Tinggal 1 hari saje lagi umat ialam diseluruh dunia akan menyambut bulan Ramdhan yang mulia. Hati ummi menjadi resah tidak menentu...teringat akan putra-putra yang telah pun damai di “alam sana”. Teringat sangat kali pertama abang mula belajar puasa... seawal usia 6 tahun masih di tadika tapi tidaklah penuh puasanya..seperti kanak-kanak yang lain banyak benar ragamnya dan tuntutannya. Ketika abang memasuki darjah satu abang mula berpuasa penuh. Abang memang senang untuk dikejutkan ketika bangun sahur dan tidak cerewet waktu makan sahur cukuplah sekadar nasi berlaukkan kicap manis dan telur mata kerbau dan air segelas milo..abang makan-makan dengan cepat-cepat kerana mau tidur semula. Dan waktu berbuka pula....abang hanya berbuka dengan makanan kegemaranannya sahaje iaitu nasi ayam atau nasi minyak ayam masak merah. Abah hari –hari akan ke pasar Ramadhan bagi mencari nasi ayam atau nasi minyak buat abang,minum kegemaran abang waktu berbuka sudah semestinya air milo ais dan kuih kegemaran abang adalah “kuih cara manis”.Bagusnya abang...wlaupun abang seorang pemakan tapi di bulan puasa dia tidak makan secara berulang-ulang, selepas waktu berbuka dia akan terus ke surau untuk berjemaah solat terawih..tapi biasalah...seperti kanak-kanak yang lain sembahyang tidak pernah sampai ke penghujungnya....Abang dan rakan sebayanya akan mula bermain bunga api dan mercun...dan di sini adik tidak ketinggalan untuk turut serta...tapi main mereka tidak jauh hanya di depan rumah saje..Sesakali sekala abah akan membawa kita semua berbuka puasa di luar...bukan kemanapun...tempat kesukaan anak-anaknya iaitu di padang MPK depan masjid..bukan main seronok abang dan adik kerana dapat bermain-man sementara menunggu waktu berbuka.
beli juadah berbuka bersama abah |
Tapi kini itu semuanya tinggal kenangan belaka...kenangan yang memang tidak akan luput dalam ingatan ummi buat selama-lamanya. Yang pastinya.ummi, abah dan angah akan merindui saat-saat makan sahur sama-sama..ternampak-nampak abang bangun dari tidur dengan terhengeh-hengeh membasuh muka lalu makan dengan mata yang masih terpejam, terdengar-dengar suara manja abang bertanyakan “ummi masak apa petang ni “ataupun “abah, nasi ayam atau nasi minyak abang ada tak”.Bermain-main didepan mata kami macamana abang menikmati juadah berbuka puasa dengan begitu berselera sekali sesekali terdengar rungutannya “ayam ni sikit sangat tak cukuplah esok abah beli banyak sikit ya” Abah akan berkata “abang makan perlahan-lahan ...nanti hujung minggu ni kita suruh ummi buat kan nasi ayam ya....” “Yess..yess....” abang membalas...abang..abang suka benar dia pada nasi ayam...Dan setiap kali ummi membuat nasi ayam abang akan menyanyi...”saya..saya suka nasi ayam..saya suka nasi ayam ummi...”Begitulah gamatnya setiap waktu berbuka puasa baik dirumah kita ataupun di rumah tok.
“Abah hari kita buka puasa kat luar nak? kat padang...."pinta abang dan suara manja abang akan merengek lagi pada abah”abang nak bunga api banyak-banyak dan cantik-cantik nak main ngan geng-geng abang boleh tak?” dan seperti kebiasaan abah tidak pernah mengatakan tidak pada setiap permintaan abang. Begitulah abang setiap kali tiba bulan puasa..dan tahun 2011 merupakan tahun terakhir kami semua berpuasa bersama abang dan tahun lepas puasa tak penuh..dik kerana sakit gigi ..abang tidak berpuasa selama 2 hari dan abang berjanji untuk menggantikannya....terngiang-ngiang di telinga ummi pada pagi sabtu sebelum abang demam (22/10/2011)..”ummi bila kita nak ganti puasa...kalau ummi nak ganti puasa kita ganti hari sabtu dan ahad ya..” kata abang dengan nada yang sayu...”Boleh kita ganti lepas raya haji “ jawap ummi....tapi hajat abang itu tidak kesampaian...malah hari raya haji tahun lepaspun kami beraya tanpa abang...tapi abang sayang puasa abang telah ummi dan abah sudah gantikan...
adik memang pandai beraksi |
Tapi putra-putra ummi tersayang....hati ummi sedikit terubat takkala ummi mendapat tahu bahawa apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi . Ada roh yang di benarkan pulang ke bumi dan yang tidak di benarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalah baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah keluarga mereka, dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Ummi seolah-olah dapat merasakan itu semua sayang...tidak sabar rasa menantikan saat itu...walaupun ummi tahu ummi tidak dapat melihat dengan mata kasar ini...Tapi Allah maha mengetahui naluri seorang ibu.....
Al- fatihah buat semua musliman dan muslimat yang telah pergi mendahului kita". "WALAU SETINGGI MANA KASIH SAYANGKU , SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU,DAMAILAH ENGKAU DI SANA DI BAWAH LOMPAH DAN RAHMAT-NYA, SESUNGGUHNYA KAMI SEMUA AKAN MENYUSULMU DI KEMUDIAN HARI.............
Salam Sayang teramat sayang...
No comments:
Post a Comment