Aku lena juga dengan berbekal sisa airmata kerinduan...dada yang tadinya sedikit sakit dek kerana menahan sebak kian sudah tidak terasa....tiba tiba aku terasa ada kelibat yang memerhatikan disebalik pintu kamar tidur ku....berdiri susuk tubuh yang amat aku rindui....berbaju melayu dan berkopiah putih berkain pelikat biru kotak kotak. Aku bingkas bangun mendapatkan dia ....Abah !!!! aku merangkul abah sekuat hati sambil melepaskan tangisan kerinduan..., tangan ku salami dan aku cium, aku tatap wajah tanpa jemu dan ku cium bertubi tubi...dan abah mengusap ngusap lembut kepala ku......alangkah bahagianya aku kalau ianya realiti bukannya mimpi....Aku bermimpi bertemu abah pada hari ini 30. 8.2013 genap 8 bulan kembalinya abah ke rahmatullah...
Sesungguhnya ketika hayat abah masa ada...itu lah yang selalu aku laku bila rasa rindu datang bertandang mengetuk ngetuk pintu hati ku, merobek robek tangkai jantungku.....di riba abahlah selalu aku meluahkan segala galanya dan abah akan berkata "sabarlah wok...awak seorang ibu yang bertuah, sudah ada bidadari syurga menanti di "sana" buakan seorang tapi berdua memang sakit menanggung rindu kenikmati akan menanti di sana...belajarlah menjadi seorang ibu yang redha..sabar lah wok..." (wok adalah panggilan manja bagi orang orang Pahang).
Dan kini kata kata abah menjdai menguat semangat ku...akan ku ingat kata kata abah itu. Sesungguhnya abah adalah penasihat yang terbaik, pendengar yang terbaik dan apa yang ada pada memanag yang terbaik...
Al Fatihah akan aku titipkan disetiap sujud pada Mu...dan aku akan sering akan ke "Pusara Bernisan Biru" di situlah akau akan melepaskan rasa rindu ku buat insan insan yang aku sayang dan aku rindui...
Rindu Abah
Disaat malam hari ku tatap bintang dan bulan yang menerangi bumi,
disaat itu pula aku teringat akan dirimu abah,,,
aku merindukanmu,, yang tlahh pergi
meninggalkan ku,, untuk selama lama nya,,,
di mana pun aku berada,, aku akan selalu mengingat mu abah,,,
andai engkau ada menemani hari hari ku ,,. Hidup ku akan terasa lebih
sempurna dengan ada nya dirimu abah,,,
tapi itu semua hanya mimpi ku,,.
Aku di sini hanya bisa berdo'a untuk mu abah,,.
Semoga kau tenang disana,,,,.
Aku,, anakk mu , setiap detik meridukan mu
Rindu yang tidak penghujung nya
Anak yang sentiasa merindui..
Ummi Mdaza (30/8/2013...6am)
Saturday, 31 August 2013
Sunday, 25 August 2013
Rindu....serindu rindunya....
Malam tadi aku bermimpi lagi....bermimpi akan bidadari syurga ku....adik datang berlari mendapatkan aku sambil menyuakan seluar untuk aku sarung kepada nya....Adik seterusnya mengeselkan geselkan tubuh nya dengan tubuh ku...merengek rengek manja minta dibelai...aku turuti semua kehendak adik...dan adik begitu riang sekali ...dan sebelum pergi meninggalkan aku ...adik mengucup seluruh muka ku sambil tangan kecilnya mengusap ngusap pipiku....dan aku nampak ada jernih jatuh ke pipi adik...dan sambil tersenyum manja adik bersalam dengan ku sambil mencium tangan ku...dan berlalu pergi meninggalkan aku yang masih termanggu manggu....Bila aku tersedar jam menunjukkan pukul 4.pagi...aku meraba raba pipi..masih terasa kehangatan ciuman dari adik tadi...
Alhamdulillah syukur...walau sekadar dalam mimpi....
Alhamdulillah syukur...walau sekadar dalam mimpi....
Rindu serindu rindunya
Ummimdaza 25.8.2013...8.45 pm
Saturday, 24 August 2013
~DOA DAN HARAPAN DI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 22 TAHUN~24 Ogos 1991 ~24 Ogos 2013
24 Ogos 1991 bersamaan hari Sabtu ..kami telah diijab
kabulkan…dan hari ini 24 Ogos bersamaan hari Sabtu genap 22 tahun kami melayari
bahtera perkahwinan kami. Syukur aku panjat kehadrat Illahi kerana mempertemukan
dengan suamiku…teman dikala suka duka ku, pendengar kepada setiap pemasalahan
ku…memujuk tika rajukku…Suami yang terbaik mengasihi tidak pernah
bertepi,Dialah perindu setia, dialah sahabat yang terbaik, penasihat yang terhandal,pembimbing
terbaik..dan dialah suami yang sering mengalir airmata tanda keikhlasnya…
Walaupun sudah 22 tahun kami melayari bahtera
perkahwinan dengan pelbagai rintangan…tapi kami mengharungi jua dengan sabar…dan
Dia masih jua suami yang terbaik yang sentiasa sabar dengan kerenah ku. Dia
tetap yang terbaik memberi dan menyediakan keperluan yang terbaik buat aku dan
anak anak. Dia adalah suami yang selalu mahu mencuba menjadi imam yang terbaik
buat aku dan anak-anak….akhlaknya dijaga sebaik mungkin diusahakan, disarung dengan sunnah
Rasulullah
Dan pada hari ini jua….suamiku..tidak dapat membendung
rasa hati yang disimpan sekelian lama….dia rindu…rindu akan suara-suara
putra-putranya….rindu untuk bermain main dengan hero heronya….rindu untuk
memeluk,mencium dan menggomol sang bidadari syurganya….Ya Allah Ya Tuhan…suami
yang selama ini aku pandang dia seorang kuat…rupa rupanya..tewas jua dengan rasa rindu yang
dipendam sekelian lama…Tuhan Ku …kau ringan beban rindu suamiku….Kau ketemukan
suami dengan putra-putra kami dalam mimpi mimpinya…saban malam suamiku akan
bersujud kepada Mu memohon agar diketemukan dengan bidadari bidadari syurga
kami walaupun sekadar dalam mimipi…..
Suamiku….Isterimu ini akan cuba menjadi yang terbaik
untuk mu…menjadi menyeri dan menanti agar sentiasa bertemu di syurga
Mu…Isterimu ini akan sentiasa mendoakan kesajahteraanmu….agar langkahmu
sentiasa diterangi cahaya Illahi.
Sesungguhnya dia memang suami yang terbaik…terimakasih
suami ku di atas segala kasih sayang dicurahkan dalam tempoh 22 tahun
ini.Syukur Alhamdulillah
Tanda cinta kita walaupun putra putra telah dijemput pulang mendahului kita |
~DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN~
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang
Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan
mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau
jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah
permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling
mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling
menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan
dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan
kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah
Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan
amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi
manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari
kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami,
keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan
orang-orang mukmin.
Sayang hingga ke Jannah
UmmiMdaza (24/8/2013....2.20am)
Sunday, 4 August 2013
Hanya Dia saje yang memahami erti sebuah kerinduan...
Subhanallah maha besar Allah ...sesungguhnya saje Dia yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di hati ini....hanya saje Dia yang memahami erti rindu seorang ibu...lantaran itu Kau mempertemukan aku dengan insan insan tersayang yang telah kembali rahmatillah di dalam mimpi mimpi ku. Semakin hampir ramadhan mengucapkan selamat tinggal semakin kerap mereka datang dalam mimi mimpi ku...seolah olah ingin mengatakan bahawa mereka jua akan pulangke Luf Mahfuz.....alam yang kekal abadi....Apa yang dapat kukatakan melainkan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas anugerah Mu itu. Setiap kali hadirnya sibidadari syurga dengan wajah yang riang...senyuman yang tidak prrnah lekang, manis sunguh senyuman kalian wahai putra putra ku....terubat jua sebuah kerinduan seorang ibu.....memang tidak dapat disangkal lagi mereka sememang amat bahagia berada di bawah jagaan Nya...
Kerinduan seorang yang bergelar ibu dan seorang anak yang tidah pernah padam, mendorong aku dan suami untuk sentiasa ke sini setiap hari... " Pusara Bernisan Biru" taman syurga buat insan insan tersayang...hanya doa berserta bacaan yassin dan al fatihah yang dapat aku kiriman dan utuskan...semoga roh insan insan tersayanh tenang jauh fi "alam sana"..
Alfatihah,
Yg merindui..
Ummimdaza..4/8/2023 5.30
Di Pusara Bernisan Biru...
Kerinduan seorang yang bergelar ibu dan seorang anak yang tidah pernah padam, mendorong aku dan suami untuk sentiasa ke sini setiap hari... " Pusara Bernisan Biru" taman syurga buat insan insan tersayang...hanya doa berserta bacaan yassin dan al fatihah yang dapat aku kiriman dan utuskan...semoga roh insan insan tersayanh tenang jauh fi "alam sana"..
Alfatihah,
Yg merindui..
Ummimdaza..4/8/2023 5.30
Di Pusara Bernisan Biru...
Subscribe to:
Posts (Atom)