Saturday, 10 November 2012

Kehilangan Ayahanda Tercinta....


Kami baru saje kehilangan abah tersayang, sudah 2 minggu dia pergi mengadap Yang maha Esa, pergi yang tidak akan kembali lagi, Jam 11.30 malam 30/10/12 dalam perjalanan ke Hospital Pakar Kuantan disamping emak yang dicintainya, wajahnya kami tatap buat kali terakhir. Sedih itu sudah pasti namun tiada seselan, Alhamdulillah perginya mudah, urusan pengebumian juga mudah. Abah kami semadikan berhampiran dengan pusara cucu-cucnya (pusara bernisan biru). Subuh itu hujan turun dengan renyai-renyai seolah-olah memahami hati kami sekeluarga yang sayu dan pilu.
Pusara Abah Berhampiran Pusara Bernisan Biru

-Tiada lagi suara abah mengaji di waktu pagi,
-Tiada lagi kedengaran suara leteran abah  mengejutkan anak cucunya sembahyang subuh.
-Tiada lagi gaduhan antara abah dan emak di dapur ketika emak menyediakan sarapan pagi.
-Tiada lagi pembantu emak di dapur setiap kali lebaran mendatang.
-Tiada lagi kedengaran jeritan Ain disetiap pagi dan malam kerana usikan dari Aki
-Tiada lagi kedengaran rengetan kesakitan di setiap malam.
~Emak pasti  rindu untuk menyediakan sarapan ,makan tengahari dan malam untuk abah.
~Emak pasti rindu dengan suara yang memanggil-manggil dan rindu untuk mengurut badan ketika sakit.
~Emak pasti rindu untuk bersembang kisah-kisah silam sambil menikmati minum petang.
~Emak pasti rindu untuk menemani abah setiap kali abah dimasukkan ke hospital.
Walaupun emak nampak tenang dan tabah, namum kami tahu emak orang yang paling sedih dan paling merasai kehilangan  abah. 52 tahun emak dan abah melayari bahtera perkahwinan mereka.segala onak dan duri  diharungi bersama.
~Maafkan kami andai kata, kata bahasa kami yang selalu membuat abah tersinggung
~Maafkan kami andai kata, tingkah laku yang tiada santunnya yang membuatkan abah sering terluka
~Maafkan kami andai kata, kata –kata nasihat yang diberikan sering kali kami pandang sepi
~Maafkan kami pada janji yang selalu terabai
~Maafkan kami  kerana sering memandang ringan setiap pada permintaan abah
~Maafkan kami abah, maafkan kami anak-anak mu.
                Abah tetap akan hidup dalam diri kami. Akan kami bawa bersama – sama semangat abah disepanjang perjalanan hidup kami.Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah untuk abah tercinta Haji Samat@ Harun bin Abdullah.
Keluarga Besar Kami

Kasih anakanda
UmmiMdaza
11/11/12(10.45 am)

No comments:

Post a Comment