Monday, 28 September 2015

Bicara Rindu Tidak Ada Penyudahnya...





Bila rindu datang lagi...

Malam ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin ku usir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi
ketika rindu itu hadir aku hanya mampu
berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada mereka tidak melebihi rinduku pada-NYA
terkadang, bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap mereka hadir, tak lama kemudian mereka pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........


Ku sentiasa memohon pada Yang Maha Mencipta semoga rinduku ini tidak memesongkan arah haluanku dari mengingatiNYA. Tidak membuatku tergelincir dari landasan agama yang dibawa KekasihNYA . Tidak membuatku hanyut dari lautan rahmat kasihNYA. Semoga rasa rindu ini menambahkan kekuatanku untuk terus mengerah seluruh daya upayaku untuk mendapatkan maghfirahMU. Semoga rasa rindu ini menjadi  penyebab untuk menambah rasa kerinduan tak terucap padaMu YaRabb..
Rinduku pada mereka datang lagi..... Moga manis & peritnya rindu ini mendapat berkat dariNYA. Amin ya Rabbal alamin.



Monday, 7 September 2015

Terimakasih...Tuhan..

Tuhan terimakasih atas kesempatan nafas ini telah engkau berikan kepadaku untuk waktu yang lebih lama,
Terimakasih atas apa yang membuatku menangis karena itu adalah sebuah alasan kenapa aku harus tetap bernafas didunia ini,
Terimakasih atas ujian yang engkau berikan untuk kenaikan tingkatku menjadi yang lebih baik lagi,
Terimakasih atas kasih sayangmu yang selalu ada untukku..

Tuhan terimakasih telah menguatkan hatiku,
memantapkan pijakanku dan melapangkan hatiku,
selalu curahkan kasihMu padaku Tuhan...
dan tuntun aku untuk melanjutkan hidup yang penuh ranjau ini...
ranjau-ranjau yang terlihat menarik dan sedap di mata dan berbuah dusta...
Tuhan .. aku percaya dan sangat yakin, bahwa ini yang terbaik untukku,
 terbaik untuk hidupku di dunia ini maupun di alam kekal..

Amin Ya Rabbal almin..



Ummimdaza..
7.54 am
8hb Sept 2015..



Monday, 24 August 2015

24 tahun sudah hidup brsama..

24hb Ogos 1991 ~ 24hb Ogos 2015

Suamiku.. Zainal Az

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang 24 tahun. Buatku, segala yang lebih padamu adalah anugerah dan segala yang kurang padamu adalah ruang utk diperbaiki. 24 tahun hidup bersama adalah kebahagiaan dan satu rahmat dari Yang Maha Esa.. Maka terima kasih dan maaf,
untuk hal-hal yang terlihat dan tak terlihat,
untuk hal-hal yang terasa dan tak terasa, untuk hal-hal yag terucapkan dan tak terucapkan.
Semoga diulangtahun perkahwinan kita ini menjadikan kita lebih dewasa, bertanggungjawab dan berfikir lebih matang dan terbuka. Masaalah yang hadir menjadi kita lebih tabah dan lebih dekat dengan Nya. Alhamdulillah dpt kita harungi dan diselesaikan dgn baik..
Semoga ijab yang dilafazkan membawa kita sama ke Jannah..



ummimdaza..
24hb Ogos 2015
11.54pm

Tuesday, 18 August 2015

Syukur...syukur..

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...

Bangun pagi tadi bukak mata ..
Senyum dan terus tersenyum..
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah masih lagi bernafas untuk hari ini.
Syukur.. Syukur ...Syukur,
Allah SWT masih lagi memberikan ruang dan juga peluang untuk diri ini memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk hari yang lebih sempurna. InsyaAllah ..

Alhamdulillah ..
Nafas hari ini adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan barakah...

Selalulah memberikan YANG TERBAIK jika kita inginkan YANG TERBAIK walaupun kita bukanlah YANG TERBAIK

Semoga segala urusan yang bakal dilaksanakan hari ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan oleh Allah SWT ..
Aaamin aamin aamin ...

Ummimdaza..
19hb Ogos 2015

Monday, 3 August 2015

PERITNYA MENANGGUNG RINDU..

Sangat perit menanggung rindu buat kalian.. Abang dan adik.
Rindu ini akan ummi tanggung sampai mati. Tapi rasa rindu inilah yang akan terus mengingatkan ummi bahawa Abang dan adik sedang menanti di syurga.

Tunggu ummi dan abah di syurga Allah ya sayang,
Bantu kami di akhirat nanti sayang,
Kami akan sabar menanti saat itu,
Saat bertemu semula dengan kalian,

Berbahagialah wahai anak anakku bersama Allah,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pelindung dan penjaga buat kalian berdua

Al-Fatihah untuk kalian sayang,
Kekallah Abang dan adik hidup di hati kami,
Hingga bertemu di pintu syurga wahai anak anakku,

Amin Ya Rabbal Alamin..


Rindu yang tiada kesudahan
Ummimdaza..
4hb Ogos 2015..
12.05 am

Sunday, 28 June 2015

28hb Jun ....tarikh yang terlalu istimewa

28hb Jun 2007
Saat yang mungkin tidak dilupakan..
Kelahiran anak syurga kami..
Dipinjamkan dan diamanahkan hanya seketika
4 tahun 10 bulan dan 2 hari..
Rahmat dari Mu Ya Allah..
Walau seketika cuma..
Tapi nikmat nya..tiada nilainya..
Alfatihah..buat mu sayang semoga.
Berbahagialah di Alam sana..

Syurga adalah tempat buat mu sayang..
SELAMAT ULANGTAHUN BIDADARI SYURGA KU....
Mawar merah berkembang lagi di pagi ulang tahun adik..
MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI..
(28hb Jun 2007~1hb Mei 2012)
Hadiah buat ummi dan juga abah..

Sayang selalu
ummimdaza
28hb Jun 2015
10.00am



Saturday, 13 June 2015

Selamat Ulang Tahun Ke 21..

12hb Jun 1994 ~ 12 Jun 2015..

Wahai anak ku.. Muhd Dzuhil

Adakah kau tahu isi hati kami
Adakah kau rasa betapa amat mensyukuri..
dengan kehadiran mu
Adakah kau tahu ..tiap detik berlalu..
Terisi detik yang lalu jua detik mendatang..
Ada kalungan doa kami.
Mengalungi melingkari tubuh mu..
Bahawa ingin kan kau damai sejahtera selalu..
Di dalam pelukan masa yang penuh warna keriangan..
Bahawa ingin kan kau tabah dan perkasa..
Membawa belati putih menempuhi cabaran hidup..
Yang akhirnya kau sedar sudah dipuncak jaya..
SELAMAT HARI LAHIR ANAK KU..
MUHAMMAD DZUHIL ASRAF.

Sayang Selalu
Ummimdaza
12hb Jun 2015