Monday, 29 April 2013

Akan Ku Kenang Hingga Ke Akhir Hayat Ku.....

Entah mengapa hari ini aku asyik teringat akan peristiwa setahun yang lampau....bila teringatkan itu semua nmula air mata ku jatuh berjurai jurai...aku tidak menceritakan pada sesiapapun tentang perasaan aku ini akta pada suami ku sendiri...bukannya apa aku takut di katakan tidak redha....kerana sikap mereka bila airmata kerinduan mengalir akan di kata aku tidak meredhai.....
Selepas abang pergi meninggal kami, pusaranya menjadi tumpuan hampir setiap hari, adik begitu riang setiap kali bila ke pusara abang dia akan bercerita, melukis malah dia turut membawa dua biji kereta mainannya untuk dia bermain di situ....
Tapi seminggu sebelum adik dijemput....adik sudah mula menyuarakan rasa kebosanannya..."hish...asyik asyik gi kubur abang...bosan dah adik hari hari gi kubur abang..." dan adik sudah tidak mahu turun untuk bersama kami ke pusara abang...dia lebih rela bersendirian di dalam kereta...
Dan pada tarikh ini 29/4/2012 bersamaan hari Ahad di KMC...adik sedang menghabis hari hari terakhirnya tanpa aku dan yang lain nya tahu bahawa tarikh ini adalah detik terakhir aku bersamanya...patutlah disepanjang berada di hospital adik tidak mahu berpisah dengan walau sebentar cuma....makan ku mesti bersamanya..aku nak ke bilik airpun dia nak ikut.  aku nak solat pun dia tak bagi...dia ingin sentiasa mahu merangkul leher ku...hidungnya sentiasa saje di pipiku...tangannya tidak pernah lepas dari memegang puting susuku....
Semuanya masih jelas diingatan ku.....akan ku ingat...akan ku kenang sampai ke akhir hayat ku....

Akan ku kenang
UmmiMdaza (29/4/2013...7.30pm)

Sunday, 28 April 2013

Rindu Emak.....

Sudah hampir 8 hari emak pergi ke tanah suci bagi mengerja ibadah umrah, dah lama emak berhajat untuk ke sana...dan akhirnya alhamdulillah tercapai jua hajat emak itu. Emak pergi setelah genap 6 bulan 18 hari kepermegian abah ke rahmatullah. Sebelum berangkat pergi emak sempat mengunjungi pusara abah, setelah bacaanYassin habis di baca emak berkata dalam sebak " abah awak (panggilan emak utk abah) kawan nak gi umrah ni, dulu awak suruh pergi kawan tak dapat nak pergi sebab tak sanggup tinggalkan awak, skrg ni kwn tunaikan hajat awak tu...."
i
Emak ada beberapa kali talipon kami adik beradik dari sana...kata emak dia sihat, cuma dia tidak dapat berjalan jauh tapi alhamdulillah dia dapat mengerjakan rukun rukun di sana, emak kata dia rindu...rindu pada anak-anak nya , emak risaukan Kakchik....dia takut Kakchik bersalin dia tak dapat bersama menemani Kakchik....emak..emak..walupun anak emak sudah besar panjang malah kesemuanya sudah berkeluarga emak masih memikirkan tentang kami adik beradik.....Itulah yang dinamakan EMAK....
Sepanjang ketiadaan emak di rumah aku sekeluarga yang mendiami rumah emak, akan ku jaga segala amanah emak,akan ingat segala pesan emak...."tidur kat rumah ni...jangan tinggal Milah tu dia dah sampai bulan, kalau dia bersalain emak tak balik lagi...ambik cuti jaga dia, teman dia...". Jangan bimbang emak akan ingan pesan dan amanah emak..
Dan kini tinggal beberapa hari lagi emak akan balik...jangkaannya pada 2/5/2013 ini...dan pada tarikh ini jugalah Kakchik di jangka akan bersalin (dan kebetulan pd 1/5/2013 hari jadi suami ku yg ke 47 tahun dan genap jugalah setahun kepermegian adik). Ya Allah didoakan segala selamat, emak selamat pulang dan Kakchik selamat melahirakan.Tak sabar rasanya untuk menatap wajah emak, tak sabar rasanya hilai tawa emak....sunyi rumah emak tanpa leteran emak....

Ya Allah....dengan iringan doa dari anak-anak mu...semoga emak selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air....dengan penuh keberkatan..diberikan kesihatan yang baik dan sempurna..agar mampu mengerjakan ibadah dengan lancar, jaga diri, jaga kesihatan..alangkah bertuahnya kalau kami anak anak mu ini dapat bersama dengan emak berada didepan kaabah...semoga perjalanan ibadah diterima oleh Allah SWT...Amin

Anak yang merindui
UmmiMdaza
28/4/2013...9.25

Saturday, 27 April 2013

Bersabar dan Tabah Tika Diri Diduga dan Diuji....


Dalam menjalani kehidupan seharian  kita tidak lari dari cubaan dan ujian, tika senang kita uji apatah lagi ketika susah.Adakalnya kita diuji  dengan berbagai cara dan gaya datang silih berganti . Dek kerana ujian ujian ini kita terasa begitu sempitnya dunia ini dan ada tikanya kita hampir hilang arah….
Tika kita diuji dengan dugaan yang kita rasa tidak termampu kita lalui dan hadapi, seringkali kita mengeluh dan menyalahkan mengapa ini selalu berlaku pada diri kita….Setiap perjalanan hidup kita tidak sama dengan orang lain…Kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya, yakin dengan iman, kita dijuji dan diduga untuk memperlihatkan sejauh mana kekuatan dalam diri kita.Adakah kita sabar….? Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan hambaNya yang sabar.
Kita selalu menginginkan kebahagian yang berpanjangan….jauhi dari kesulitan dan penderitaan…tetapi Allah lebih mengetahui segalanya..diberikan kita kesulitan dan kepedihan agar kita mempelajari apa itu maknanya kehidupan….itulah tanda kasih sayang Allah pada hambanya tapi bukannya hukuman di atas dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Itulah ujian dan dugaan dariNya kepada hambanya agar kita menjadi lebih tabah dan sabar.
Menyuruh dan menasihati orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan itu terpikul di bahu sendiri amatlah payah….Sebagai hamba Allah kita tidak lari dari ujian dan dugaan yang meremuk redam hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan…sudah lumrah manusiauntuk merasa sedih dan kecewa….
Lain orang lain cara mengatasinya…ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah curah, ada pula yang berlawaan dengan keegoan dan tak kurang yang menangis di dalam hati, meskipun dibibirnya tersenyum lebar…
Menangis dan bersedih bukan bermakna kita hilang harapan…jauh sekali untuk menjadikan seorang putus asa di atas rahmat yang Allah. Sesekali kita menangis kita akan bangkit dan tersedar bahawa kita hanya hambanya yang lemah lagi kerdil…Harus diingat sesekali kita menangis, jiwa kita dididik bahawa betapa indahnya nikmat sabar dan redha itu….sesekali kita menangis percaya bukannya Allah tidak tahu betapa hancur dan lulunya hati kita menanggung kesedihan dan kekecewaan itu…tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, sesungguh hati hati hamba sebegini yang lebih lunak dan lembut ketika beribadat kepada nya….
Bangkitlah semula untuk melangkah setelah kita jatuh dan terluka…Namum sekiranya kita terjatuh dan terluka lagi percayalah masih ada sinar dan harapan…kasihNya masih ada dan masih dekat buat kita…Cuma selalu leka dan lalai…Yakinlah, Allah tidak mencipta sesuatu ujian dan bencana itu hanya dengan sia-sia…Pasti ada hikmahnya…
Buat adinda sepupuku Salmi Zakaria…..”Cinta itu bila kita memandangnya tiada jemu menyapa…..Bila teringatkannya, rindu itu amat kuat mengamit rasa dan cinta….akan tetap bersama dengannya…Namum jika tidak panjang jodoh itu, benarkanlah  hati melepaskan rasa itu perlahan…lahan…".
Bersabarlah wahai hati hati yang sedang diuji. Adakalanya kita mampu menghadapi seorang diri sesuatu pemasalahan yang tiba….Apa yang ada pada kita selain terus bersabar dan tabah bagi mengubati hati sedang getir dalam menghadapi ujian dariNya…berusaha …. Berdoa… dan bertawakallah pada Allah SWT…


Yang sentiasa inginkan ketabahan
UmmiMdaza...28/4/2013...2.45 ptg

Monday, 15 April 2013

Terima Kasih Ya Allah...walau sekadar dalam mimpi


Dua minggu lepas bermimpi abah pulang ke rumah di Tanjong Api, bersinglet pagoda putih kesukaannya dan berkain pelikat, tenang aje wajah abah. Abah berjalan perlahan-lahan melintasi kami adik beradik yang berkumpul diruang tamu rumah kami. Abah berlalu pergi setelah bertemu dengan emak. Aku cuba untuk menahan abah dari terus beredar tapi tetap jua meneruskan langkahnya.

Kelmarin Allah ketemukan aku dengan arwah abang dalam mimpiku. Abang lengkap berpakaian untuk ke sekolah. Berbaju putih berseluar biru dan bertali leher kemas sekali penampilan abang.  Abang setia menanti aku mempersiapkan bekalan untuk di bawa ke sekolah. Aku masak salah satu lauk kegemaran abang “ayam masak kicap” sebaik ayam itu dimauk dalam bekas, abang lalu memakannya dengan berselera sekali, lantas aku menegurnya “kenapa makan, bukankah itu bekalan untuk di bawa ke sekolah? Sambil tersenyum abang menjawab “ummi masak sedap sangat”. Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh abang setiap kali aku memasak makanan kegemarannya.

Semalam…sekali lagi Allah mempertemukan aku dengan putraku. Adik….adik datang berlari lari riang ke arah dan berjalan seiringan menuju ke sebuah gerai makan, adik tidak mahu makan tapi hanya bermain-main dipersekitaran gerai makan tersebut…tiba-tiba adik terjatuh dan menangis mendapatkan aku minta didukung dan sebelum sempat tangan adik ku sambut..aku terjaga ….

Ya Allah terimakasih kerana mendatang insan-insan yang aku cintai lagi dirindui dalam mimpi-mimpiku. Disetiap sujud akhir doa ku utuskan dan tidak pernah lupa untuk mengirimkan bacaan Al Fatihah disetiap kali wajah-wajah mereka datang bertamu di ruang mata ku. Akan ku lapang setiap petang untuk menziarahi pusara mereka.
Bismillahhirrohmanirahim
~YA ALLAH ENGKAU AMPUNLAH DOSA-DOSA AYAHANDA KU
~KASIHLAH AKAN AYAHANDAKU SEPERTI MANA DIA MENGASIHI KU SEDARI  
   KECIL
~LAPANG DAN TERANGILAH PUSARA NYA
~TEMPATKANLAH AYAHANDAKU DISYURGAMU BERSAMA-SAMA PARA SOLEHI
~JAUHI AYAHANDA DARI AZAB KUBUR MU
~YA ALLAH AKU TAHU PUTRA-PUTRA SEDANG BERGEMBIRA DI SYURGA MU
~YA ALLAH KAU SAMPAI SALAM BETAPA AKU TERAMAT RINDU PADA MEREKA
~YA ALLAH ENGKAU KETEMUKANLAH AKU DENGAN INSAN-INSAN YANG TERSAYANG LAGI  
   RINDUI WALAU SEKADAR DALAM MIMIP MIMPI…………………………….
AMIN YA ROBALALLAMIN
Yang terlalu merindui
Ummimdaza (15/4/2013...9.25pm)

Monday, 8 April 2013

Merindui Bukan Bermakna Tidak Meredhai..


Kenapa dengan aku, kenapa dengan hati ini, seolah olah menunggu sesuatu, seperti mengejar sesuatu, tapi yang aneh apa yang ditunggu tak jugak kunjung tiba, apa yang yang dikejar semakin menjauh.
Sudah beberapa malam ini aku asyik termimpi-mimpi dan terkadang kadang dalam lena ku aku memanggil manggil  nama mereka. Ya Allah … rasa itu tidak pernah berkurang tidak sama sesekali walaupun sudah berbulan bulan ianya berlalu…pergi meninggalkan aku sekeluarga…pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi…perginya mereka tidak ada yang boleh menggantikan tempat mereka di hati kami.
Pada siapa tempat harus aku meluah dan menceritakan rasa rindu ini? Setiap kali aku airmata mengalir keluar dan aku cuba untuk berkongsi rasa dengan keluarga dan rakan yang terdekat….tapi tiada siapa yang mahu mengendahkannya atau mereka akan berkata “redha ajelah”. Kenapa selalu di salah ertikan….setiap kali airmata kerinduan ini mengalir di katakan tidak meredhainya.
Tak kurang yang akan berkata “ beruntunglah awak kerana dah ada yang menunggu”, tapi tahu tak mereka…sekiranya keuntungan itu sama seperti mengumpul emas setinggi gunung.... akan aku usahakan mengumpulkannya dari kehilangan putra-putraku… tapi itu mustahil sama sekali..janji Allah itu pasti..janji Allah benar belaka. Satu ketika dahulu takkala rasa rindu datang bertandang diriba Abahlah akan ku sembamkan muka ini sambil teresak-esak…dan Abah akan kata “ sabar…wahai ummi yang bertuah..banyakkan bersabar..memang sakit rasa itu buat masa ini tapi kemanisan akan menunggu di sana”..dan emak akan turut sama menumpahkan airmata kerinduannya,. Aku rindukan saat-saat itu, saat dipujuk oleh Abah..saat menangis diriba abah…..
Pernah suatu hari aku di sapa oleh seorang teman..” huishh…bestlah awak dapat banyak pahala kerana dua orang anak awak dah meninggal” bagai disambar halilintar menerjah ke gendang telingaku…apa yang harus aku katakan?...tak kurang mereka yang berkata “saya cemburu dengan awak, kerana Allah ambik kedua dua putra awak”. Aku tersemyum hambar sambil membalasnya…”sanggup tak awak berdoa pada Nya..Ya Allah aku cemburu dengannya kau ambiklah juga anakku ?..tentu tidakkan jadi kalau bila bercakap …biarlah yang menusabah agar jangan ada hati yang terasa.
Kadang –kadang aku jadi tidak mengerti pada mereka diluar sana….Bila aku bersedih dan menangis mereka akan berkata “sabarlah dan redhalah mereka dah berbahagia di sana” dan bila aku tertawa riang mereka berkata “ senang hati nampak, tertawa riang dah lupa ke pada anak-anak yang dah pergi” serbasalah aku dibuat bersedih salah gembirapun salah..
Sekarang aku faham kini….aku tidak boleh sewenang-wenang meluahkan rasa hati ini akta pada keluarga yang terdekat…aku tidak boleh memaksa mereka untuk berkongsi rasa kerinduan yang datang bertandang tidak menentu masa dan waktu. Hanya pada Mu Ya Allah aku luahkan segalanya, hanya pada Ya Rahim tempat aku mengadu….kerana Engkau tidak pernah jemu untuk mendengar rintihan hati ini…hambanya…

Sentiasa Meredhai
Ummimdaza(9/04/13...12.08am)

Wednesday, 3 April 2013

Kenangan Terindah :- MEMORIAL MDAZA


Siap sudah sepenuhnya….impian kami…impian anak-anak …..Loteng…kalau dulu masa tika mereka masih hidup , kami mahu jadikan loteng tempat mereka bermain-main, menoton DVD cerita kartun,ultraman, upin & Ipin dan juga tempat untuk abang bermain PS 2 kesayangannya. Dan kini di loteng itu kami jadikan tempat menyimpan barang-barang kalian.Andaikata kalian berdua masih lagi bersama kami tika ini ummi dapat rasa betapa gembiranya kamu berdua berlari turun naik menyusuri mata tangga,terpekik terlolong memanggil antara satu sama lain,mesti akan menjadi hingar bingar suara kalian apabila berkelahi…tapi itu andainya ummi sahaje ianya sudah semesti tidak menjadi kenyataan kerana kalian lebih bahagia dan gembira di “alam sana” di taman syurga milik Nya .
Alhamdulillah amat sempurna dan kemas sekali hasil kerja tangan Pakcik Nuar yang membuat loteng di rumah kita.Walaupun ruangnya tidak berapa luas, tapi ianya cukup untuk kami menyimpan semua barangan milik kalian. Kombinasinya warna cukup menarik, warna kegemaran kalian berdua, hijau dan biru…nyaman, sejuk di mata dan di hati. Angin mencuri masuk melalui jendela kecil membuat kami leka setiap kali berada di situ.

Setiap helaian pakaian kalian ummi simpan rapi dalam almari, tidak ada satupun yang terkurang.
Masih terngianga-ngiang di telinga ummi kata –kata adik semasa ummi melipat pakaian abang untuk disimpan”ummi boleh tak bila adik besar macam abang,  adik nak pakai baju, seluar dan kasut abang? dan baju ,seluar dan kasut adik bolehlah bagi pada Amsyar”……..

 Beg, buku dan alatan sekolah juga telah kami sediakan satu tempat khas. Setiap kali ummi ke atas untuk mengemas, ummi tidak pernah jemu membaca hasil kerja sekolah kalian, ummi paling tertarik dengan tajuk karangan abang yang bertajuk “Emak Saya-Saya Sangat Sayang Emak Saya”…ummi akan membaca berkali-kali tidak pernah jemu sayang…..Adik pula tulisan agak kemas dan cantik tapi bila berwarna agak comot maklumlah adik hamya sempat berada di tadika selama 4 bulan sahaja… .

Mainan mainan kalian tiada siapa yang berani menyentuhnya. Dari sekecil kecil kereta mainan hingga sebesar-besar kereta mainan ummi susun seelok mungkin.Pelbagai koleksi patung kartun berdiri megah di satu sudut. Tapi sayangnya koleksi telefon bimbit milik abang dan cenderahati yang abang beli semasa kita sekeluarga bercuti di Cameron Hingland dan Langkawi telah dicuri orang, mereka menceroboh ke rumah kita semasa proses pengubahsuaian.
' Pasti ada yang akan tersentuh apabila melihat koleksi botol susu yang berbagai bentuk dan warna. Kesemua itu milik kalian, ummi menyimpan sedari kalian lahir sehingga berhenti menyusu. Malah ummi masih ingat kepunyaan siapa botol susu itu, pada umur berapa kalian menggunakannya. Ubat-ubatan kalian pada hari hari terakhir kalian guna juga ummi simpan untuk kenang kenangan.
Di dinding tergantung kopiah dan topi yang digunakan sedari kecil hinggalah saat terakhir usia kalian, disetiap sudut gambar-gambar tersenyum manja dan segak,pelbagai aksi dan gaya.

Kasut,selipar,talipinggan, dan beg sekolah juga kami simpan seelok mungkin.
Televesyen dan cd player dimana tempat kalian menonton ceritakan kartun, ultraman dan bermain play station juga ditempat di loteng. Sebiji radio abah tempatkan di situ juga dan radio itu sering abah pasangkan dengan cd zikir dan mengaji.
 Sekarang ini abah dan angahlah  yang sering bersantai sambil menonton dan mendengar radio di loteng itu. Along jika dia balik ke rumah pasti di situ jugalah tempat dia sering menghabiskan masanya dan situ juga dia akan tidur malah makanpun di situ juga.
Wahai si bidadari syurga….akan kami simpan kemas-kemas memori indah kami bersama kalian, akan kami kenang setiap saat masa kita bersama-sama walaupun kadangkala kenangan itu membuat airmata kami sering tertumpah. Nama kalian akan sentiasa meniti dibibr kami, keletah dan gelagat kalian akan sentiasa bermain di mata kami, senyuman dan tawa kalian akan sentiasa menghias di hati dan dimata kami. Akan kami jaga setiap barangan kalian seperti kami menjaga kalian satu ketika dulu…wahai sibidadari syurga.
Ianya akan tetap di situ…tempat dimana kami melepas rindu  bila setiapkali rasa itu datang bertandang. Di situ semua kenangan pahit manis, suka duka kami tempatkan..disitu…tempatnya..”MEMORIAL MDAZA”

Kenangan terindah 
UmmiMdaza 4/4/2013(1.25pm)