Alhamdulillah di atas kurniaan mu Ya Allah. Aku didatangi
dengan begitu indah disepanjang hidup ini. Terasa ianya betul berlaku di alam
yang nyata ini. Malam Jumaat (10/1/13)Bermimpi dijemput adik untuk berjalan di satu perkampungan yang
sangat cantik dan indah sekali.
Menyusuri jalan kampong menuju ke arah anak sungai, airnya yang jernih mengalir
perlahan . kejernihan air sehingga menampakkan kedasarnya, ada mata air yang
memancutnyakan buihnya, batu-batu sungai yang keputihan, melintas pula
diatasnya jambatan kayu yang cantik ukirannya,dikiri kanan pepohon hijau
merimbun ,ada pula aliran air terjun yang terus menjunam ke sungai itu….dimeriah
kan lagi dengan kicauan burung menyanyi riang. Tidak tergambar rasanya dengan lukisan
betapa cantik dan damainya suasana di sana.
Adik terus meminpin tangan ummi untuk terus
maju dengan lebih dekat, Masya Allah ramainya orang yang berpakaian serba putih
di situ sedang bermandi manda, bermain air, menyusuri sungai, gembira sekali
mereka ini, ketawa mengekek ngekek, bergurau senda, si anak kecil berlari
kesana kemari dalam keadaan yang amat bahagia sekali. Tapi yang aneh tiada
seorang diantara mereka memalingkan muka kearah ummi(kesemuanya membelakangkan
ummi) .Sebaik sahaje kaki melangkah memijak jambatan itu, dengan tidak
semena-mena gegeran berlaku (seolah olah gempa bumi)….ummi merangkul dan
memeluk adik sekuat hati, adik membalas pelukan ummi dengan senyuman yang tidak
pernah lekang dibibir, sedang di saat itu ummi amat takut dengan gegaran itu
hanya kalimah kalimah Allah sahaje yang terkeluar dari mulut ummi.Dan akhir ummi
terselamat dari gegeran itu dan adikpun hilang dari pelukkan ummi.
Tersedar,termenung sejenak…berfiki dan terus
fikir…adakah itu di alam syurga Mu Ya Allah? Kalaulah ianya benar, tidak
terucap dengan kata-kata….Anak-anak ummi amat bahagia sekali berada di sana di
bawah jagaan Mu Ya Allah…tapi sayang belum sampai masa ummi lagi untuk
bersama-sama kalian. Bekalan ummi untuk ke sana belum mencukupi lagi wahai permata
hati ummi.Doakan ummi ya sayang …doakan ummi dan abah agar dapat bersama-sama
kalian taman syurga, sama-sama mengecapi kebahagian.Kesyukuran akun panjat pada
Ya Allah. Berat sungguh dugan Mu Ya Allah tetapi besar lagi nikmat yang Kau
kurniakan pada ku.
Salam kerinduan
Ummi MDAZA
11/01/13(1.34am)
No comments:
Post a Comment