Saturday, 30 May 2015

Alangkah bahagia jika ianya terjadi pada kami


Sabtu 30hb Mei 2015
Pagi tadi kami ke pusara anakanda..dan sebelum tu singgah minum dulu kt gerai tepi pusara terjumpa dgn beberapa org pakcik yg selalu cuci kubur sama sama kami.
En suami mengambil kesempatan bertanya khabar dan berbual bual semeja bersama mereka. Dan tiba tiba salah seorang dari mereka (pakcik rahim) berkata
"Ptg smlm (ptg Jumaat) pakcik bersih dekat kawasan kubur anak anak awk..tiba tiba pcik terdengar riuh suara bebudak bermain main..suka sungguh bunyi nya, seronokpun ada seram pun ya juga"
Kami berdua tersenyum kerana bkn kali pertama kami mendengar cerita mcm tu"(pun pd ptg Jumaat juga)
Dah 2 3 org cerita pada kami mcm tu..
sebelum ini cerita seperti ini kami didengar dari seorang penggali kubur dan juga dari seorang pekerja yang memasang batu nisan.
Alangkah bertuah dan bahagianya kalau kami dapat mendengar sendiri suara yang sedang bergembira itu..
Setelah selesai minum kami minta diri untuk ke pusara bidadari bidadari kami.
Subhanallah bersihnya seperti baru sahaje dibersihkan..tiada sehelaipun daun daun yang berguguran sedangkan malam sebelumnya hijan turun beserta dengan angin.
Tidak sedar airmata kami jatuh berguguran..kami sendiri tidak pasti airmata yang jatuh untuk apa..tapi hati kami betul terasa pilu dan juga tenang bila berada di sini..
Alfatihah utk anak anak syurga kami..
Salam rindu buat yang dirindui..
ummimdaza 30hb Mei 2015

Saturday, 16 May 2015

Hati Abah Di Cuit Lagi..

Hari ini hati dan perasaan di cuit lagi..tragedi seminggu lalu masih belum reda diingatan nya..kini timbul yang baru pula.Kalau sebelum abah boleh bertahan ..tapi tidak kali ini. Hati abah benar benar tersentuh.Tiada niat lain darinya..hanya untuk menumpang kasih. Hari ini airrmata mudah sekali jatuh ke pipi setiap hal itu dibangkitkan pasti air jernih itu jatuh ke pipinya..dan airmata ummi turut sama mengalir lesu..tiada upaya lagi ummi untuk memujuk abah..luluh hati seorang isteri melihat kesedihan seorang suami.

Dan biila hatinya berduka dan bersedih di sini lah tempatnya dia akan berada dan melepaskan apa yg terbeku..seolah olah putra putra mendengar dan memahami yang apa yg dia rasa..
untuk hari ini saje sudah 2 kali abah menziarahi TAMAN SYURGA ANAK ANAK.
Terubat juga kesedihan bila berdepan sepasang pusara bernisan yang kaku membisu.
Mawar merah di pusara arwah adik berbunga lagi hadiah buat kami insan yg merinduinya..

Bersabarlah duhai hati dengan  ujian yang sering datang bertamu
Bertahanlah duhai rasa walaupun rintangan yang mendatang..
Sesungguh Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar..
Kasih sayang Nya tidak pernah pun pudar malah akan bertambah lagi..

Buat abah..ummi akan sentiasa di sisi abah..mengharungi suka duka bersama sama
sepertimana abah yang tidak pernsh jemu mendampingi ummi dalam apa jua situasi.




Bertahan duhai hati..
Ummimdaza
16hb Mei 2015..11.30pm

Friday, 1 May 2015

1 Hb Mei..Satu Tarikh.. Dua Cerita...akan tetap di hati..

I HB MEI 2015..
JUMAAT.

Bismillahirrahmanirrahim... / ...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat Hari Jadi, Suami ku
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T..
Semoga menjadi suami dan abah yang terbaik..
Semoga menjadi seorang suami dan abah yang tak lupa pada tanggungjawab..
Semoga kita selalu bersama di dalam susah ataupun senang..
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat..
Usia barumu yang indah, Semoga selalu diberikan kekuatan, keberhasilan dalam segala hal, menjadi Suami terbaik bagi ku & kehidupan keluarga, Doa terbaikku akan bersamamu ..




1Hb Mei 2012 ~ 1 Hb Mei 2015

Genap 3 tahun adik Muhammad Dzuhil Ashroqi pergi meninggalkan kami.
Adik pergi di hari jadi Abah yang ke 46 tahun.
Adik pergi untuk bersama sama abang untuk menikmati keindahan syurga.
Adik..setiap saat dan detik tidak luput kenangan bersama sama kamu berdua.
Akan kami jadikan memori yang terindah disepanjang perjalanan hidup kami.
Akan kami abadikan setiap kata,gelak tawa dan tangis rajuk kamu didlm kotak memori kami..
Kami tidak pernah lupa untuk ke TAMAN SYURGA KALIAN..
~ PUSARA BERNISAN BIRU~

Ummimdza..
1hb Mei 2015

Monday, 20 April 2015

Semoga kesakitan ini mengugurkan segala dosa

Dan akhirnyai di sini juga.. Ktn specialist hospital. Batuk seolah olah tidak mahu berhenti dan darah tinggi yang stabil memaksa untuk bermalam di sini.
Suatu ketika dulu ini tempatnya kami semua berkumpul setiap kali abah dimasukkan ke hospital dan di sini juga Abah menghembuskan nafas nya terakhir disamping emak yang begitu setia menemani abah.
Berada di sini membuatkan kenangan bersama sama rasa terlalu dekat bayangan rindu semakin hampir.
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Kuatkan iman untuk menempuh setiap ujian yang Kau kirimkan.Semoga setiap ujian dikirim menjadi hambaMu lebih tabah dan kuat dengan pertambahan iman.
HambaMu ini sentiasa redha dengan ketentuan Mu.
Alhamdulillah sudah beransur pulih dan dan hilang kesakitan yang ditanggung bersama gugurnya dosa dosa dengan redhanya.
Amin Ya Rabbalalmin..



Redha ketentuanmu
Ummimdaza
21hbApril2015
8.18am

Tuesday, 14 April 2015

Bila rindu datang lagi~ mengharapkan mimpi menjadi realiti

Sudah lama tidak berkongsi cerita di ruang ini. Masa amat membatasi..

Anak anak ummi yang dirindui....
hampir seminggu ummi demam dan batuk batuk. Seingat kali terakhir ummi deman dan batuk batuk 3 tahun lepas ..ya betul 3 tahun lepas juga di bulan April..tika itu adik masih lagi bersama sama dengan ummi
Putra putra tersayang..
Seminggu terlantar begini membuatkan kenangan bersama kalian terlalu dekat ummi. Ummi dapat merasakan kehadiran kamu berdua..
bagai terasa jari jemari yang halus memicit micit kepala ummi yang sakit..
bagaikan terasa hentakkan kaki yang lembut memijak mijak keseluruhan anggota tubuh yang bisa dan lengoh ini..
bagaikan terasa hangatnya pelukkan sikecil tika ummi kesejukkan..
semuanya amat terasa..
tidur malam sering menyebut nyebut nama kamu berdua..
termimpi mimpi..dan amat berharap mimpi itu menjadi realiti...
tapi mana mungkin ...
amat mustahil sama sama sekali..
jarak di antara ummi dan anak anak terlalu jauh...jauh.. sangat..sangat..
bagaimana lagi ummi dapatkan menzahirkan kerinduan ummi ini????
hanya Allah sahaje tempat ummi meluahkan segalanya...
Pagi ini ummi bangkit dari tidur..ummi menanggis semaunya..
Ummi bermimpi abang pulang ke rumah tetapi.... abang tidak dapat masuk ke dalam rumah kita.. ada sesuatu yang menghalang abang...ummi terlalu sedih..
ada apakah yang menyebabkan abang tidak dapat ke rumah untuk berjumpa ummi dan abah??
Ya Allah.. adakah ummi membuat yang salah diluar kesedaran??
Ya Allah berikan ummi petunjuk ampun segalagala dosa dosa ummi..
Amin Ya ralalamin...
Bila rindu itu datang lagi..
Selalu berharap sesuatu yg nyata merupakan mimpi mimpi ngeri belaka
Dan amat amat berharap mimpi mimpi yang indah menjadi kenyataan..
Mengharapkan bila tersedar dari tidur mereka masih lagi di sisi..sambil tersenyum manja..
Tapi mana mungkin...
Bersyukur di atas kurniaan mimpi




Bila rindu datang lagi..
Ummimdaza..14/4/2015..



Sunday, 8 February 2015

SI KUNANG KUNANG SYURGA...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Airmata yang mengalir kadangkala hanyalah airmata dari hati yang sangat merindukan anak syurga ummi. Setiap masa ummi rindu sangat. Tapi tak dapat nak menzahirkan rindu itu dengan mencium dan memeluk kalian. Hanya dapat berdoa dan mengadu pada Allah sambil menangis. Rindu pada kalian ini jauh lebih menduga kerana takkan ada lagi pertemuan di dunia. Masya Allah, memang besar sangat kesabaran yang ummi perlu bekalkan dalam hati untuk teruskan kehidupan. Kadang-kadang rasa payah sangat. Tapi mungkin itulah salah satu daripada harga syurga yang ummi inginkan.Sekarang ini, untuk kuatkan diri, ummi hanya teruskan hidup dengan pandang ke hadapan. Pandang ke depan dengan membayangkan pertemuan seterusnya antara ummi dan kalian. Sesekali bila menoleh ke belakang, teringat saat mengandung dan melahirkan kamu berdua, demi Allah, sangat mengusik perasaan. Bukan mudah sebenarnya, sebab ummi memang suka mengingati kenangan. Setiap saat yang terakam dalam memori memang memberi ummi kekuatan dan semangat untuk teruskan langkah kehidupan.
Terima kasih untuk setiap doa buat kami sekeluarga. Sekarang ummi sudah mampu tersenyum setiap kali terkenangkan anak anak yang sudahpun menjadi kunang-kunang syurga di alam sana. Yang bakal menyambut kedatangan ummi dan abah.Ummi sudah boleh tersenyum sambil berjenaka dengan abah setiap kali mencium baju kamu duhai anak anak.. atau melihat apa-apa kepunyaan kalian.
Dan sesekali disulami air mata kerinduan yang amat sangat. Tidak salahkan???
Semoga Allah sentiasa membekalkan kekuatan dan kesabaran yang kuat..buat kami..
Begitu juga doa buat buat ibu ibu hebat yang membaca entry ini..
Amin Rabbalalmin..



Salam sayang dan rindu..
Ummidaza 8hb Februari 2015..9.36pm

Monday, 2 February 2015

Terimakasih di atas kiriman ujian..terimakasih di atas kiriman mimpi pengubat rindui

Dikirimkan lagi hadiah berupa ujian. Alhamdulillah kesakitan yang ditanggung tidak seteruk mana... tetapi memerlukan juga rawatan yang sempurna . Setelah hampir setahun tidak ke sini dan hari ini terpaksa bermalam sini lagi. Entah berapa malam pula harus beerada di sini. Mohon pada Tuhan agar kesakitan yang ditanggung tidak memudaratkan.
Allahuhurabbi..
Subhanallah..
Mengubat segala galanya..
Bermalam di bilik 223 A.. hilang sekita kesakitan pabila tidur ummi berteman mimpi indah bersama sang putra. . Senyuman manis dan manja dari kedua dua bidadari meringan beban kesakitan yg ditanggung..
Walaupun sekadar dalam mimpi.. kalau itu dpt meringan apa yg ummi tanggung hadirlah sayang.. bertamu dalam mimpi mimpi ummi..
Terimakasih di atas kiriman ujian..
Terimakasih di atas kiriman mimpi..

Sakit itu kifarah dosa..
Ummimdaza
3hb Feb 2015..12.01pm