There was an error in this gadget

Wednesday, 30 October 2013

Kenangan Terindah...bicara tentang kerinduan adik....

Entah mengapa hati ini benar benar terusik membaca coretan dari rakan fb yang baru saje aku kenali. Perkenalan secara tidak langsung di laman sosial ini…penceritaannya…pengalamannya…perasaannya…sama seperti yang telah aku lalui…terlalu banyak persamaan. Hari ini distatus dia menceritakan tentang kerinduan seorang abang terhadap adik yang telahpun di jemput pulang oleh Illahi. Ini mengingatkan aku pada adik yang merindui pada arwah abang pada suatu masa dahulu.
Setiap hari adik akan bertanya “Ummi bila abang nak balik?...Ummi bila kita boleh pergi tempat abang?...Ummi kenapa abang mati dulu?...Ummi adik ni tak baik ke macam abang..sebab tu Allah tak ambik adik? Terkadang pening juga aku dan suami untuk menjawab soalan soalan adik itu. Kerinduan semakin ketara apabila setiap kali ke pusara abang akan bermain main bersebelahan pusara abang…dan kadang kadang kedengaran bercakap cakap dan ketawa sendirian. Adik akan mengutip bunga kemboja yang berguguran lalu di bina istana di sebelah pusara abang lalu berkata “abang…ini istana adik..sebelah aje dengan rumah abang” dan sebelum berangkat pulang adik akan melukis potretnya juga disebalah pusara abang…”malam nanti mesti abang terkejutkan ummi..tengok adik tidur diseblah abang”… Bila bersendirian di rumah pula adik akan bertanya pada ummi, abah atau angah…”abang sedang buat apa sekarang ni kan?..apalah yang abang makan?..dengan siapalah abang main? Adik boringlah main main seorang..ini yang adik tak suka kalau tak ada abang…”. Angah pasti menjawab…”jangan bimbang adik..abang kat syurga tu makan sedap..pinggan emas, sudu emas tidur pun katil emas…dan adikpun ternganga…”emm..bestlah abang..adik nak jugak macam tu…”

Bila hari hujan adik makin jadi tidak keruan….”habislah abang….basahlah abang…mesti banjir..lemaslah abang…jomlah abah kita pergi beli payung besar macam kat pasar malam tu…kita pasang kat kubur abang….”..adik…adik…
Adik selalu berpesan..”baju,seluar dan kasut abang jangan bagi pada orang…nanti besar macam abang adik pakai semua baju,seluar dan kasut abang…nanti bila adik sekolah ummi ngan abah tak payah beli buku dan pensil untuk adik..adik guna abang punya aje”….dan adik juga selalu berkata pada kawan kawannya…”awak tak boleh jadi abang saya tau…awak boleh jadi kawan saya saje…awak tak sama ngan abang saya…”
Setiap kali bangkit dari tidur adik akan berkata..”ala…hari ini adik tak mimpipun kat abang”…ataupun sambil tersengih adik berkata “best dapat jumpa abang..main main dengan abang…” Dan aku masih ingat lagi 2 minggu sebelum adik di jemput pulang adik bercerita tentang mimpinya…”semalam adik mimpi…kita semua pergi kat kubur abang…ummi ngan angah baca quran, abah sapu sapu..adik main main…tiba tiba adik jatuh dalam lubang…semua orang tak nak tolong adik….abang aje tolong adik..abang keluar dari kotak(keranda) abang tarik tangan adik..baiknya abang tolong adik…hati aku tiba tiba jadi sebak dan hiba bila setiap kali aku teringatkan mimpi terakhirnya adik itu…tidak disangka pula mimpi itu adalah petanda yang adik akan bersama sama abang di Taman Syurga milik Allah….Dan paling membuat aku terkedu adik pernah berkata..”ummi nanti adik nak tolong abang buatkan rumah 2 tingkat untuk ummi ngan abah..bolehkan?...Boleh sayang …buatlah untuk ummi dan abah rumah 2 tingkat tu…bantulah abang…abang tak mampu buat sorang sorang…itulah yang mampu aku katakan sekarang…..dan apabila rumah itu siap sepenuhnya ummi dan abah akan ke sana jua….
Tapi kini semuanya tinggal kenangan belaka…kenangan tidak mungkin dan tidak pernah kami semua lupa sama sekali…akan kami simpan kemas kemas bersama kedua dua tersayang dikamus hidup kami…kami tidak mahu ada satupun yang tercicir..akan kami ceritakan betapa bangganya kami kerana dapat miliki mereka berdua walau hanya dipinjam buat seketika cuma...
Terima kasih Ya Allah kerana memilih kami untuk di uji dengan ujian seberat ini…dengan ujian Mu membuat kami menjadi lebih kuat..lebih dengan sifat tawaduk, sabar dan yang lebih lagi mengsyukuri dengan apa telah di kurniakan pada kami…
Buat saudara mara dan teman teman yang sudi membaca setiap luahan dariku…terimakasih jua aku ucapkan…kata kata dan nasihat dari saudara mara dan teman teman menjadi penguat semangatku dalam melalui kehidupan yang mendatang…

Yang Diuji
UmmiMdaza...30/10/2013..11.15pm