"Datangilah tanah perkuburan. Itu antara amalan yg dapat memberatkan neraca Mizan di hari pembalasan nanti." - Ustaz Badlishah Alauddin, Cinta Ilmu,
"Berziarahlah ke tanah kubur sbb kita bukan tanam pokok pisang kat situ, boleh dibiarkan membesar sendiri. Di situ tinggalnya ahli keluarga kita, mak ayah, anak isteri kita." - Ustaz Kazim Elias.
Dan kerana rindu yang tidak pernah surut juga membuat kami tidak pernah jemu ke sini.. Zainal Az
Tuesday, 1 March 2016
Tuesday, 23 February 2016
PERGILAH....sayanggg....
Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak anak yang sebaik ini. kami berbahagia dengan kehadiran mereka.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak anak kami ini. Kini kami kembalikan mereka kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah mereka dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Ummimada...
Feb 2016..
Monday, 7 December 2015
Setiap Detik Hanya Nama Di Hati Ini
Semalam...
Didalam tidur ..
Ummi memanggil manggil nama Abang..
Semalam..
Didalam jaga ..
Ummi ternampak kelibat Abang..
Rindunya..
untuk terus memanggil manggil nama itu..
untuk menatap wajah semakin kacak itu..
untuk mendengar suara sudah semakin garau..
untuk mencium pipi yang sudah meningkat remaja.
Tuhan..
Sampaikan salam rindu ini buat anakandaku..
Khabarkan kepadanya bahawa rindu ummi tidak pernah luak..
Bisikkan kepadanya bahawa kasih dan sayang ini tiada penghujungnya
Al Fatihah sentiasa ummi utuskan..
Buat bidadari ku...
MUHAMMAD DZUHIL ABQARI BIN ZAINAL ARIPIN..

Salam Rindu
Ummimdaza..7hb Desember 2015
11.36 pm
Friday, 16 October 2015
REDHA ITU PERLU..RINDU ITU PASTI...
Pejam celik..pejam celik..
4 tahun telah berlalu..
tidak terasa masa yang berganjak terlalu cepat..
seolah olah baru semalam ummi ke sini bersama adik..
masih terbayang bayang lukisan adik di tepi pusara abang..
dan kini ...
bukan lagi lukisan adik di tepi pusara abang..
tapi pusara adik akan tetap setia berada di sisi pusara abang..sedang berbahagia bersama sama di " alam sana"...
Rasa rindu pasti datang setiap masa dan ketika
bila rindu datang bertandang..
semua kenangan berada di depan mata..
kata bual, gelaktawa, tangis pilu semua bemain dicorong telinga..
hati bagai disiat siat..
walaupun masa terus berlalu..
namun sesaatpun kenangan bersama anak anak tidak pernah dilupai...
Bersabarlah duhai hati...
Bersabarlsh duhai rasa..
Sudah ada yang menanti..
Menanti setia dipintu syurga..
Rindu tak pernah pudar..
ummindaza..
17hb Oktober 2015

Thursday, 1 October 2015
MIMPI INI CUMA MINAN TIDUR..
Setiap malam ummi sering berdoa agar dikurniakan mimpi bertemu dengan kedua dua anakanda yang dirindui..dan acapkali jua Allah menganugerah mimpi yang indah indah bersama mereka...
Malam semalam kalian datang bertamu lagi di dalam lena ummi..datang bersama sama rakan sebaya dan juga sepasang suami isteri..
Alangkah bahagia ummi dan abah dapat bertemu sibidadari bidadari syurga..
kami melangkah laju untuk mendapatkan kanu..senyuman manis adik dan abang hadiah buat ummi dan abah..
Abah mendepakan tangan untuk memeluk kalia berdua..dan pelukkan abah dibalas dengan penuh kasih dan sayang...pada riak air muka abah menunjukan abah begiti puas dapat memeluk anak anak kesayangannya..
Tetapi bila tiba giliran ummi untuk memeluk kamu berdua dua..tiba tiba abang menghulurkan sebungkus kain yang berwarna putih bersih kepada ummi..sambil tersenyum abang menyua nya beberapa kali kepada ummi dengan harapan ummi menerima penberian itu...ummi terpinga pinga antara mengambilnya atau tidak...
Abang menghulur lagi kain berwarna putih itu..tetapi ummi menolak pemberian abang..
Airmuka abang betubah begitu juga dengan adik ..abang memandang ummi dengan wajah yang amat sayu...tangan adik dipimpin pergi dan menaiki sebuah bas bewarna yang sudah dioenuhi dengan sebaya kamu bersama sepasang suami isteri tadi.
Bas itu berlalu pergi..dan ummi nampak abang masih lagi memandang ummi dengan wajah yang sayu......
Terjaga dari tidur jam menunjukkan pukul 3.15 pagi..masih lagi memikir apakah maksud mimpi tersebut...tidak mungkin anak anak ummi bersedih dan berduka di "alam sana"
Kamu sedang amat amat bahagia dan bergembira..
Ini semua mainan tidur...
ummimdaza..
1hb Okt 2015..
11.53 pm...

Monday, 28 September 2015
Bicara Rindu Tidak Ada Penyudahnya...
Bila rindu datang lagi...
Malam ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin ku usir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi
ketika rindu itu hadir aku hanya mampu
berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada mereka tidak melebihi rinduku pada-NYA
terkadang, bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap mereka hadir, tak lama kemudian mereka pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........
Ku sentiasa memohon pada Yang Maha Mencipta semoga rinduku ini tidak memesongkan arah haluanku dari mengingatiNYA. Tidak membuatku tergelincir dari landasan agama yang dibawa KekasihNYA . Tidak membuatku hanyut dari lautan rahmat kasihNYA. Semoga rasa rindu ini menambahkan kekuatanku untuk terus mengerah seluruh daya upayaku untuk mendapatkan maghfirahMU. Semoga rasa rindu ini menjadi penyebab untuk menambah rasa kerinduan tak terucap padaMu YaRabb..
Rinduku pada mereka datang lagi..... Moga manis & peritnya rindu ini mendapat berkat dariNYA. Amin ya Rabbal alamin.
Monday, 7 September 2015
Terimakasih...Tuhan..
Tuhan terimakasih atas kesempatan nafas ini telah engkau berikan kepadaku untuk waktu yang lebih lama,
Terimakasih atas apa yang membuatku menangis karena itu adalah sebuah alasan kenapa aku harus tetap bernafas didunia ini,
Terimakasih atas ujian yang engkau berikan untuk kenaikan tingkatku menjadi yang lebih baik lagi,
Terimakasih atas kasih sayangmu yang selalu ada untukku..
Tuhan terimakasih telah menguatkan hatiku,
memantapkan pijakanku dan melapangkan hatiku,
selalu curahkan kasihMu padaku Tuhan...
dan tuntun aku untuk melanjutkan hidup yang penuh ranjau ini...
ranjau-ranjau yang terlihat menarik dan sedap di mata dan berbuah dusta...
Tuhan .. aku percaya dan sangat yakin, bahwa ini yang terbaik untukku,
terbaik untuk hidupku di dunia ini maupun di alam kekal..
Amin Ya Rabbal almin..
Ummimdaza..
7.54 am
8hb Sept 2015..

Subscribe to:
Posts (Atom)