Saturday, 21 July 2012

Berbuka puasa tanpa ..Dia...

Alhamdulillah...selesai sudah puasa untuk hari pertama. Seperti kebiasaan tahun –tahun yang sudah, hari pertama kita semua akan berkumpul di rumah tok di Tanjong Api untuk berbuka puasa. Ibu sekeluarga dari Melaka pun ada sama...tapi Abah Tan sekeluarga tidak dapat turut serta. Kali ini keadaan  amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun yang sudah.  Dan bila ketika Azan hampir berkumandang
Tiada lagi kelibat anak-anak riang berlari-lari ke dapur
Tiada  yang berebut-rebut mencari tempat duduk
Tiada lagi kedengaran riuh piruk suara manja anak-anak meminta itu dan ini
Tiada lagi tangan-tangan kecil yang mencuri-curi makanan
Tiada lagi usik-mengusik dari abang dan kakak sepupu
Tiada lagi leteran dari Tok dan Aki yang meminta cucunya agar jangan bising
Tiada lagi kedengan suara-suara halus yang memgamin bacaan doa selesai sahaje azan berkumandang.
Dan yang pastinya...
Sendawa kekenyangan juga sudah tidak kedengaran lagi.....
Terkadang dek kerana kekenyangan ..maka makanan yang dimakan sebentar tadi terpaksa dikeluarkan semula(muntah)
Itu lah gelagat abang...~.Muhammad Dzuhil Abqari~
Manisnya saat-saat itu apabila dikenang. Hilang rasa kepenatan seharian berpuasa, apabila melihat anak-anak begitu berselera menjamah setiap hidangan yang disediakan. Tapi ramadhan kali ini dan ramadhan yang mendatang , dia..... sudah tiada lagi...Al Fatihah.




Sayang hingga ke akhir nyawa
“UMMIMDAZA” 11.45am


No comments:

Post a Comment