There was an error in this gadget

Wednesday, 6 September 2017

Tuhan ku bekalkanlah kami dengan ketabahan dan kekuatan

6hb September 2017..

Hari ini kami ke sini lagi..
Suatu tika dulu kami ke sini setiap hari tanpa gagal..tapi kini setiap 2 hari sekali kami akan ke sini..ini bukan sudah kurangnya ingatan buat mereka..malah tidak pernah sesaat kami melupai mereka..
Tetapi entah mengapa kedatangan kami hari ini terasa terlalu sayu dan begitu hiba..
Tanpa kami sedari bacaan alfatihah kami disulami airmata..
Ada esakan halus mengiringi doa doa kami..
Terasa baru semalam kami menemani zuriat syurga kami di bilik icu KMC
Terasa baru pagi tadi zuriat syurga kami menghembus nafas terakhirnya..
Terasa baru sebentar tadi kami menghantar mereka ke liang lahad..
taman syurga mereka..
kediaman yang kekal abadi..
Sakitnya RINDU pada yang sudah TIADA..
Berat langkah kaki kami untuk meninggal Taman Syurga Zuriat Syurga kami..
Disepanjang pulang ke rumah..tangisan Abah berterusan..ditatap potret anak anak di skin telefon nya..sangat sangat memilukan..dan airmata ummi pun turut sama mengalir pilu..
Ya Allah bekalkan kami selalu dengan kekuatan dan ketabahan..
Mereka sudah sedia menunggu kami di
"ALAM SANA"...


Ummimdaza
6/9/2017