Petang hari
Sabtu 29/12/12, seperti biasa kami ke “pusara bernisan biru”. Kali ini
kami menghabiskan masa dengan membersih dan membaiki beberapa pusara yang rosak
termasuklah “pusara bernisan biru” milik abang akibat hakisan tanah lantaran
“rahmat Allah dari langit” turun mencurah-curah sejak kebelangkan ini. Sedang
kami leka menyudahkan kerja-kerja pembaikan kami di sapa oleh Abang fauzi dan
isterinya Leha, mereka berdua adalah kenalan baru kami dan tempat kami selalu
bertembung adalah di tempat ini “Tanah Perkuburan Islam Setali”. Mereka juga
ibubapa terpilih seperti kami di mana anaknya juga telah dijemput untuk
dijadikan “bidadari syurga”. Kami bersembang sambil tangan laju membuat kerja,
amat senang bersembang dengan mereka kerana kami mempunyai banyak
persamaan,…kehilangan…dan kerinduan…
Cuaca pada petang itu amat baik, angin bertiup
lembut….tiba-tiba aku dapat menghidu bau wangi-wangian, harum dan nyaman, aku
tidak pasti sama bau yang sama dapat dirasai oleh mereka yang berada di situ.
Dalam diam aku cuba mencari dari mana datangnya bau wangi itu, namun gagal dan
pada mereka tidak aku ceritakan. Mungkinkah anugerah dari Mu Ya Allah…
Malamnya kami ke majlis Ilmu di Masjid
Kipsas..”Majlis Kuantan Berselawat”..Ramai sungguh anak-anak kecil dan remaja
tak kira lelaki maupun perempuan. Yang lelaki mengenakan jubah berwarna putih
beserta kopiah, manakal yang perempuan pakain serba hitam. Terasa diri terlalu
kerdil bebanding dengan mereka.Majlis di mulakan dengan solat magrib,perasmian,
solat isyak dan baru acara berselawat. Amat merdu, bersemangat dan
mengasyikkan.
Sedang leka aku mengikut rentak mereka
tiba-tiba aku dapat menghidu wangi-wangian, sama baunya semasa di pusara
bernisan biru, hati berbisik “wanginya dari mana datangnya” Tiba-tiba mata
terlihat kelibat dua orang kanak-kanak lelaki berjubah putih tersenyum ke arah ku
si abang memegang erat tangan si adik, persis arwah anak-anakku. Ya Allah
adakan aku bermimpi atau sedang berkhayal?. Atau ini memang anugerah dari Mu
untuk ku…seorang ibu yang sangat merindui anak-anaknya…dan sekira ianya benar Alhamdulillah
dan aku amat bersyukur dan be terima kasih di atas limpah kurnian Mu Ya Allah.
Oleh kerana hari sudah lewat kami pulang
sebelum majlis selesai, pulang dengan jiwa tenang dan hati yang lapang
seolah-olah terlekai sudah apa sebuah kerinduan. Akan ku kenang detik ini
sampai bila-bila , biarlah di luar mengata itu cuma khayalan aku, tapi tidak
bagi aku…kerana Allah sahaje yang tahu rahsia di sebalik nya.
Ya Allah…di ssat hati kembang dalam
pencarian,hanya satu harapanku agar perolehi redha MU dengan segala keluhuran
dan kebenaran aku benar-benar berharap hanya pada Mu. Ya Allah belajar untuk
redha dengan apa yang Engkau takdirkan buat ku..kerana bahagia ku adalah
bersama redhamu. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak aku
ketahui..Demi Engkau yang memiliki hati ini, kebahagian ini,serta nyawaku
genggamlah ia agar tidak menjadi debu..genggamlah semuanya agar bisa untuk
bersatu dalam redha Mu…..
Yang merindui
UMMIMDAZA
8/11/2012(11.45pm)
8/11/2012(11.45pm)
No comments:
Post a Comment