There was an error in this gadget

Saturday, 9 September 2017

Mimpi yang indah pengubat rindu

Bermimpi lagi....
Seperti biasa rutin ummi dan abah sebelum bergerak ke tempat kerja ialah menyiapkan anak anak utk dihantar ke tadika dan rumah pengasuh..
Sedang asyik ummi mengenakan pakaian buat adik dan abah pula melayan karenah abang..manakala along dan angah sudah pun lengkap berpakaian sekolah..
Pengasuh yg dipanggil Ma oleh anak anak datang ke rumah kita...lalu berkata
"Ani..Makechik(gelaran emak saudara ummi)tak nak dah jaga anak anak awak (abang dan adik)..malas dah..dah tak larat..
Ummi dan abah termanggu mendengarnya..
lalu ummi bertanya.." kalau makecik tak nak jaga..sapelah yang jaga mereka berdua..kesian kat abang dan adik" rayu ummi..
tiba tiba Tok menyampuk..disebelah Tok ada Aki..
"tak per kalau dah makecik tak nak jaga biar Aki jer yang jaga" sambil menunding ke arah Aki yang tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju...

Allahu Rabbi..
Indahnya mimpi ini..
KAU datang ketiga tiga insan kesayang di dalam mimpi ku ini..
Al Fatihah buat mereka..


Ummimdaza..
09092017