Entah
mengapa hati ini benar benar terusik membaca coretan dari rakan fb yang baru
saje aku kenali. Perkenalan secara tidak langsung di laman sosial ini…penceritaannya…pengalamannya…perasaannya…sama
seperti yang telah aku lalui…terlalu banyak persamaan. Hari ini distatus dia
menceritakan tentang kerinduan seorang abang terhadap adik yang telahpun di
jemput pulang oleh Illahi. Ini mengingatkan aku pada adik yang merindui pada
arwah abang pada suatu masa dahulu.
Setiap hari
adik akan bertanya “Ummi bila abang nak balik?...Ummi bila kita boleh pergi
tempat abang?...Ummi kenapa abang mati dulu?...Ummi adik ni tak baik ke macam
abang..sebab tu Allah tak ambik adik? Terkadang pening juga aku dan suami untuk
menjawab soalan soalan adik itu. Kerinduan semakin ketara apabila setiap kali
ke pusara abang akan bermain main bersebelahan pusara abang…dan kadang kadang
kedengaran bercakap cakap dan ketawa sendirian. Adik akan mengutip bunga
kemboja yang berguguran lalu di bina istana di sebelah pusara abang lalu
berkata “abang…ini istana adik..sebelah aje dengan rumah abang” dan sebelum
berangkat pulang adik akan melukis potretnya juga disebalah pusara abang…”malam
nanti mesti abang terkejutkan ummi..tengok adik tidur diseblah abang”… Bila
bersendirian di rumah pula adik akan bertanya pada ummi, abah atau angah…”abang
sedang buat apa sekarang ni kan?..apalah yang abang makan?..dengan siapalah
abang main? Adik boringlah main main seorang..ini yang adik tak suka kalau tak
ada abang…”. Angah pasti menjawab…”jangan bimbang adik..abang kat syurga tu
makan sedap..pinggan emas, sudu emas tidur pun katil emas…dan adikpun ternganga…”emm..bestlah
abang..adik nak jugak macam tu…”
Bila hari
hujan adik makin jadi tidak keruan….”habislah abang….basahlah abang…mesti
banjir..lemaslah abang…jomlah abah kita pergi beli payung besar macam kat pasar
malam tu…kita pasang kat kubur abang….”..adik…adik…
Adik selalu
berpesan..”baju,seluar dan kasut abang jangan bagi pada orang…nanti besar macam
abang adik pakai semua baju,seluar dan kasut abang…nanti bila adik sekolah ummi
ngan abah tak payah beli buku dan pensil untuk adik..adik guna abang punya aje”….dan
adik juga selalu berkata pada kawan kawannya…”awak tak boleh jadi abang saya
tau…awak boleh jadi kawan saya saje…awak tak sama ngan abang saya…”
Setiap kali
bangkit dari tidur adik akan berkata..”ala…hari ini adik tak mimpipun kat abang”…ataupun
sambil tersengih adik berkata “best dapat jumpa abang..main main dengan abang…”
Dan aku masih ingat lagi 2 minggu sebelum adik di jemput pulang adik bercerita
tentang mimpinya…”semalam adik mimpi…kita semua pergi kat kubur abang…ummi ngan
angah baca quran, abah sapu sapu..adik main main…tiba tiba adik jatuh dalam
lubang…semua orang tak nak tolong adik….abang aje tolong adik..abang keluar
dari kotak(keranda) abang tarik tangan adik..baiknya abang tolong adik…hati aku
tiba tiba jadi sebak dan hiba bila setiap kali aku teringatkan mimpi
terakhirnya adik itu…tidak disangka pula mimpi itu adalah petanda yang adik
akan bersama sama abang di Taman Syurga milik Allah….Dan paling membuat aku
terkedu adik pernah berkata..”ummi nanti adik nak tolong abang buatkan rumah 2
tingkat untuk ummi ngan abah..bolehkan?...Boleh sayang …buatlah untuk ummi dan
abah rumah 2 tingkat tu…bantulah abang…abang tak mampu buat sorang sorang…itulah
yang mampu aku katakan sekarang…..dan apabila rumah itu siap sepenuhnya ummi
dan abah akan ke sana jua….
Tapi kini
semuanya tinggal kenangan belaka…kenangan tidak mungkin dan tidak pernah kami
semua lupa sama sekali…akan kami simpan kemas kemas bersama kedua dua tersayang
dikamus hidup kami…kami tidak mahu ada satupun yang tercicir..akan kami
ceritakan betapa bangganya kami kerana dapat miliki mereka berdua walau hanya
dipinjam buat seketika cuma...
Terima
kasih Ya Allah kerana memilih kami untuk di uji dengan ujian seberat ini…dengan
ujian Mu membuat kami menjadi lebih kuat..lebih dengan sifat tawaduk, sabar dan
yang lebih lagi mengsyukuri dengan apa telah di kurniakan pada kami…
Buat saudara
mara dan teman teman yang sudi membaca setiap luahan dariku…terimakasih jua aku
ucapkan…kata kata dan nasihat dari saudara mara dan teman teman menjadi penguat
semangatku dalam melalui kehidupan yang mendatang…
Yang Diuji
UmmiMdaza...30/10/2013..11.15pm