Saturday, 24 August 2013

~DOA DAN HARAPAN DI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 22 TAHUN~24 Ogos 1991 ~24 Ogos 2013

24 Ogos 1991 bersamaan hari Sabtu ..kami telah diijab kabulkan…dan hari ini 24 Ogos bersamaan hari Sabtu genap 22 tahun kami melayari bahtera perkahwinan kami. Syukur aku panjat kehadrat Illahi kerana mempertemukan dengan suamiku…teman dikala suka duka ku, pendengar kepada setiap pemasalahan ku…memujuk tika rajukku…Suami yang terbaik mengasihi tidak pernah bertepi,Dialah perindu setia, dialah sahabat yang terbaik, penasihat yang terhandal,pembimbing terbaik..dan dialah suami yang sering mengalir airmata tanda keikhlasnya…
Walaupun sudah 22 tahun kami melayari bahtera perkahwinan dengan pelbagai rintangan…tapi kami mengharungi jua dengan sabar…dan Dia masih jua suami yang terbaik yang sentiasa sabar dengan kerenah ku. Dia tetap yang terbaik memberi dan menyediakan keperluan yang terbaik buat aku dan anak anak. Dia adalah suami yang selalu mahu mencuba menjadi imam yang terbaik buat aku dan anak-anak….akhlaknya dijaga sebaik mungkin diusahakan, disarung dengan sunnah Rasulullah
Dan pada hari ini jua….suamiku..tidak dapat membendung rasa hati yang disimpan sekelian lama….dia rindu…rindu akan suara-suara putra-putranya….rindu untuk bermain main dengan hero heronya….rindu untuk memeluk,mencium dan menggomol sang bidadari syurganya….Ya Allah Ya Tuhan…suami yang selama ini aku pandang dia seorang kuat…rupa rupanya..tewas jua dengan rasa rindu yang dipendam sekelian lama…Tuhan Ku …kau ringan beban rindu suamiku….Kau ketemukan suami dengan putra-putra kami dalam mimpi mimpinya…saban malam suamiku akan bersujud kepada Mu memohon agar diketemukan dengan bidadari bidadari syurga kami walaupun sekadar dalam mimipi…..
Suamiku….Isterimu ini akan cuba menjadi yang terbaik untuk mu…menjadi menyeri dan menanti agar sentiasa  bertemu di syurga Mu…Isterimu ini akan sentiasa mendoakan kesajahteraanmu….agar langkahmu sentiasa diterangi cahaya Illahi.
Sesungguhnya dia memang suami yang terbaik…terimakasih suami ku di atas segala kasih sayang dicurahkan dalam tempoh 22 tahun ini.Syukur Alhamdulillah


Tanda cinta kita walaupun putra putra telah dijemput pulang mendahului kita

















~DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN~

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Sayang hingga ke Jannah
UmmiMdaza (24/8/2013....2.20am)


No comments:

Post a Comment