Saturday, 7 September 2013

Semoga berjaya putriku...doa yang tidak pernah putus

Hanya tinggal 2 hari saje lagi puteri ku akan menduduki peperiksaan UPSR. Aku tahu kala ini hati sedang bergelodak, fikiran tidak menentu, banya perkara yang berada di mindanya. Harapannya terlalu tinggi, dia tidak mahu mengecewakan aku dan abahnya. Dia ingin mengotakan janji janjinya pada kami…, katanya dia harapan kami, kebanggaan kami…..terharu sungguh ..

Puteriku…..
usah gusar dan usah bimbang, ummi dan dan abah akan sentiasa berada di sisimu, memberi semangat, dorangan untuk  mencapai cita cita mu…buat yang termampu oleh mu..kami akan menerima segalanya…
Ya Allah…Ya Tuhan Kami..
Iklaskan hati putri untuk mempelajari ilmu Mu,Tetapkan niat di hati nya agar apa yang dia lakukan semata mata kerana Mu. Aku mohon pada Mu Ya Allah, permudahkan dia dengan apa yang di jari oleh guru gurunya, lapangkan daddanya untuk menerangi ilmu Mu Ya Allah
Ya Allah,
Tidak lama lagi putriku ini akan meduduki peperiksaan UPSR…Aku mohon kepada Mu Ya Allah bantulah dia, lembutkanlah hatinya, peliharalah kesihatannya.Permudahkan dia dan berilah dia ketenangan ketika menjawab soalan itu nanti. Jauhilah dia dari daripada perasaan resah dan gelisah pada tika itu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami…
Jadikan putriku pelajar yang cemerlang, yang cemerlang di dunia dan akhirat, Aku mohon pada Mu, Kau perbaikilah akhlak anakku agar mempunyai sahsiah diri yang baik, tanamlah sifat mahmudah dalam dirinya dan buanglah sifat mazmumah dalam dirinya.Jadikan dia anak penuh dengan sifat takwa dan tawaduk.
Ya Allah…
Sesungguhnya putriku ini adalah harapan aku dan suami, kami mahu dia berjaya….berikan dia taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah gerakkan lah hati dia untuk berada di tempat tempat yang Kau redhai dan jauhilah dia dari tempat-tempat yang Kau murkai
Ya Allah Tuhan Kami

Perkenankanlah doa doa ku ini.Hanya pada Kau sahaje tempat aku meminta…Aku merayu pada Mu kerana Kau yang maha mengkabulkan doa doa ku dan jika Kau tidak mengkabulkan doa ku ini, siapa lagi yang akan mengkabulkannya.Jika Kau tidak mendengar doa ku ini siapa lagi yang mendengarkannya.Bantulah kami sekeluarga Ya Allah,YA Rahman,Ya Rabubul Alami…




Dengan iringan doa yang tidak pernah putus
UMMIMDAZA(8/9/2013...2.35pm)

No comments:

Post a Comment