RINDU ..
RINDU itu satu perasaan yang indah
RINDU itu adakalanya amat menyakitkan
RINDU itu ibarat sebuah penantian
RINDU yang dalam penantian satu penyiksaan..
memang sakit bila
RINDU tidak berbalas...
Tetapi..
RINDU tidak pernah membunuh
RINDU belum pernah menyebabkan kematian
sebaliknya...
RINDU mengajar kita erti SABAR
RINDU mengajar kita erti MENGHARGAI
RINDU sememangnya indah..
kerana
RINDU mengajar kita mengenali erti SAYANG
INDAH sungguhkan PERASAAN yang ALLAH kurniakan untuk kita semua
Betapa nikmat rasa RINDU yang di ANUGERAHKAN
Nikmatnya rindu..
Ummimdaza.23hb September'2014
Tuesday, 23 September 2014
Sunday, 21 September 2014
Ahad ~ 21hb September 2014
21hb September 2014
Petang Ahad yg mendamaikan
Kami kembali ke sini..
Taman syurga anak anak kami..
Setelah hampir 5 hari kami tinggalkan...
Petang Ahad yg mendamaikan
Kami kembali ke sini..
Taman syurga anak anak kami..
Setelah hampir 5 hari kami tinggalkan...
Terubat rindu kami ini..
Takkala terpandang sepasang pusara bernisan biru..
Walau cuma sepasang pusara yang kaku dan bisu..
Seolah olah anak anak jua menanti kedatangan kami..
Seperti biasa alfatihah kami utuskan..
Doa kerinduan kami, mohon disampaikan..
Alhamdulillah airmata kami dapat tahankan..
Mungkin kami sudah semakin kuat..
Hanya Kami berdua sahaja di sini..
Ditemani angin petang, kicauan burung..
Mengutip sisa sisa dedaun kering yg ditinggalkan..
Membersih butiran pasir yang melekat di kepok kalian..
Yang pasti kami jua akan ke sini nanti..
Hanya Allah saje yang maha pengetahuai waktu dan ketikanya..
Sentiasa di sni
Ummimdaza 21 September 2014 ( 6’15 pm)
DI PUSARA BERNISAN BIRU SETALI
Tuesday, 9 September 2014
Bayangan Rindu..
Dugaan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, bukan perkara mudah untuk ditelan. Apatah lagi dalam tempoh kurang 6 bulan, dua insan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.
Dan ini bukan bermakna kami tidak meredhainya..
Cuma terkadang perasaan rindu itu membuat kami kecundang..
Kenangan bersama mereka membuatkan kami kalah..
Bayangan mereka membuatkan kami terleka..
Nyanyian nyanyian mereka seringkali bermain main dicuping telinga
Rengetan manja acapkali mengetuk pintu hati..
Ya Allah lindungilah kami dari terus di buai perasaan rindu..
Jangan dibolakbalikkan hati kami..
Semoga tabah dan kuat..amin..
Terus merindui
Ummimdaza
9hb Sept'2014
9.47pm
Dan ini bukan bermakna kami tidak meredhainya..
Cuma terkadang perasaan rindu itu membuat kami kecundang..
Kenangan bersama mereka membuatkan kami kalah..
Bayangan mereka membuatkan kami terleka..
Nyanyian nyanyian mereka seringkali bermain main dicuping telinga
Rengetan manja acapkali mengetuk pintu hati..
Ya Allah lindungilah kami dari terus di buai perasaan rindu..
Jangan dibolakbalikkan hati kami..
Semoga tabah dan kuat..amin..
Terus merindui
Ummimdaza
9hb Sept'2014
9.47pm
Subscribe to:
Posts (Atom)