Tuesday, 22 January 2013

Hanya Allah Sahaje Yang Maha Mengetahui


Hari ini hati ini betul tersentuh….pulang dari kerja kami bertiga terlebih dahulu kepasaraya Giant untuk membeli sedikit barang keperluan dapur. Sebelum kaki terus masuk pasaraya berhenti di foodcourt untuk mengisi perut. Setelah selesai makan aku terus masuk ke pasaraya keseorangan sedangkan anak dan suami masih lagi menghabiskan saki baki makanan.
Jalan dibelakangku ada 4 orang budak lelaki, 2 orang masih lengkap berpakain sekolah menengah dan 2 orang berpakaian t shirt dan seluar sekolah rendah. Aku tidak mengendah mereka berempat, aku membeli keperluan yang patut dan membayarnya, suami dan anak ku telahpun menunggu tempat membayar dan sebaik kami melangkah keluar terpandang oleh kami salah seorang dari budak lelaki yang berempat tadi telah ditahan oleh secuarity .
 Dia didapati mencuri, aku dan suami bertanya kawan-kawannya apa yang diambil?” Minyak rambut …saya tak nampak pulak masa bila dia ambik minyak rambut tu… dia orang susah makcik..” Berapa umur dia? “ aku bertanya “11 tahun “ ..berdegup jantung ku…seusia dengan arwah abang…. Aku dapat melihat mukanya pucat sekali dan menahan malu apabila banyak mata memandang ke  arahnya. Suami ku cuba merapatinya ..tapi dia telahpun dibawa oleh petugas di situ ke pejabat pasaraya tersebut. Pada kawan-kawannya aku terus bertanya. Menurut kawan-kawannya dia orang susah..emak dia telah pergi meninggalkannya sejak dari kecil lagi sekarang ini dia tinggal bersama bapa tirinya. “Dia dah lama nak pakai minyak rambut tu..makcik….saya pun tak ada duit nak bagi pada dia…” Pada pandangan kami budak-budak tu bukan dari jenis budak yang liar…Airmata mengalir dengan lajunya…ingatanku  pada arwah abang.
Suami cuba membantu…dia menawarkan diri untuk membayar sahaje harga minyak rambut yang tak sampaipun Rm 10.00…tetapi ditolak oleh pihak pengurusan kerana kami tiada ikatan persaudaraan dengan budak tersebut. Suami ku cuba merayu ..tapi jawapan tetap sama dan pihak pengurusan akan memanggil bapa tiri budak tersebut.…dia agak kecewa…aku tahu apa yang bermain difikirannya…sesekali kedengaran keluhannya “ ehmm…kesian..sama dengan umur abang….”Kami terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan..itu prosuder syarikatnya.
Dan akhirnya kami pun pulang ke rumah dengan hati yang berbuku, serba salah, bermacam-macam bermain difikiran kami. Entah mengapa kejadian itu telah mengusik hati kami. Macamana dia selepas ini? Apakah hukuman yang dikenakan ke atas nya? Dipukul atau dimarah dia oleh bapa tirinya? Airmata keibuan tidak berhenti mengalir…keluhan demi keluhan keluar dari mulut suami ku. Kenapa kami jadi begitu prihatin pada budak itu? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Airmata Keibuan
UmmiMdaza (22/01/13..10.35pm)

Thursday, 17 January 2013

Wahai Anak Ku..................

Saat mata mau terpejam lena tiba tiba sahaje rasa rindu datang mengetuk pintu hati ini,berbisik bisik manja di telinga ini ,mengukir senyum diruang mata....berjurai air Mata kerinduan hingga ke dinihari ..oh tuhan jadikan aku seorg ibu yg sentiasa redha dlm ujian mu
Sebaik melangkah kaki menjejaki ke tanah perkuburan, terasa ingin berlari mendapatkan sepasang pusara bernisan biru,terasa ingin mendakap Dan membisikan kata betapa ummi rindu sangat sangat.
Wahai anakku……..,
Segala puji bagi Allah yang karena kecintaanNya kepadamu telah dijadikanNya dirimu dari tiada menjadi
ada, dan segala puji bagiNya yang telah menghendakimu lahir dalam keadaan Islam. Sungguh engkau
lahir dalam keadaan tanpa dosa, engkau suci karena engkau datang dari Yang Maha Suci, maka jagalah
kesucian dirimu itu sekuat daya dan upaya yang ada padamu, dengan menaati segala suruhanNya dan
menjauhi segala laranganNya. Sungguh Allah sangat mencintai hamba yang mensucikan diri
 


Salam Kerinduan
UmmiMdaza (17/1/2013)

Friday, 11 January 2013

Bersiar-siar Bersama Adik ~ Berat Sungguh dugaan Mu tapi Besar lagi nikmat MU


Alhamdulillah  di atas kurniaan mu Ya Allah. Aku didatangi dengan begitu indah disepanjang hidup ini. Terasa ianya betul berlaku di alam yang nyata ini. Malam Jumaat (10/1/13)Bermimpi dijemput adik untuk berjalan di satu perkampungan yang  sangat cantik dan indah sekali. Menyusuri jalan kampong menuju ke arah anak sungai, airnya yang jernih mengalir perlahan . kejernihan air sehingga menampakkan kedasarnya, ada mata air yang memancutnyakan buihnya, batu-batu sungai yang keputihan, melintas pula diatasnya jambatan kayu yang cantik ukirannya,dikiri kanan pepohon hijau merimbun ,ada pula aliran air terjun yang terus menjunam ke sungai itu….dimeriah kan lagi dengan kicauan burung menyanyi riang. Tidak tergambar rasanya dengan lukisan betapa cantik dan damainya suasana di sana.
Adik terus meminpin tangan ummi untuk terus maju dengan lebih dekat, Masya Allah ramainya orang yang berpakaian serba putih di situ sedang bermandi manda, bermain air, menyusuri sungai, gembira sekali mereka ini, ketawa mengekek ngekek, bergurau senda, si anak kecil berlari kesana kemari dalam keadaan yang amat bahagia sekali. Tapi yang aneh tiada seorang diantara mereka memalingkan muka kearah ummi(kesemuanya membelakangkan ummi) .Sebaik sahaje kaki melangkah memijak jambatan itu, dengan tidak semena-mena gegeran berlaku (seolah olah gempa bumi)….ummi merangkul dan memeluk adik sekuat hati, adik membalas pelukan ummi dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir, sedang di saat itu ummi amat takut dengan gegaran itu hanya kalimah kalimah Allah sahaje yang terkeluar dari mulut ummi.Dan akhir ummi terselamat dari gegeran itu dan adikpun hilang dari pelukkan ummi.
Tersedar,termenung sejenak…berfiki dan terus fikir…adakah itu di alam syurga Mu Ya Allah? Kalaulah ianya benar, tidak terucap dengan kata-kata….Anak-anak ummi amat bahagia sekali berada di sana di bawah jagaan Mu Ya Allah…tapi sayang belum sampai masa ummi lagi untuk bersama-sama kalian. Bekalan ummi untuk ke sana belum mencukupi lagi wahai permata hati ummi.Doakan ummi ya sayang …doakan ummi dan abah agar dapat bersama-sama kalian taman syurga, sama-sama mengecapi kebahagian.Kesyukuran akun panjat pada Ya Allah. Berat sungguh dugan Mu Ya Allah tetapi besar lagi nikmat yang Kau kurniakan pada ku.

Salam kerinduan
Ummi MDAZA
11/01/13(1.34am)


Tuesday, 8 January 2013

Anugerah Mu atau khayalan ku


Petang hari  Sabtu 29/12/12, seperti biasa kami ke “pusara bernisan biru”. Kali ini kami menghabiskan masa dengan membersih dan membaiki beberapa pusara yang rosak termasuklah “pusara bernisan biru” milik abang akibat hakisan tanah lantaran “rahmat Allah dari langit” turun mencurah-curah sejak kebelangkan ini. Sedang kami leka menyudahkan kerja-kerja pembaikan kami di sapa oleh Abang fauzi dan isterinya Leha, mereka berdua adalah kenalan baru kami dan tempat kami selalu bertembung adalah di tempat ini “Tanah Perkuburan Islam Setali”. Mereka juga ibubapa terpilih seperti kami di mana anaknya juga telah dijemput untuk dijadikan “bidadari syurga”. Kami bersembang sambil tangan laju membuat kerja, amat senang bersembang dengan mereka kerana kami mempunyai banyak persamaan,…kehilangan…dan kerinduan…

Cuaca pada petang itu amat baik, angin bertiup lembut….tiba-tiba aku dapat menghidu bau wangi-wangian, harum dan nyaman, aku tidak pasti sama bau yang sama dapat dirasai oleh mereka yang berada di situ. Dalam diam aku cuba mencari dari mana datangnya bau wangi itu, namun gagal dan pada mereka tidak aku ceritakan. Mungkinkah anugerah dari Mu Ya Allah…
Malamnya kami ke majlis Ilmu di Masjid Kipsas..”Majlis Kuantan Berselawat”..Ramai sungguh anak-anak kecil dan remaja tak kira lelaki maupun perempuan. Yang lelaki mengenakan jubah berwarna putih beserta kopiah, manakal yang perempuan pakain serba hitam. Terasa diri terlalu kerdil bebanding dengan mereka.Majlis di mulakan dengan solat magrib,perasmian, solat isyak dan baru acara berselawat. Amat merdu, bersemangat dan mengasyikkan.
Sedang leka aku mengikut rentak mereka tiba-tiba aku dapat menghidu wangi-wangian, sama baunya semasa di pusara bernisan biru, hati berbisik “wanginya dari mana datangnya” Tiba-tiba mata terlihat kelibat dua orang kanak-kanak lelaki berjubah putih tersenyum ke arah ku si abang memegang erat tangan si adik, persis arwah anak-anakku. Ya Allah adakan aku bermimpi atau sedang berkhayal?. Atau ini memang anugerah dari Mu untuk ku…seorang ibu yang sangat merindui anak-anaknya…dan sekira ianya benar Alhamdulillah dan aku amat bersyukur dan be terima kasih di atas limpah kurnian Mu Ya Allah.

Oleh kerana hari sudah lewat kami pulang sebelum majlis selesai, pulang dengan jiwa tenang dan hati yang lapang seolah-olah terlekai sudah apa sebuah kerinduan. Akan ku kenang detik ini sampai bila-bila , biarlah di luar mengata itu cuma khayalan aku, tapi tidak bagi aku…kerana Allah sahaje yang tahu rahsia di sebalik nya.
Ya Allah…di ssat hati kembang dalam pencarian,hanya satu harapanku agar perolehi redha MU dengan segala keluhuran dan kebenaran aku benar-benar berharap hanya pada Mu. Ya Allah belajar untuk redha dengan apa yang Engkau takdirkan buat ku..kerana bahagia ku adalah bersama redhamu. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak aku ketahui..Demi Engkau yang memiliki hati ini, kebahagian ini,serta nyawaku genggamlah ia agar tidak menjadi debu..genggamlah semuanya agar bisa untuk bersatu dalam redha Mu…..

Yang merindui
UMMIMDAZA
         8/11/2012(11.45pm)

Tuesday, 1 January 2013

Assamualaikum 2013


Assamualaikum 2013 dan 2012 akan pergi membawa seribu kenangan suka duka. Kenangan yang mungkin tidak akan pernah padam dalam kamus hidupku. Walaupun perit untuk dikenang.
Terimakasih Tuhan di atas ujian-ujian yang diberikan pada ku. Sesungguhnya dengan ujian Mu itu menjadikan aku lebih dekat dengan Mu,Dengan ujian Mu aku menjadi semakin kuat, lebih besikap bersabar,lebih tawaduk dan lebih tabah. Aku harus bangkit, aku demi suami,anak-anak dan saudara mara dan teman-teman rapat ku…Aku tidak boleh lagi berlagak  kuat didepan mereka sedangkan di belakang mereka aku lemah..aku harus buktikan bahawa aku sememang kuat.
Kalau dahulu  solatku sekadar yang wajid saje, itupun kadang-kadang subuh ku selalu sahaje tergelincir pada waktunya, tapi kini aku sedaya upaya mungkin menunaikan solat 5 waktu tepat waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat. Aurat ku tidak dijaga dengan sempurna, lelaki bukan muhrim bebas melihat aurat ketika bertandang ke rumahku…bukan suami tidak pernah memberi teguran tetapi sikap aku yang kurang acuh pada tegurannya. Tiada lagi novel atau majalah hiburan yang menjadi bahan bacaan ku di masa lapang, telah ku ganti dengan bahan yang berunsur ilmiah. Kaki ku ini tidak sekerap dulu lagi melangkah ke pasaraya dan aku mula mengatur langkah ke majlis ilmu di surau atau masjid.
Terimakasih Ya Allah kerana memilih aku untuk diuji…perlahan-lahan aku memujuk hati ini “redhalah dengan sepenuh hati.. bukan aku saje yang diuji….Insyallah ada sesuatu yang menanti…., kebahagia akan datang jua….teruskan mencari keredha Allah….
Aku bersyukur Ya Rahim atas limpah kurnian Mu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berikan kesihatan yang baik. Ya Rahman, aku mohon padaMu, Kau permudahanlah segala urusan yang sedang dan bakal aku tempuhi bersama-sama insane-insan yang aku sayangi.
Ameen Ya Rabul Almeen…

UMMIMDAZA
010113(10.05pm)