Subhanallah maha besar Allah ...sesungguhnya saje Dia yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di hati ini....hanya saje Dia yang memahami erti rindu seorang ibu...lantaran itu Kau mempertemukan aku dengan insan insan tersayang yang telah kembali rahmatillah di dalam mimpi mimpi ku. Semakin hampir ramadhan mengucapkan selamat tinggal semakin kerap mereka datang dalam mimi mimpi ku...seolah olah ingin mengatakan bahawa mereka jua akan pulangke Luf Mahfuz.....alam yang kekal abadi....Apa yang dapat kukatakan melainkan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas anugerah Mu itu. Setiap kali hadirnya sibidadari syurga dengan wajah yang riang...senyuman yang tidak prrnah lekang, manis sunguh senyuman kalian wahai putra putra ku....terubat jua sebuah kerinduan seorang ibu.....memang tidak dapat disangkal lagi mereka sememang amat bahagia berada di bawah jagaan Nya...
Kerinduan seorang yang bergelar ibu dan seorang anak yang tidah pernah padam, mendorong aku dan suami untuk sentiasa ke sini setiap hari... " Pusara Bernisan Biru" taman syurga buat insan insan tersayang...hanya doa berserta bacaan yassin dan al fatihah yang dapat aku kiriman dan utuskan...semoga roh insan insan tersayanh tenang jauh fi "alam sana"..
Alfatihah,
Yg merindui..
Ummimdaza..4/8/2023 5.30
Di Pusara Bernisan Biru...
Sunday, 4 August 2013
Thursday, 11 July 2013
Ramadhan Yang Pertama~Walaupun sekadar dalam mimpi
Mimpi…ya..aku
bermimpi lagi,bermimpi bertemu bidadari bidadari syurgaku.Alhamdulillah Kau
ketemukan aku dengan mereka dalam mimpi ketika umat islam menyambut Ramadhan
yang pertama. (1 Ramadhan…10/7/2013)
Disebuah rumah yang besar lain cantik…semua
penghuninya terdiri dari golangan kanak-kanak yang diawasi seorang wanita yang
tinggi lampai dan berambut panjang mencecah ke lantai…kanak kanak berlari
riang, bermain main sesama mereka…dan diantara mereka adalah kedua-dua putraku…takkala
ternampak kedatangan ku si abang lantas menarik tangan si adik dan meluru
kearah aku dan memeluk ku seerat-eratnya….melepaskan rindu yang sekelian lama
terpendam….
Aku meminta izin daripada pengasuhnya untuk
membawa pulang kedua orang putra…dia hanya mengganggukkan kepala tanda
mengizinkannya…sesampai dirumah aku menjamu mereka dengan hidangan kegemaran
mereka…sungguh berselera abang menikmati masakan ku sedangkan adik leka bermain
main…selepas makan abang mendapatkan adik dan memegang erat tangan adik,
seperti tidak mahu dilepaskan…adik akur…aku bertanya “abang nak ke mana? dah
nak balik ke?...abang mengganggukkan kepala sambil tersenyum manis…”janganlah
balik…. duduklah dengan ummi dah lama abang dan adik tinggalkan ummi…” rayu ku,
namum abang masih tersenyum … “taknak duduk ummi dah ke?...”…abang
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum jua…
Dalam keadaan terpaksa, aku kemudiannya
menghantar mereka pulang ke rumah yang besar lagi cantik tadi….sesampai saje di
halaman rumah tersebut si pengasuh sudah sedia menunggu dengan senyuman yang
amat manis sekali dan tangannya melambai lambai kearah kedua dua orang putra ku
..isyarat untuk masuk ke dalam rumah itu……dengan tangan yang masih berpegang
erat , mereka berlari masuk dengan
riangnya ke dalam rumah yang menjadi tempat tinggal mereka…..dengan di sambut
oleh pengasuh dan rakan rakan mereka…dan aku hanya mampu melihat meeka bermain
main dengan riang dari kejauhan
Subhanallah Maha Besar Allah…mengertikan akan
rindu seorang ibu….Kau ketemukan jua aku dengan bidadari syurga …disaat hati
ini sarat menanggung beban rindu….di saat saat seluruh umat menanti bulan
Ramadhan yang penuh barakhah Mu…
Terima kasih Ya Allah di atas limpah kurnia Mu…walau
hanya sekadar dalam mimpi aku bersyukur…terubat jua rindu ku selama ini….Aku
tahu anak-anakku berada ditempat yang paling elok,sempurna di “alam sana”…mereka
di jaga dan dirawat dengan sebaik mungkin….tiada tolok bandingnya….
Salam kerinduan
Ummimdaza (10/7/2013…5.36am) 1 Ramadhan
Monday, 8 July 2013
Aku Amat Bahagia...Walau hadir Mu Hanya Seketika...Sayang Hingga Hujung Nyawa
28hb Jun 2007 merupakan hari kelahiran adik, adik dilahirkan di KMC
Kuantan sama seperti kakak dan abangnya. Kelahiran adik amat dinantikan oleh
kakak dan abangnya. Adik dilahirkan tepat jam 10.45 malam melalui proses
pembedahan juga seperti kelahiran kakak dan abangnya jua. Cuma bezanya berat
timbangan adik kurang sedikit hanya 2.75 kg. Comel, putih kemerah
merahan,hidung sedikit tinggi, bermata coklat...mengikut abah barangkali....
Muhammad Dzuhil Ashroqi nama diberikan...yang bijaksana dan perkasa...mengimbas
kembali saat saat bersama adik...dek kerana kuning yang terlalu tinggi di awal
kelahirannya, masuk hari ke 23 baru
pusat adik terpisah...lamanya aku sudah mulai risau tapi kata doctor tidak ada
apa yang perlu dibimbangkan..memang adik agak comel jika dibandingkan dengan yang
lain...pernah satu ketika adik ketika dirawat di hospital aku disangkakan maid
yang mengasuh adik...memang warna kulit kami agak ketara bezanya....lucu bila
mengenangkan saat itu...
Adik seorang kanak kanak yang sangat keletah dan ceria...tingkahlakunya
sangat menghiburkan...manja,nakal maklumlah anak bongsu ...apa saje yang
dilakukan mendapat perhatian dari semua orang yang terdekatnya...kepetahan dan
keramahannya boleh menambat hati sesiapa saje bila berbicara dengannya...tapi
ada satu penyakit iaitu lelah, pantang salah makan atau berada persekitaran
yang berhabuk....penyakit itu pasti cepat sekali datang menyapa.....dalam
setahun paling kurang 1 atau 2 kali adik pasti menjadi penghuni hospital malah
doctor dan misi di situ sudah mengenali adik.
Hari berganti hari adik membesar seperti kanak-kanak lain...hubungan
adik dengan adik beradik memang sangat rapat apatah lagi dengan abang..apa
makanan kegemaran abang sudah pasti menjadi kegemarannya jua (kuehtiaw ladna,
abang panggil mee petak dalam pingggan), pakaian mesti sama, pendekata semuanya
mesti sama....malam sebelum masuk tidur adik dan abang bermain main(gusti ala
wwf atau ultraman)terlebih didalam bilik aku...setelah keletihan baru mereka
berdua tidur....alahai anak-anak....
Dan selepas abang meninggal perangai adik sedikit berubah...adik menjadi
cepat marah dan juga cepat berkecil hati..beberapa hari selepas kematian abang
adik selalu mengharapkan kemalangan berlaku kepada kami sekeluarga ...”biar
mati..cepat sikit jumpa ngan abang..” dan pernah sekali adik bertanya kenapa
abang mati dulu...kata ku sebab abang budak baik...”adik tak baik ke ummi?”....setiap
kali aku menangis mengingatkan abang adik pasti akan berkata “adik tak suka
tengok ummi nangis, adikkan ada....lama kelamaan adik sudah biasa bermain
sendirian sebelum tidur tetapi kadang kadang terkeluar juga dari mulutnya
“hishh...bosannya..ni adik tak suka kalau takada abang...”
Awal tahun 2012 adik mulai masuk kealam persekolahan...tadika..tidak
banyak kerenah...setelah pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang adik pasti ke
pejabat aku...rakan rakan sepejabat aku amat senang dengan tingkahlaku
adik..omelan dan ragam adik..dan setelah habis kerja seperti biasa kita semua
akan ke pusara abang, adik suka bermain main di persekitaran pusara abang,
malah adik turut membawa 2 biji kereta mainan untuk bermain di situ..sesampai
di rumah adik tidak terus masuk ke rumah, adik akan bermain main dengan basikal
kesayangan bersama rakan- rakan sebaya...dan terkadang adik meminta duit untuk
membeli aiskrim di rumah jiran ku yang dipanggil “Makcik La(Shila)...”Cik La
adik nak aisrkrim yang perempuan(warna pink) satu dan yang lelaki satu(warna
biru)..itulah adik....
Takkala kedengaran alunan alquran dari surau adik akan cepat-capat masuk
kerumah dan terus mandi...”Ummi baju surau adik mana?(baju melayu)..adik dah
lambat ni...nak gi sembahyang kat surau...adik memang rajin ke surau...malah
setelah adik meninggal ada beberapa orang jemaah yang tidak dapat menahan
airmata takkala mengaminkan bacaan imam..kerana pada mereka masih terngiang
ngiang suara adik yang nyaring mengaminkannya.
Adik yang paling gembira bila mendapat tahu aku mengandung...”yes..adik
dah nak jadi abang bestnya...” setiap hari adik bertanya “bila baby nak keluar
ni..dah tak sabar nak main ngan baby”....tapi janin itu tidak betah lama dalam
rahim ku...Satu hari seperti biasa selepas pulang dari kerja kami terus ke
pusara abang, sebaik sampai adik berkata..”asyik asyik gi kubur abang..adik dah
bosan..adik tak nak turun..” dan adik tidak turut sama ke pusara abang tinggal
sendirian di dalam kereta. Rupanya adik tidak mahu turun pada hari itu kerana
adik akan menjadi penghuni di situ buat selama lamanya...adik mahu bersama
dengan untuk menikmati kemeriah taman syurga Allah.
Kalau sebelum ini jika aku mahu tidur adik akan menyua baju arwah abang
pada ku ...akan ku peluk dan cium bagi melepaskan rasa rindu...tetapi pada
malam itu..... adik tidur dengan memeluk erat baju arwah abang.....”rindu
agaknya” bisik hatiku......aku biarkan saje....
Petang Jumaat adik bermain dengan cucu jiran ku yang dipanggil Adam dan
dengan tidak sengaja telah menumbuk perut adik...”Adoinya sakit perut saya......susah
nya saya sebab tak ada abang.... esok kita main lagi ya...bosan tau main sorang
sorang” lalu adik berlari pulang...dan malam itu sekali lagi adik tidur dengan
memeluk baju abang.....
Sabtu pagi...dapat berita abah dikejarkan ke hospital dan kami bergegas
ke hospital, nasib baik tidak ditahan diwad dan selepas semuanya selesai, kami
terus ke majlis perkahwinan di rumah Kak Sabariah...dan sebelah petangnya adik
demam...demam panas dan terpaksa di masuk ke hospital “KMC”...kami hanya sempat
bermalam di KMC selama 2 malam...dan bermula dari saat itu semua berulang kembali....seolah
olah megulang tayang saat saat ketika abang mahu meninggalkan kami semua...dan
pada 1hb Mei 2012 sempena hari jadi abah yang
ke 46 tahun adik telah di jemput untuk bersama-sama abang bagi memeriah
taman syurga Allah...di usia 4 tahun 10 bulan 3 hari
Ya Allah terima kasih di atas pinjaman mu itu kepada aku
sekeluarga....walaupun hanya sesingkat itu usia putra putra ku bersama kami
sekeluarga...namum tetap bahagia dengan pinjaman Mu itu...Sememang amat payah
untuk aku menerima hakikat bahawa adik telahpun berada jauh “di alam sana “
bersama abang yang amat dirinduinya...aku cuba sedaya upaya untuk mencari kekuatan
untuk terus bangkit...tidak pernah sesaatpun aku lupa kenangan bersama-sama
mereka....
Terima kasih kerana memilih, meamanahkan dan memberi peluang kepada kami untuk menjadi ibubapa kepada
kedua dua bidadari syurga Mu.....Tidak terucap dengan kata kata betapa indah
dan manis saat yang kami lalui bersama sama si bidadari syurga walau hanya
sekita...Hebat sungguh ujian yang Kau turunkan buat aku sekeluarga, namum aku
percaya kenikmatinya pasti menanti sebagai ganjarannya...
Bunyi cangkul sahut-bersahutan.....
mengambus ruang yang abadi dan anakku pun tenggelam..
Dan tangisan pun kedengaran seperti desiran angin
menghambat tanah yang ingin pergi....
Jauh mengikutmu lalu bersatu...
Talkin yang sepi dari imam.
Menyeramkan....
Namun menenangkan....
Jiwaku yang kecelaruan.
Dengan mata terpejam dan seakan-akan tidak percaya..
Aku memeluk kakakmu, yang tak henti-henti menangis...
"Adik mana...?"
"Adik mana...?"
"Adik mana...?"
Biar setegap manapun ku tahan, namun kaki ini tetap menggeletar...
Terasa tubuh ini lemah dan longlai...
sehingga bacaanku menggigil dan terdiam..
Lalu ku lepaskan kakakmu... kerana aku tidak berdaya lagi untuk berdiri...
dan mengahadapi saat-saat ini... Saat terakhit menghantar kau pergi...
Kemudian... segalanya menjadi sepi.....sepi...dan sepi..
Aku kegelapan walaupun tidak menutup mata.
Aku hilang dalam cahaya...
Terasa setiap nafasku, sekadar satu degup...
Dan inilah airmata terpantas mengalir lagi seumur hidupku...
Menitis laju seperti air mawar yang membasahi pusaramu....
Aku menangis lagi kali ini kerana hari ini aku betul-betul kehilanganmu.
(Copypaste)
Sayang hingga ke hujung nyawa...
UmmiMdaza 1/7/2013...10.45 pm
Sunday, 16 June 2013
Terimakasih Suamiku...Selamat Hari Bapa
Setelah
hampir 22 tahu kita hidaup bersama, terikat dengan iktan suci pernikahan,
terlalu banyak yang kau telah berikan untuk aku dan anak anak… Terimakasih yang
tidak terhingga ingin aku luahkan
Kerana telah menjadi
imam yang baik dan yang sangat mengerti
terhadap “makmumnya”
Kerana menjadai suami
dan bapa yang terhebat dan terbaik buat aku dan anak anak
Kerana menjadi
tempat aku dan anak anaki bergantung harap dan kasih
Di atasa kesabaran mu
melayani kerenah aku dan anak, tanpa berkeluh kesah
Di atas cinta yang
tidak berbelah bagi, kasihsayang yang melimpah ruah
Di atas tanggungjawab
yang tidak pernah terabai
Di atas titpan doa
buat aku dan anak anak setiap kali sujud mu pada NYa
Pada setiap
pengorbanan yang diberikan tanpa mengira waktu dan ketika
Kerana menjadi
mendengar yang setia, berkongsi rahsia dan masalaah
Kerana tetap
sentiasa bersama dikala waktu gembira dan duka kami
Maafkan kami…
Sekiranya hati ini
sering menaruh prasaka buruk, sering rasa curiga….
Sekiranya setiap
kata tutur yang terkeluar dari mulut kami sering membuat hati mu terluka
Sekiranya adakalanya
permintaan kami seringkali di luar kemampuan mu…
Sekiranya teguran
dan pandanganmu kami pandang sepi…
Sekiranya keluhan
dan rungutan mu kami tidak hiraukan…
Sekiranya setiap
kali huluran tangan mu tidak dibalas dengan ucapan terimakasih…
Insan yang bernama
Zainal Aripin bin Zakaria
Terlalu istimewa di
hati dan di mata kami …isteri dan anak-anaknya, kami amat berbangga dan bahagia
sekali ketika bersama dia,
Insan ini sering
tenang dalam menghadapi apa jua dugaan dan ujian, insan ini yang terlalu pandai menyembunyikan rasa
dukanya, susahnya, sakitnya di depan aku dan anak- anak…namum sebagai teman
hidupnya aku tahu apa yang terpendam dilubuk hatinya…
Suami ku ini tidak
pernah menunjukkan rasa rindunya pada
arwah putra-putra di depan aku atau pun pada yang lain…tetapi takkala dia bersendirian air
mata kerinduan dari seorang mengalir jua….apa yang terbuku terluah jua
dikepekatan malam di tas sejadah milik arwah putranya…
Terlalu banyak dia
berkorban rasa demi aku dan anak-anak…..
Hatinya selalu
sahaje terluka…dek kerana tingkah laku si anak……..
Suamiku…
Betapa aku berterimakasih
kepada Allah yang telah mencurahkan rahmat dan rezeki kepadaku dan anak-anak
dengan memberikan pemberian yang istimewa seperti mua, mungkin luahan
terimakasih tidak cukup untuk menggambarkan dan membalas semua yang kau telah
berikan dengan ikhlas untukku dan keluarga kita, namun hanya inilah ku pohon…..terima
ungkapan terimakasih ku…….terima kasih suami ku
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>~~~
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Ya Allah,
Dialah cahaya hidupku,
Yang membawa aku jauh dari kegelapan yang menyedihkan,
Dialah kebahagiaanku.
Ya Allah,
Dialah semangatku,
Yang tak pernah putus asa dengan aku,
Dialah pendukung aku.
Ya Allah,
Dialah gelak tawaku,
Di saat aku duka,
Dialah kegembiraanku.
Ya Allah,
Dialah teman aku,
Dialah suamiku.
Ya Allah,
Berkatilah suamiku,
Rahmatilah suamiku,
Murahkanlah rezeki suamiku,
Jauhkanlah suamiku dari dukacita yang menyakitkan,
Kurniakanlah dia kebahagian seperti mana dia membahagiakan aku.
Ya Allah,
Andainya aku yang terbaik untuk suamiku,
Jadikanlah aku isteri yang baik
Jadikanlah aku isteri yang solehah
Kerana aku ingin membahagiakan dia seperti mana dia membahagiakan aku.
Dialah cahaya hidupku,
Yang membawa aku jauh dari kegelapan yang menyedihkan,
Dialah kebahagiaanku.
Ya Allah,
Dialah semangatku,
Yang tak pernah putus asa dengan aku,
Dialah pendukung aku.
Ya Allah,
Dialah gelak tawaku,
Di saat aku duka,
Dialah kegembiraanku.
Ya Allah,
Dialah teman aku,
Dialah suamiku.
Ya Allah,
Berkatilah suamiku,
Rahmatilah suamiku,
Murahkanlah rezeki suamiku,
Jauhkanlah suamiku dari dukacita yang menyakitkan,
Kurniakanlah dia kebahagian seperti mana dia membahagiakan aku.
Ya Allah,
Andainya aku yang terbaik untuk suamiku,
Jadikanlah aku isteri yang baik
Jadikanlah aku isteri yang solehah
Kerana aku ingin membahagiakan dia seperti mana dia membahagiakan aku.
Isteri yang sentiasa mencintai mu
UmmiMdaza(17/6/2013)
Friday, 14 June 2013
Ya Allah Kau Limpah Rahmat Mu.....SELAMAT HARI JADI ALONG....HADIAH YANG PALING BERHARGA DARI KAMI ADALAH TITPAN DOA DISETIAP SUJUD KAMI PADANYA
12/6/2013...genap usia 19 tahun, ini bermakna sudah 19 tahun dia bersama kami. Kasih sayang yang kami curah tanpa berbelah bagi. walaupun dia bukan dari benih kami, namun kehadiran dia cukup bermakna buat kami.
Dia kami didik sebaik mungkin agar dia membesar seperti kanak kanak biasa, hatinya kami jaga agar dia tidak terasa terasing... Tiada sedikitpun beza kasih sayang kami terhadapnya berbanding anak anak kami yang lain...apa yang anak anak kami dapat dia tidak ketinggalan malah lebih lagi...ini semua demi sayang kami padanya.
Masa berlalu begitu cepat dia semakin meningkat remaja...biasalah jiwa remaja ... banyak ragam dan tingkahnya...sehingga terkadang kami rasa tercabar dengan tingkahlakunya.....
Semoganya dengan meningkat usianya kini...dia dapat befrikir dan bertindak dengan lebih matang...
~Ya Allah Ya Tuhan Ku Kau panjangkan usia anakandaku ini...agar dia terus beribadah pada Mu
~Ya Allah Ya Tuhan Ku kau lempahkan rahmat Mu buat anakanda ku ini...Kau berikan dia taufik dan hidayah agar dia tidak tersasar dari lanadasan kehidupanan yang Kau murkai.
~Ya Allah Ya Tuhan kau restuilah disetiap perjalanan hidupnya...tunjukkan jalan yang direhdai....
~ Ya Allah Ya Tuhan ku Kau murahkan rezekinya biarlah ianya dari sumber yang halal agar darah dagingnya suci dan hatinya mampu terjaga supaya terus tunduk pada Mu...
~Ya Allah Ya Tuhanku Kau selamatkanlah anakandaku dunia dan akhirat....jauhilah dari malapeta dan mararbahaya....tabahlah hatinya dalam mengharungi setiap dugaan Mu.....
Berilah anakandaku kesihatan yang baik agar dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMu Ya Allah...Berikah anakanda kebahagian yang engkau kehendaki padanya
~SELAMAT HARI JAGI ALONG....HADIAH YANG PALING BERHARGA DARI KAMI ADALAH TITPAN DOA DISETIAP SUJUD KAMI PADANYA~
Dia kami didik sebaik mungkin agar dia membesar seperti kanak kanak biasa, hatinya kami jaga agar dia tidak terasa terasing... Tiada sedikitpun beza kasih sayang kami terhadapnya berbanding anak anak kami yang lain...apa yang anak anak kami dapat dia tidak ketinggalan malah lebih lagi...ini semua demi sayang kami padanya.
Masa berlalu begitu cepat dia semakin meningkat remaja...biasalah jiwa remaja ... banyak ragam dan tingkahnya...sehingga terkadang kami rasa tercabar dengan tingkahlakunya.....
Semoganya dengan meningkat usianya kini...dia dapat befrikir dan bertindak dengan lebih matang...
~Ya Allah Ya Tuhan Ku Kau panjangkan usia anakandaku ini...agar dia terus beribadah pada Mu~Ya Allah Ya Tuhan Ku kau lempahkan rahmat Mu buat anakanda ku ini...Kau berikan dia taufik dan hidayah agar dia tidak tersasar dari lanadasan kehidupanan yang Kau murkai.
~Ya Allah Ya Tuhan kau restuilah disetiap perjalanan hidupnya...tunjukkan jalan yang direhdai....
~ Ya Allah Ya Tuhan ku Kau murahkan rezekinya biarlah ianya dari sumber yang halal agar darah dagingnya suci dan hatinya mampu terjaga supaya terus tunduk pada Mu...
~Ya Allah Ya Tuhanku Kau selamatkanlah anakandaku dunia dan akhirat....jauhilah dari malapeta dan mararbahaya....tabahlah hatinya dalam mengharungi setiap dugaan Mu.....
Berilah anakandaku kesihatan yang baik agar dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMu Ya Allah...Berikah anakanda kebahagian yang engkau kehendaki padanya
~SELAMAT HARI JAGI ALONG....HADIAH YANG PALING BERHARGA DARI KAMI ADALAH TITPAN DOA DISETIAP SUJUD KAMI PADANYA~
Ummimdaza..
12/6.2013
Wednesday, 29 May 2013
RINDU DATANG TIDAK TENTU MASA.....
BILA RINDU DATANG BERTANDANG....
bila rindu itu mula bertandang
aku hanya mampu merenung jauh
aku hanya mampu menghela nafas
perit rasanya rindu itu
rindu pada yang telah pergi
rndu pada yang telah tiada
bila rindu itu mula bertandang
hati mula menjadi letih
perasaan bersabung pilu
mengharap terus mengharap
hati ini selalu aje merindui
bila rindu itu mula bertandang
berbisik pada hati
biarkan lah mereka pergi
biarkan lah mereka bahagia
biarkan lah mereka...bergembira di "alam sana"
bila rindu itu mula bertandang
ku alun zikir
pengubat hati
pengubat rindu
Amat merindui ...
Ummimdaza..30/5/13...12.41 am...
bila rindu itu mula bertandang
aku hanya mampu merenung jauh
aku hanya mampu menghela nafas
perit rasanya rindu itu
rindu pada yang telah pergi
rndu pada yang telah tiada
bila rindu itu mula bertandang
hati mula menjadi letih
perasaan bersabung pilu
mengharap terus mengharap
hati ini selalu aje merindui
bila rindu itu mula bertandang
berbisik pada hati
biarkan lah mereka pergi
biarkan lah mereka bahagia
biarkan lah mereka...bergembira di "alam sana"
bila rindu itu mula bertandang
ku alun zikir
pengubat hati
pengubat rindu
Amat merindui ...
Ummimdaza..30/5/13...12.41 am...
Tuesday, 7 May 2013
HARI INI HARIJADI KU...7/5/2013
Bismillahhirrohmannirrahim....
Tanpa dijemput dan tak perlu diundang 7 hb Mei akan tetap
muncul pada setiap tahun...dan apabila hari itu datang menunjukkan dirinya ini
bermakna meningkat lagi usia ku...dan kali genaplah usia 45 tahun...bukan muda
lagi...semoga dengan usia ini ianya mebuat aku bertambah matang, bertambah
kuat, bertambah cekal, semoga Allah kurniakan aku dengan sifat yang lebih
sabar, tawaduk, dan keimanan....
Namun sebagai manusia biasa..aku tidak lari mengimbau
kenangan manis setiap kali menyambut harijadi bersama sama suami dan anak
anak....Kerana yang lebih teruja menyambutnya adalah anak anak...dan secara kebetulan
pula disetiap harijadiku adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan aku akan
selalu berkata “hari ini harijadi ummi sebab tu cuti.....” anak anak ku
peraya...lucu bila meningatkannya...Abang akan berpakaian cantik..”biar ummi
kata dan Nampak abang handsom” sambil tersenyum amat jelas di mata ummi senyum
yang abang berikan manis dan manja sekali...dan abang juga orang pertama akan
mengucap selamat sambil memeluk dan mengomol ngomol aku...baru lah diikut
dengan yang lainnya...
Kek mesti ummi yang buatkan, makanan tengahari kalau di
harijadi abah nasi ayam, di hari jadi ummi pula mee kari..anak anak merebut
rebut untuk menyuapkan ummi.....indahnya sangat itu....tidak akan berullang
lagi
Dan hari ini aku hanya berdua menyambut harijadi ku di rumah ku...angah
dan along menemani tok di Tanjong Api..Seperti biasa sesampai di rumah, aku terus ke dapur dan
mengemas apa yang patut....dan mee kari aku sediakan sebagai hidangan tengahari walaupun hanya
berdua....dengan linangan airmata kami mengadap mee kari yang terhidang...dari
linangan airmata ianya menjadi deraian airmata yang tidak dapat di bendong lagi
saat suami ku dalam sedu yang cuba dikawal menyuapkan mee kari ke mulut ku...dan
makan tengahari terhenti di situ saje..tidak tertelan....
Petang yang agak redup aku dan suami mengatur langkah ke “Pusara
bernisan Biru” taman syurga putra-putra ku...tempat yang menjadi satu kemestian
kami disetiap petang....Seperti biasa aku dan suami membersih, menyapu dan buat
apa apa yang patut...tapi kali ini aku mahu sepasang “Pusara Bernisan Biru”
milik kalian betul betul bersih...tidak kuizin walau sehelai rumput tumbuh di
pusara kalian, tidak ku benarkan walaupun sehelai daun daun kering bertenggek
di pusara kalian, kepok dan batu nisan aku cuci betul betul..jangan sampai ada
butiran pasir yang melekat....kenapa aku berbuat demikain???? Kerana aku
teringatkan kata kata abang disetiap harijadi ku....”bila hari jadi ummi nanti
abang nak pakai cantik cantik dan kemas biar ummi kata handsomnya
abang...segaknya abang.....” Tika ini naluri seorang ibu dapat merasakan betapa
rapatnya kalian dengan aku, betapa segaknya si bidadari syurga ku ini.......
Terimakasih Ya Allah di atas usia yang telah Kau
berikan.....Terima kasih Ya Allah untuk setiap cubaan yang Kau turunkan
Terima kasih Ya Allah atas takdir yang Kau tentukan. Sesungguhnya
terlalu banyak yang telah Kau kurniakan kepadaku, dan terlau sedikit sedikit
pengabadianku terhadap Mu
Ya Allah berkati dan tambahkanlah amalanku di saat
bertambahnya usiaku. Aku memohon kepada kepadaMu kenikmatan yang berpanjangan,
sihatkanlah tubuh badanku,sihatkanlah pendengaran dan penglihatanku. Ampunilah
segala dosa dosaku, sucikanlah hati ini dengan taubat kepadaMu dan teguhkan
hati ini agar sentiasa taat kepada perintahMu.
Ya Allah, terima kasih tidak terhingga buat kedua orang tua
yang dikasihi dan dicintai...kerana dengan adanya mereka aku lahir di dunia
ini...terimakasih emak dan abah di atas kasih sayang yang dicurahkan, di atas
didikkan ilmu dan duniawi yang diberikan...tidak terbalas dengan kata-kata jauh
sekali dengan kebendaan.
Buat suami yang dicintai....terima kasih di atas kasihsayang
yang dicurahkan....cinta yang luhur, dan telus...maafkan isteri di atas
katabual yang terkadang menyakitkan...kasih sayang ku untuk tiada
sempadannya......
![]() |
| hadiah harijadi terakhir buat ummi dari Abang...akan ummi simpan hingga ke akhir hayat ummi |
Di harijadiku....
UMMIMDAZA...(7/5/13....10.10pm)
Subscribe to:
Posts (Atom)













