAS PINJAMAN INI...
2013 baru sahaje mengundurkan diri..
perginya dengan meninggalkan pelbagai kisah,
pelbagai cerita...pahit,manis,suka duka
semuanya bagi mewarnai setiap langkah ....
Setiap kisah ada rahsia tersendiri
Setiap cerita ada mengakhirannya
Setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi
2014 sudahpun mengabil tempatnya...
Keyakinan baru mulai disemai
Azam baru mulai ditaman
Cita cita yg tdk kesampaian akan bajai kembali
Dan semuanya ini akan disirami dengan kekuatan dan kesabaran
YA TUHAN KAMI TERIMAKASIH DI ATAS PINJAMAN NYAWA BUAT KAMI
YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK INSAN YG LEBIH BERTAKWA DAN TAWADUK
YA RAHMAN DIDIKLAH HATI HATI KAMI AGAR SENTIASA REDHA DENGAN UJIAN YANG DI BERIKAN
YA RAHIM RESTU DAN RAHMATI PERJALANAN HIDUP KAMI DITAHUN BARU INI...2014
AMIN
Ummimdaza...1.1.2014(0.57am)
perginya dengan meninggalkan pelbagai kisah,
pelbagai cerita...pahit,manis,suka duka
semuanya bagi mewarnai setiap langkah ....
Setiap kisah ada rahsia tersendiri
Setiap cerita ada mengakhirannya
Setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi
2014 sudahpun mengabil tempatnya...
Keyakinan baru mulai disemai
Azam baru mulai ditaman
Cita cita yg tdk kesampaian akan bajai kembali
Dan semuanya ini akan disirami dengan kekuatan dan kesabaran
YA TUHAN KAMI TERIMAKASIH DI ATAS PINJAMAN NYAWA BUAT KAMI
YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK INSAN YG LEBIH BERTAKWA DAN TAWADUK
YA RAHMAN DIDIKLAH HATI HATI KAMI AGAR SENTIASA REDHA DENGAN UJIAN YANG DI BERIKAN
YA RAHIM RESTU DAN RAHMATI PERJALANAN HIDUP KAMI DITAHUN BARU INI...2014
AMIN
Ummimdaza...1.1.2014(0.57am)
Saturday, 28 December 2013
Sabar dengan ujian, syukur dengan nikmat, tenang setiap keadaan
BERSABARLAH WAHAI INSAN KUAT ! ALLAH SAYANG PADA MU . ALLAH SEDANG MENILAI KEKUATAN IMAN MU . ALLAH MELIHAT KETABAHAN HATI MU . TERSENYUMLAH WAHAI INSAN YANG SEMAKIN LEMAH . SAKIT INI BERHIKMAH INDAH . PERCAYALAH PADA ALLAH !
3hb
Disember 2013
-12.30 tengahari
dapat panggilan telifon dari suami mengajak pulang katanya air mulai naik ke
kawasan perumahan kami. Disepanjang jalan pulang ke rumah hujan masih turun
dengan lebatnya. Memang benar air sudah mulai di kawasan perumahan kami.Sesampai
dirumah tanpa berlengah kami terus berkemas mana yang patut. Menyimpan barang
barang yang penting diletak ditmpat yang agak tinggi, untungnya rumah kami ada
loteng(Memorial Mdaza), kain baju kami punggah bawah naik ke atas(tidak
kesemuanya),perabot perabot kami tinggikan sedikit(beralaskan batu bata)
-5.00
petang air sudah mulai memenuhi longkang…menunggu saat untuk melimpah..
8.00 malam
ramai diantara jiran jiran telahpun mulai berpindah ke pusat permindahan banjir
tapi aku dan suami beserta 2 buah keluarga lagi memilih tunggu sampai hari
esoknya…dalam pada masa yang sama kami masih terus mengemas dan menyimpan..
4hb Disember
12.30 malam…paras
air bertahan hanya masuk ke porch belum
ke dalam rumah lagi…jadi aku, suami dan jiran berpendapat air mungkin tidak
naik lagi Cuma bertahan setakat itu saje…
3.30 pagi
terjaga dari tidur(kami tidur diloteng)..terdengar sesuatu datang dari arah
bawah…bingkas bangun ..Ya Allah air telah memenuhi ruang bawah rumah..panik…
suami dan dua orang saudara (kebetulan tidur dirumah..rumah mereka turut
dilanda banjir) bergegas turun ke bawah dan cuba menyelamatkant peti ais dan
mesin basuh dari di tenggalami…air sudah paras peha
6.00 pagi
kami mengambil keputusan untuk ke pusat permindahan…bergegas turun dengan
membawa ssdikit keperluan yang penting penting…suami dan anak saudara sudah
menunggu dan sebaik sahaje pintu rumah untuk kami keluar sudah sedia menunggu
kami seekor ular tedung…dan kami semua bergegas naik semula ke atas loteng…
7.45 pagi
bila keadaan kembali tenang, aku, suami, anak anak saudara dan juga 2 orang
jiran beserta anak anak mereka mula meredah banjir banjir yang sudah mulai naik
hingga ke paras dada untuk menuju ke surau di mana ramai lagi diantara jiran
jiran yang berada di situ bagi menunggu bot yang akan membawa ke pusat
permindahan. Setelah menunggu hampir satu jam bot yang ditunggu tidak juga
kunjung tiba…air semakin naik arusnya semakin deras , apa yang diberitakan ada
benteng sudah pecah itu yang menyebabkan air naik dengan mendadak dan arus
menjadi begitu deras…
8.30 bila
air semakin naik kami mengambil keputusan untuk perpatah balik dan menunggu
saje di rumah dan kebetulan jiran sebelah rumah nya dua tingkat, pada jiran
jiran yang masih menunggu bot di surau kami berpesan sekiranya ada bot datang
jangan lupa untuk mengambil kami semua….
Alhamdulillah
dalam arus air deras kami berjaya sampai ke rumah, kami diami rumah jiran yang
kami panggil Kak Nor seramai 15 orang. Kami tidak kesejukan lagi…tapi kami
kelaparan dan keletihan. Sepanjang berada di situ kami hanya makan sebungkus
biskut, kacang goreng dan pisang salai yang telahpun dikerumi oleh lalat. Dua
botal kecil air mineral dikongsi seramai 15 orang..Pertolongan yang kami harap
tidak juga kunjung tiba..pelbagai cara telah dicuba dan pelbagai pihak telah
kami hubungi namum semuanya hampa belaka, tapi yang lebih sedih bila jawapan
yang kami terima…”bantuan telah tiada..pandai macamana nak selamatkan diri
masing masing”…”belum diisytihar dadurat lagi….” dan macam macam lagi…
1.50 petang…akhirnya
dengan bantuan anak saudara suami ku…dia datang bersama bot yang disewanya. Allah sahaje yang tahu bagaimana perasaan kami tika itu..di bibir kami tidak henti mengucap kesyukuran kepada yang Esa..
Satu mengalaman yang tidak mungkin kami lupakan...sesungguh teguran dari Nya membuat menjadi begitu kuat, sabar dan erti kesyukuran....
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !
Ummi Mdaza
12.37 am
Sunday, 8 December 2013
Teguran Dari Allah
Peristiwa 2001 berulang lagi.musibah datang mengunjungi kqmi lagi..bukan kami malah sebahagian penduduk Kuantan. Sebenarnya ianya merupakan teguran dari Nya....
Teguran dari Nya kali dengan menurunkan rahmat dari langit tanpa henti meyebabkan air melimpahi bumi Nya...
Banjir..... itulah yang kami alami sepanjang minggu ini..
Kami redha Ya Allah..
Kami terima Ya Allah..
Kami leka selama ini Ya Allah
Kami akur..banyak kemungkaran yg berlaku..
Ini semua teguran dari Mu..
Ini semua peringatan dari Mu..
Hamba Mu
Ummimdaza...8/12/2013
Teguran dari Nya kali dengan menurunkan rahmat dari langit tanpa henti meyebabkan air melimpahi bumi Nya...
Banjir..... itulah yang kami alami sepanjang minggu ini..
Kami redha Ya Allah..
Kami terima Ya Allah..
Kami leka selama ini Ya Allah
Kami akur..banyak kemungkaran yg berlaku..
Ini semua teguran dari Mu..
Ini semua peringatan dari Mu..
Hamba Mu
Ummimdaza...8/12/2013
Subscribe to:
Posts (Atom)












