There was an error in this gadget

Thursday, 1 October 2015

MIMPI INI CUMA MINAN TIDUR..

Setiap malam ummi sering berdoa agar dikurniakan mimpi bertemu dengan kedua dua anakanda yang dirindui..dan acapkali jua Allah menganugerah mimpi yang indah indah bersama mereka...

Malam semalam kalian datang bertamu lagi di dalam lena ummi..datang bersama sama rakan sebaya dan juga sepasang suami isteri..
Alangkah bahagia ummi dan abah dapat bertemu sibidadari bidadari syurga..
kami melangkah laju untuk mendapatkan kanu..senyuman manis adik dan abang hadiah buat ummi dan abah..

Abah mendepakan tangan untuk memeluk kalia berdua..dan pelukkan abah dibalas dengan penuh kasih dan sayang...pada riak air muka abah menunjukan abah begiti puas dapat memeluk anak anak kesayangannya..

Tetapi bila tiba giliran ummi untuk memeluk kamu berdua dua..tiba tiba abang menghulurkan sebungkus kain yang berwarna putih bersih kepada ummi..sambil tersenyum abang menyua nya beberapa kali kepada ummi dengan harapan ummi menerima penberian itu...ummi terpinga pinga antara mengambilnya atau tidak...
Abang menghulur lagi kain berwarna putih itu..tetapi ummi menolak pemberian abang..
Airmuka abang betubah begitu juga dengan adik ..abang memandang ummi dengan wajah yang amat sayu...tangan adik dipimpin pergi dan menaiki sebuah bas bewarna yang sudah dioenuhi dengan sebaya kamu bersama sepasang suami isteri tadi.
Bas itu berlalu pergi..dan ummi nampak abang masih lagi memandang ummi dengan wajah yang sayu......

Terjaga dari tidur jam menunjukkan pukul 3.15 pagi..masih lagi memikir apakah maksud mimpi tersebut...tidak mungkin anak anak ummi bersedih dan berduka di "alam sana"
Kamu sedang amat amat bahagia dan bergembira..

Ini semua mainan tidur...


ummimdaza..
1hb Okt 2015..
11.53 pm...