Rasa begitu malas untuk bersiap
atau mengemas segala persiapan raya. Semuanya macam tak menjadi, apa yang yang
dipegang semuanya salah. Kalau dulu masa tengah bersiap dan mengemas inilah
masa mereka untuk mencuba dan mengayakan baju,seluar dan kasut raya mereka. Di
cuba dan di gayakan satu persatu dengan pelbagai aksi....seronoknya melihat
gelagat anak-anak tika itu...
Raya yang lepas-lepas 4 biji beg
masih belum tentu cukup...kalau boleh masing-masing inginkan beg pakain yang
berasingan...semuanya hendak diisi dan di bawak beraya ke rumah Tok di Tanjong Api ataupun di rumah
Wan kat Pahang Tua tapi tidak sekarang....sebiji sudah mencukupi.Angahpun tidak
seghairah mana, semuanya lebihkurang belaka...baju yang dibelikan pun tidak
dicubanya..dia menjadi begitu sensitive sekali....terasa dengan banyak perkara,
terasa dengan cakap-cakap dan tingkahlaku orang-orang sekiling dengan dia..kata
angah dia ingin berkongsi rasa dan cerita saje tapi tiada siapa yang memahami
dia kecuali abah dan ummi .... sabar lah sayang janganlah bersediha...kita
tidak boleh memaksa orang untuk berkongsi rasa itu. Angah kalu boleh ingin
beraya di rumah sendiri...dia tidak sanggup menghadapi raya nanti tanpa
adik-adiknya...
Kekuatan demi kekuatan kami pohon
dari Mu..
Kasih umpama air yg mengalir
"UMMIMDAZA" 18/8/12( 5.28 am)