Tuesday, 22 January 2013

Hanya Allah Sahaje Yang Maha Mengetahui


Hari ini hati ini betul tersentuh….pulang dari kerja kami bertiga terlebih dahulu kepasaraya Giant untuk membeli sedikit barang keperluan dapur. Sebelum kaki terus masuk pasaraya berhenti di foodcourt untuk mengisi perut. Setelah selesai makan aku terus masuk ke pasaraya keseorangan sedangkan anak dan suami masih lagi menghabiskan saki baki makanan.
Jalan dibelakangku ada 4 orang budak lelaki, 2 orang masih lengkap berpakain sekolah menengah dan 2 orang berpakaian t shirt dan seluar sekolah rendah. Aku tidak mengendah mereka berempat, aku membeli keperluan yang patut dan membayarnya, suami dan anak ku telahpun menunggu tempat membayar dan sebaik kami melangkah keluar terpandang oleh kami salah seorang dari budak lelaki yang berempat tadi telah ditahan oleh secuarity .
 Dia didapati mencuri, aku dan suami bertanya kawan-kawannya apa yang diambil?” Minyak rambut …saya tak nampak pulak masa bila dia ambik minyak rambut tu… dia orang susah makcik..” Berapa umur dia? “ aku bertanya “11 tahun “ ..berdegup jantung ku…seusia dengan arwah abang…. Aku dapat melihat mukanya pucat sekali dan menahan malu apabila banyak mata memandang ke  arahnya. Suami ku cuba merapatinya ..tapi dia telahpun dibawa oleh petugas di situ ke pejabat pasaraya tersebut. Pada kawan-kawannya aku terus bertanya. Menurut kawan-kawannya dia orang susah..emak dia telah pergi meninggalkannya sejak dari kecil lagi sekarang ini dia tinggal bersama bapa tirinya. “Dia dah lama nak pakai minyak rambut tu..makcik….saya pun tak ada duit nak bagi pada dia…” Pada pandangan kami budak-budak tu bukan dari jenis budak yang liar…Airmata mengalir dengan lajunya…ingatanku  pada arwah abang.
Suami cuba membantu…dia menawarkan diri untuk membayar sahaje harga minyak rambut yang tak sampaipun Rm 10.00…tetapi ditolak oleh pihak pengurusan kerana kami tiada ikatan persaudaraan dengan budak tersebut. Suami ku cuba merayu ..tapi jawapan tetap sama dan pihak pengurusan akan memanggil bapa tiri budak tersebut.…dia agak kecewa…aku tahu apa yang bermain difikirannya…sesekali kedengaran keluhannya “ ehmm…kesian..sama dengan umur abang….”Kami terpaksa akur dengan keputusan pihak pengurusan..itu prosuder syarikatnya.
Dan akhirnya kami pun pulang ke rumah dengan hati yang berbuku, serba salah, bermacam-macam bermain difikiran kami. Entah mengapa kejadian itu telah mengusik hati kami. Macamana dia selepas ini? Apakah hukuman yang dikenakan ke atas nya? Dipukul atau dimarah dia oleh bapa tirinya? Airmata keibuan tidak berhenti mengalir…keluhan demi keluhan keluar dari mulut suami ku. Kenapa kami jadi begitu prihatin pada budak itu? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Airmata Keibuan
UmmiMdaza (22/01/13..10.35pm)

No comments:

Post a Comment