24hb Okt 2013(kebetulan pula jatuh pada malam Jumaat) bersiap siap
untuk majlis tahlil arwah buat insan insan yang tersayangi dlam hidup ini.
Majlis kali ini hanya akan diadakan di surau Taman Murni.
Emakpun ingin turut serta menghadiri
majlis tahlil kali ini....sesampai saje emak dilaman rumah terdengar keluhan
kecil terkeluar dari mulut emak."hemm... tak sanggup aku nak masuk ke
dalam rumah ni...ternampak nampak budak berdua tua berebut membuka pintu nak
ajak aku masuk...aduii Ya Allah!!!!!!!"
Selepas solat isyak majlis di
mulakan...sayu hati ini takkala bacaan tahlil mulai dibaca oleh jemaah surau
yang di ketuai oleh Ustaz Hazami, tanpa di sedari setitis airmata jernih mulai
jatuh membasahi pipi ini...
Hidangan untuk para jemaah surau hari itu
adalah laksa kuah putih salah satu makanan kegemaran putra putra ku.
Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil buat yang tersayang...
25hb Okt 2013,(Jumaat) genap 2 tahun arwah
abang pergi meninggalkan kami sekeluarga , perginya sendirian diikuti oleh
arwah adik 6 bulan kemudiannya untuk bersama sama abang untuk menimati berada
di syurga.
Setelah segala urusan kerja selesai, pada sebelah petang seperti
biasa kami ke "pusara bernisan biru"..hujan renyai renyai tidak
menghalang dari kami berada di sini. Air tahlil kami sirami dengan penuh kasih
yang melimpah limpah. Detik air tahlil membasahi pusara bernisan biru, air mata
kami turut serta membasahi pipi...biarpun sudah 2 tahun mereka pergi...namum tetap
jua meruntun hati.
Sayang.......
Lenalan kalian di sana...
Sayang.......
Damailan kalian di sana...
Sayang......
Tenanglah kalian di sana...
Sayang.....
Walaupun kita terpisah oleh dua alam
Oleh jarak yang tidak terkira
Oleh wktu yang tiada batasan
Oleh masa yang sentiasa siang dan malam
Ku sentiasa mengucapkan
Selamat malam sayang.............
Damailah sayang kalian di “alam sana”....
Sepasang "Pusara Bernisan Biru" |
Kagum dengan ketabahan akak..
ReplyDeletebegitu hebat dugaan akak sekeluarga..
Allahuakbar!! semoga Allah membalas ujian dan keredhaan akak dengan sebaik2 balasanNya...AMIN
ReplyDeleteSemoga terus tabah..mereka berdua setia menunggu di syurga..
ReplyDeleteByak2 bersabar sesungguhnya allah telah menulis setiap perjalanan kita
ReplyDelete