Sudah lama tidak nampak abah menangis…semalam
waktu di kuburan .. kelihatan manik-manik jernih membasahi pipi abah..takkala
abah mula membaca al fatihah di hadapan sepasang pusara bernisan biru. Abah teramat-amat rindu….rindu pada putra-putranya
yang berada jauh di “alam sana”. Hebatnya rindu seorang abah, agaknya mampukah
rasa rindu itu dirasai oleh putra-putranya yang berada jauh di “alam sana”.Hebatnya
rindu seorang abah apabila Allah sampaikan rasa rindu itu pada putra-putranya.
Dua hari ini abah bercuti…pada suatu ketika
dulu kalau abah bercuti orang yang gembira adalah abang dan adik, kerana ke
sekolah akan dihantar abah balik sekolah akan dijemput abah, makan tengahari
dikedai bersama abah dan adik sudah pasti tidak ke rumah Ma, akan tetap bersama
abah sepanjang abah bercuti. Itulah abah, abah sememang terlalu rapat dengan putra-putranya,
abah amat jarang mengatakan “tidak” pada setiap permintaan putera-puteranya. Tidur
abah agak awal jika di banding dahulu,
sebelum tidur abah akan bergomol dan bergurau dengan putra-putranya
terlebih dahulu, hari-haripun begitu dan kadang-kadang kamu berdua tertidur di
depan TV kerana keletihan..dan abah akan mengangkat putra-putranya ke kamar
tidur, abang yang sudah mencecah lebih 30 kilo itu abah akan mengangkatnya.
Abah akan memastikan keperluan anak-anaknya semua lengkap untuk esok harinya
sebelum abah masuk tidur. Makan? Yang ini memang cukup jaga, apa sahaja diminta
abah pasti dapatkannya walaupun hari sudah jauh malam, kalau ada jamuan di
pejabat dan kebetulan makanan yang
dijamukan itu adalah makan kegemaran putra-putranya abah rela tidak makan
kerana teringatkan putra-putranya.
Airmata abah
makin deras mengalir , takkala terdengar-dengar tangis dan tawa putra-putra
seolah-olah memanggil-manggil agar terus
sentiasa bersama-sama untuk menemani mereka . Namun kasih sayang seorang abah
tetap menenggelamkan segala kerisauan dan segala kebuntuan yang bersarang, abah
seorang kuat dan tabah satu kurnia dari Allah Yang Maha Esa.
Cukuplah sekadar ia sebuah perasaan.
Hebat bukan kepalang!!!!!!!!!!!!
Rindu sangat-sangat
UMMIMDAZA
29/9/2012 ....10.15pm
Kasih seorang abah |
UMMIMDAZA
29/9/2012 ....10.15pm