Friday, 2 January 2015

Salam Ukhwah 2015

Melangkah ke tahun baru ini bermakna meningkat usia serahun lagi. Semoga iman dan taqwa juga turut bertambah, semoga setiap inci langkah tang dituju adalah langkah yang menuju kebaikan yang sentiasa mendaoat redha Allah.
Usah berpaling lagi kebelakang yang mana hari hari kelmari banyak meninggal kenangan suka duka yang bakal menjadi sejarah.
Sejarah yang kuat terpahat jauh dilubuk hati, tersimpan kemas diminda.
Pelbagai rintangan dan onak berjaya kita tempuhi dan lalui jadikan juga sebagai pedoman dan penganjaran di hari hari yang mendatang.Yakinlah setiap ujian dan musibah yang datang bertamu dalam hidup kita akan ada kemanisan yang menanti. Kerana Allah tidak pernah sesekali mendustai dengan jannji janjiNya.
Redha dan pasrah adalah yang terbaik.
Semoga ditahun baru ini dan rahun berikutnya..insyallah kita semua akan bertambah matang,kuat dan cekal..

Salam ukkhwah untuk semua
Ummimdaza
3hb December 2015

No comments:

Post a Comment