Bangkit dari tidur hari ini terasa begitu
kosong dan tiba-tiba terasa sunyi yang amat sangat. Kosong dan sunyi di ruang
mata dan juga disetiap ruang hati. Apa yang dipegang dan buat serba tidak kena.
Terdengar-dengar deruman enjin motor along…..,
rindu untuk kejutkan along untuk sembahyang subuh…,
Terdengar-dengar dengan pertanyaan Abang..”Ummi..masak apa pagi ni?”..rindukan pada rengetan yang
minta air milo…
Terdengar-dengar dengan panggilan Adik….”Ummi
mai sekejap”…..rindu pada jari-jari kecil yang mencari puting susu ummi..
Dan kini hanya tinggal angah dan abah yang menjadi
peneman setia ummi, pada merekalah tempat ummi mencurahkan segalagalanya.
Ya Allah ..hanya pada Mu aku terus memohon,
pelihara kami dalam rahmat Mu, pandanglah kami dengan ehsan dan kasih sayang
Mu, Kau kurnikan kami kesabaran, kau limpahkan lah kami dengan rezekiMu, Kau
peliharalah keluarga kami…jadikanlah kasih sayang kami hanya kerana Mu.
Ya Allah Kau peliharalah zuriat keturunanku,
jadilah puteriku hamba mu yang terpuji..Maha suci Ya Allah kau peliharalah
hatiku..kau jadikan terus kuat kerana cinta ku pada Mu Ya Allah…kurniakan aku
kesabaran Ya Allah…
Airmata ini adalah kerana rasa insafku atas
kelemahan diriku…airmata ini adalah rasa rinduku pada yang telah pergi….air
mata ini adalah milik seorang ummi yang akan tetap menjadi pencinta yang setia….
Rindu yang tiada penghujungnya..
UmmiMdaza
21/10/2012(4.28)
No comments:
Post a Comment