Monday, 20 April 2015

Semoga kesakitan ini mengugurkan segala dosa

Dan akhirnyai di sini juga.. Ktn specialist hospital. Batuk seolah olah tidak mahu berhenti dan darah tinggi yang stabil memaksa untuk bermalam di sini.
Suatu ketika dulu ini tempatnya kami semua berkumpul setiap kali abah dimasukkan ke hospital dan di sini juga Abah menghembuskan nafas nya terakhir disamping emak yang begitu setia menemani abah.
Berada di sini membuatkan kenangan bersama sama rasa terlalu dekat bayangan rindu semakin hampir.
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Kuatkan iman untuk menempuh setiap ujian yang Kau kirimkan.Semoga setiap ujian dikirim menjadi hambaMu lebih tabah dan kuat dengan pertambahan iman.
HambaMu ini sentiasa redha dengan ketentuan Mu.
Alhamdulillah sudah beransur pulih dan dan hilang kesakitan yang ditanggung bersama gugurnya dosa dosa dengan redhanya.
Amin Ya Rabbalalmin..



Redha ketentuanmu
Ummimdaza
21hbApril2015
8.18am

Tuesday, 14 April 2015

Bila rindu datang lagi~ mengharapkan mimpi menjadi realiti

Sudah lama tidak berkongsi cerita di ruang ini. Masa amat membatasi..

Anak anak ummi yang dirindui....
hampir seminggu ummi demam dan batuk batuk. Seingat kali terakhir ummi deman dan batuk batuk 3 tahun lepas ..ya betul 3 tahun lepas juga di bulan April..tika itu adik masih lagi bersama sama dengan ummi
Putra putra tersayang..
Seminggu terlantar begini membuatkan kenangan bersama kalian terlalu dekat ummi. Ummi dapat merasakan kehadiran kamu berdua..
bagai terasa jari jemari yang halus memicit micit kepala ummi yang sakit..
bagaikan terasa hentakkan kaki yang lembut memijak mijak keseluruhan anggota tubuh yang bisa dan lengoh ini..
bagaikan terasa hangatnya pelukkan sikecil tika ummi kesejukkan..
semuanya amat terasa..
tidur malam sering menyebut nyebut nama kamu berdua..
termimpi mimpi..dan amat berharap mimpi itu menjadi realiti...
tapi mana mungkin ...
amat mustahil sama sama sekali..
jarak di antara ummi dan anak anak terlalu jauh...jauh.. sangat..sangat..
bagaimana lagi ummi dapatkan menzahirkan kerinduan ummi ini????
hanya Allah sahaje tempat ummi meluahkan segalanya...
Pagi ini ummi bangkit dari tidur..ummi menanggis semaunya..
Ummi bermimpi abang pulang ke rumah tetapi.... abang tidak dapat masuk ke dalam rumah kita.. ada sesuatu yang menghalang abang...ummi terlalu sedih..
ada apakah yang menyebabkan abang tidak dapat ke rumah untuk berjumpa ummi dan abah??
Ya Allah.. adakah ummi membuat yang salah diluar kesedaran??
Ya Allah berikan ummi petunjuk ampun segalagala dosa dosa ummi..
Amin Ya ralalamin...
Bila rindu itu datang lagi..
Selalu berharap sesuatu yg nyata merupakan mimpi mimpi ngeri belaka
Dan amat amat berharap mimpi mimpi yang indah menjadi kenyataan..
Mengharapkan bila tersedar dari tidur mereka masih lagi di sisi..sambil tersenyum manja..
Tapi mana mungkin...
Bersyukur di atas kurniaan mimpi




Bila rindu datang lagi..
Ummimdaza..14/4/2015..



Sunday, 8 February 2015

SI KUNANG KUNANG SYURGA...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Airmata yang mengalir kadangkala hanyalah airmata dari hati yang sangat merindukan anak syurga ummi. Setiap masa ummi rindu sangat. Tapi tak dapat nak menzahirkan rindu itu dengan mencium dan memeluk kalian. Hanya dapat berdoa dan mengadu pada Allah sambil menangis. Rindu pada kalian ini jauh lebih menduga kerana takkan ada lagi pertemuan di dunia. Masya Allah, memang besar sangat kesabaran yang ummi perlu bekalkan dalam hati untuk teruskan kehidupan. Kadang-kadang rasa payah sangat. Tapi mungkin itulah salah satu daripada harga syurga yang ummi inginkan.Sekarang ini, untuk kuatkan diri, ummi hanya teruskan hidup dengan pandang ke hadapan. Pandang ke depan dengan membayangkan pertemuan seterusnya antara ummi dan kalian. Sesekali bila menoleh ke belakang, teringat saat mengandung dan melahirkan kamu berdua, demi Allah, sangat mengusik perasaan. Bukan mudah sebenarnya, sebab ummi memang suka mengingati kenangan. Setiap saat yang terakam dalam memori memang memberi ummi kekuatan dan semangat untuk teruskan langkah kehidupan.
Terima kasih untuk setiap doa buat kami sekeluarga. Sekarang ummi sudah mampu tersenyum setiap kali terkenangkan anak anak yang sudahpun menjadi kunang-kunang syurga di alam sana. Yang bakal menyambut kedatangan ummi dan abah.Ummi sudah boleh tersenyum sambil berjenaka dengan abah setiap kali mencium baju kamu duhai anak anak.. atau melihat apa-apa kepunyaan kalian.
Dan sesekali disulami air mata kerinduan yang amat sangat. Tidak salahkan???
Semoga Allah sentiasa membekalkan kekuatan dan kesabaran yang kuat..buat kami..
Begitu juga doa buat buat ibu ibu hebat yang membaca entry ini..
Amin Rabbalalmin..



Salam sayang dan rindu..
Ummidaza 8hb Februari 2015..9.36pm

Monday, 2 February 2015

Terimakasih di atas kiriman ujian..terimakasih di atas kiriman mimpi pengubat rindui

Dikirimkan lagi hadiah berupa ujian. Alhamdulillah kesakitan yang ditanggung tidak seteruk mana... tetapi memerlukan juga rawatan yang sempurna . Setelah hampir setahun tidak ke sini dan hari ini terpaksa bermalam sini lagi. Entah berapa malam pula harus beerada di sini. Mohon pada Tuhan agar kesakitan yang ditanggung tidak memudaratkan.
Allahuhurabbi..
Subhanallah..
Mengubat segala galanya..
Bermalam di bilik 223 A.. hilang sekita kesakitan pabila tidur ummi berteman mimpi indah bersama sang putra. . Senyuman manis dan manja dari kedua dua bidadari meringan beban kesakitan yg ditanggung..
Walaupun sekadar dalam mimpi.. kalau itu dpt meringan apa yg ummi tanggung hadirlah sayang.. bertamu dalam mimpi mimpi ummi..
Terimakasih di atas kiriman ujian..
Terimakasih di atas kiriman mimpi..

Sakit itu kifarah dosa..
Ummimdaza
3hb Feb 2015..12.01pm

Thursday, 29 January 2015

Memilukan sepanjang Januari 2015

Hanya tinggal sehari lagi Januari 2015 akan pergi. Sekejap sungguh masa berlalu..rasa masa diberi tidak pernah mencukupi..Sesungguh masa itu itu terlalu mencemburi.. tiap masa ada saje  kerjaan yang perlu dilakukan..pun begitu bersyukur masih lagi diberikan kesihatan yang baik untuk melalui semuanya itu.
Disepanjang awal Januari..masih dalam keadaan berjaga jaga ..rahmat Allah dari langit masih lagi turun walaupun tiak selebat sebelumnya. Barang barang dalamrumah masih belum berani diturunkan lagi..bimbang terjadi banjir melanda lagi.. Dalam masa yang sama sibuk mencari dana bagi membantu mangsa mangsa banjir di Negeri Kelantan ..alhamdulillah sumbangan yang diterima diluar jangkaan. Terima kasih pada yang sudi menyumbang, semoga Allah jua yang membalas jasa baik baik kalian semua.

7hb Januari 2015 ..
Pagi Isnin sdang bersiap siap untuk ke tempat kerja..dikejutkankan berita yang amat memilukan dan. Sepupu rapat sebelah arwah abah telahpun dijemput pulang mengadap penciptanya. Bagai hilang kata kata.., lemah seluruh anggota badan.. terkedu ..antara percaya dengan tidak..Arwah bukan saje sepupu ..malah telah dianggap sebagai kakak sendiri..kawan bermain ketika zaman kanak kanak, teman berkongsi cerita di waktu remaja dan sampai keahkir hayatnya kami masih lagi rapat. Berhari hari asyik teringatkan arwah. Alfatihah diutuskan buat kekanda ku Rohani ninti Mohd Lazim ataupun Zaitun. Semoga roh yang dicucri rahmat dan di tempat dikalangan orang orang yang beriman. Buat keluarga arwah agar sentiasa diberikan kekuataan dan kesabaran dalam menjalani hari hari mendatang tanpa orang yang dikasihi dan disayangi.

10hb Januari 2015
Petang Sabtu kami sekelurga ke Bentong bagi mengiringi adinda yang telahpun berpindah ke Bentong. Perginya membawa bonda serta 2 orang anaknya. Ini bermakna kami terpaksa berpisah dengan sikenit  Nurul Aufa Imani..permata hati, penghibur hati kami. Dia perawat duka kami, dia pengubat rindu kami.. Kami tidak dapat bayangkan hidup kami selepas ini tanpa mendengar suara manjanya, keletah nakal nya.. pasrah dan bersabarlah duhai hati.. "Buah Hati Kekasih Orang"

11hb Januari 2015
Ahad..sekali lagi perasaan kami dihambat pilu..Disepanjang jalan pulang ke Kuantan, kami melalui jalan Temerloh...menyaksikan sendiri rumah rumah dan kedai kedai di sekitar Temerloh yang dilanda banjir.. Allahuakbar..ujian Allah merupaka teguran dari Nya..Doa dari kami sekeluarga agar mangsa mangsa banjir ini diberikan kekuatan.

12hb Januari 2015
Bapa saudara sepupu yang kami semua memanggil Achik Pobby telahpun kembali ke rahmatullah. Dan jenazah selamat di sempurnakan di Tanah perkuburan Hutan Setali. Dan hari ini juga merupakan pertama persekolah bagi tahun 2015.. dan puteri tunggal kami kini sudah pun berada di Tingkata 2.
Belajar rajin rajin ya anak..jadilah anak kebanggan keluarga, yang patuh pada ugama kita, taat pada Pencipta nya dan juaga rasulnya.

15hb Januari 2015
Selamat Hari Lahir Aini Zahirah Atiyah..membesarlah kamu dengan kasih sayang dari kami tanpa berbelah bagi, Peliharalah pekerti mu, jagalah setiap tuturkata mu. Doa dari kami tidak pernah putus. Kami tahu..duhai anak ..kamu telah melalui detik detik sukar sebelum ini. Kami faham setiap kali airmata mu jatuh di sebabkan apa..walaupun tidak pernah meluahkan nya.. Kamu rindu... rindu pada pada adik adik kamu.. kamu rindu pada senda gurauan mereka.. kamu rindu segala gala tentang mereka... Ya Allah lindungi puteri kami ini..


16hb Januari 2015
Jumaat rutin kami seperti biasa..Taman Syura Anak Anak kami ziarahi.. tapi hari ini perasaan kami berlainan sekali ..menjadi begitu sebah seumpama baru semalam kami kehilangan mereka. Puas sudah kami memujuk hati agar jangan kalah dengan mainan perasaan namu tetap juga tidak berdaya..satu persatu air mata kerinduan gugur ke pipi.
Apa yang kami mampu lakukan hanya berdoa dan berusaha agar kekuatan, ketabahan akan sentiasa mengiring sepanjang perjalanan yang kami tempohi.

24hb Januari 2015.
Satu lagi berita kematian yang kami terima..kali ini anak kepada rakan sekolah . Jenarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi. Luluh hati ini bila ..takkala melihat airmata sibu berjurai ke pipi di sisi pusara si anak.. digagahi jua untuk menyiram air tahlil ke pusara.. .Hati ini amat mengerti apa rasanya saat itu.. kerana kami juga sudah melalu lalui saat saat sedimikian..rasanya mahu turut sama berada diperut bumi bersama permata yang tersayang.. Namum janji Allah itu tidak pernah salah setiap yang nernyawa pasti akan mati jua..hanya masa saje yang menentukkannya. Buat sahabat..redhakan "kepulanagan " anak tercinta. Anugerah Allah itu hanya pinjaman semata mata.

Dispanjang Januari ini banyak peristiwa kesedihan yang kami rasai. Ini membuatkan kami menjadi lebih insaf dan insyallah kami munafat masa masa yang akan dengan sebaik mungkim. moga bertambah iman kami..lebih bertaqwa dan tawaduk..Amin..

Ummie Mdaza
29hb Januari 2015
10.30 pm



Friday, 16 January 2015

Ketentuan Mu adalah yang terbaik

Jumaat , 16hb Januari 2015.
YA ALLAH!!
YA ALLAH!!
Kenapa hati kami kembali sebak dan pilu?
Kenapa masih lagi ada saki baki airmata yg mahu mengalir?
Kenapa masih rasa sedih apabila salam di beri?
Tetapi..
Bukan bermakna kami masih lagi tdk meredhai..
Bukan bermakna kami kurang sabar..
Bukan bermakna kami sudah hilang kekuatan..
RINDU!!!..RINDU!!!..
Disebabkan..
Rasa itu tidak pernah padam..
Rasa itu tidak pernah hilang..
Rasa itu tidak pernah mati..
Kuat, kemas, kukuh..
Diingatan...dihati..disanubari..
Selama lamanya..
Terimakasih..
Di atas kenikmatan RINDU..
Di atas kiriman HADIAH berupa UJIAN.
KETENTUAN MU ADALAH YANG TERBAIK..

Salam penuh kerinduan..
Ummimdaza 16hb Jan 2015


Friday, 2 January 2015

Salam Ukhwah 2015

Melangkah ke tahun baru ini bermakna meningkat usia serahun lagi. Semoga iman dan taqwa juga turut bertambah, semoga setiap inci langkah tang dituju adalah langkah yang menuju kebaikan yang sentiasa mendaoat redha Allah.
Usah berpaling lagi kebelakang yang mana hari hari kelmari banyak meninggal kenangan suka duka yang bakal menjadi sejarah.
Sejarah yang kuat terpahat jauh dilubuk hati, tersimpan kemas diminda.
Pelbagai rintangan dan onak berjaya kita tempuhi dan lalui jadikan juga sebagai pedoman dan penganjaran di hari hari yang mendatang.Yakinlah setiap ujian dan musibah yang datang bertamu dalam hidup kita akan ada kemanisan yang menanti. Kerana Allah tidak pernah sesekali mendustai dengan jannji janjiNya.
Redha dan pasrah adalah yang terbaik.
Semoga ditahun baru ini dan rahun berikutnya..insyallah kita semua akan bertambah matang,kuat dan cekal..

Salam ukkhwah untuk semua
Ummimdaza
3hb December 2015