30/6/2012 selesai sudah majlis tahlil buat adik…. Tidak seperti majlis tahlil abang pada 23/12/2011 yang lepas… malam sebelum majlis bermula sudah ada yang saudara mara datang untuk bermalam bagi membantu membuat persiapan dan membantu mengemas selepas majlis tahlil, tapi di majlis adik kali ini berbeza sekali..dari awal persiapan dilakukan oleh ummi,abang dan angah sahaje, disebelah petang baru jiran tetangga dan dua tiga orang saudara yang datang menghulurkan bantuan…dan selainnya tiba waktu majlis mahu di mulakan.
Alhamdulillah semua berjalan dengan jayanya, ramai tetamu hadir..sama seperti majlis tahlil abang dulu.Syukur pada Mu Ya Allah…Disepanjang majlis berlangsung air mata ummi tidak berhenti-henti mengalir …kerana baru semalam ummi rasakan majlis sebegini dilakukan di rumah kita…masih terdengar-dengar suara riang adik bermain-main bersama rakan sebaya sambil menunjukkan barang permainan abang, ternampak-nampak adik bersama-sama hadirin menjayakan majlis tahlil buat abang…terngiang-ngiang suara manja adik megaminkan bacaan doa buat abang….adik akan turut bersama-sama yang lain berbaris mengambil makanan….indahnya waktu itu… air mata terus berlari kencang tanpa dapat di tahan-tahan…mata mulai merah muka sudah membengkak abah tidak putus-putus memujuk dan menenangkan ummi, Ramai teman-teman dan saudara mara turut rasa simpati dan tidak kurang juga yang mengalirkan airmata.
Tetamu mulai beransur-ransur mengucapkan terima kasih tanda mereka semua akan pulang seorang demi seorang dan akhirnya….Cuma tinggal kami bertiga beranak….sekali lagi rasa sedih itu datang..semuanya balik tiada seorangpun yang sudi menemani kami..tidak seperti di majlis abang dulu..Mungkin mereka semua tidak betah berlama di rumah kita lantaran ketiadaan adik..ummi cuba memujuk hati kecil ummi.
1 Julai 2012..ini bermakna sudah 2 bulan adik bersama-sama abang jauh di alam “sana”. Seharian kami bertiga mengemas saki baki majlis malam tadi..walaupun kepenatan namum satu kepuasan pada kami. Di sebelah petang kami menziarahi pusara bernisan biru milik kalian. Kami disambut oleh hembusan bayu petang yang bertiup lembut dan sesekali terdengar kicauan burung bernyanyi merdu. Ditangan ummi menjinjing 2 biji cerek berisi air tahlil dan di bahu abah tersandang sebatang cangkul.. Dari kejauhan sudah kelihatan indah sepasang pusara bernisan biru…Hati mula menjadi sebak..namum dibibir mengukir semyuman..seolah-olah ternampak putra-putra kami sedang menunggu kedatangan ummi dan abah…Pada penghuni kubur yang lain tak lupa salam diberi al Fatihah dibaca.
Takkala ummi menghampiri pusara bernisan biru, airmata mula berguguran laju dan laju. Ummi dan abah mengambil tempat duduk di antara dua pusara putra-putra kalian…Bersama hembusan bayu petang…tahlil dan dan doa dimulakan, berbalam-balam dalam sendu yang tidak disengajakan. Di saat ini juga wajah-wajah manja kalian, senyuman kalian, kenakalan kalian dan juga rengetan kalian.Dan setelah mengumpul semula kekuatan dan mengesat airmata yang berbaki, ummi dan abah bangkit perlahahan –perlahan dan air tahlil kami curahkan ke atas dua pusara bernisan biru dari hujung kepala hinggalah kaki.Tujuh kali kami ulang-ulangi sehingga air di dalam cerek itu kehabisan.
Bila semuanya selesai..ummi mula mengutip daun-daun kering dan abah mengcangkul persekitaran pusara kalian…Emmm..makin rimbun daun di pusara abang dan di puara adik daun dan bunganya baru hendak mengembang. Tiba-tiba kami di sapa oleh dua pasang suami isteri…ramah sekali tergurannya..”dulu masa kami ke sini kami selalu melihat kereta mainan di tersandar ditepi kubur itu, sekarang mana perginya?” sambil menunjuk ke arah pusara abang..ummi tersenyum lalu menjawap “tuan punya kereta mainan tu sekarang menjadi penghuni disebelah sana”. Terkejut dan tergamam keempat-empat mereka..dan ummi dapat melihat dengan jelas airmata mereka bertakung di kelopak mata dan akan turun bila-bila masa sahaje. “Allah sayangkan mereka dan Dia juga memilih kami …anak-anak kami telah dipilih untuk menjadi bidadari-bidadari syurga..alhamdulillah..” Mereka semua menganggukkan kepala sambil menyeka airmata.
Hari beransur senja..ummi dan abah bersiap untuk pulang. Insyallah ummi dan abah tidak pernah jemu untuk ke sini lagi. “Ya Allah rahmati dan tempatkan putra-putra kami dikalangan orang-orang yang beriman dan di redhai.Tinggallah putra-putra kami dan ahli kubur sekalian.Mudah-mudahan kita semua berbahagia di dunia dan akhirat. Damai di alam sana. Sesungguhnya putra-putra kami di kuburan ini telah pergi mendahului mengadap Illahi dan tidak lama lagi gilirian ummi dan abah pula menyusul kalian. Ummi dan abah mula bergerak meninggalkan pusara kalian. Dan.kini putra-putra ummi dan abah kembali sendirian di bawah lindungan
~AL-FATIHAH~