There was an error in this gadget

Monday, 28 September 2015

Bicara Rindu Tidak Ada Penyudahnya...





Bila rindu datang lagi...

Malam ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin ku usir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi
ketika rindu itu hadir aku hanya mampu
berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada mereka tidak melebihi rinduku pada-NYA
terkadang, bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap mereka hadir, tak lama kemudian mereka pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........


Ku sentiasa memohon pada Yang Maha Mencipta semoga rinduku ini tidak memesongkan arah haluanku dari mengingatiNYA. Tidak membuatku tergelincir dari landasan agama yang dibawa KekasihNYA . Tidak membuatku hanyut dari lautan rahmat kasihNYA. Semoga rasa rindu ini menambahkan kekuatanku untuk terus mengerah seluruh daya upayaku untuk mendapatkan maghfirahMU. Semoga rasa rindu ini menjadi  penyebab untuk menambah rasa kerinduan tak terucap padaMu YaRabb..
Rinduku pada mereka datang lagi..... Moga manis & peritnya rindu ini mendapat berkat dariNYA. Amin ya Rabbal alamin.