Monday, 15 April 2013

Terima Kasih Ya Allah...walau sekadar dalam mimpi


Dua minggu lepas bermimpi abah pulang ke rumah di Tanjong Api, bersinglet pagoda putih kesukaannya dan berkain pelikat, tenang aje wajah abah. Abah berjalan perlahan-lahan melintasi kami adik beradik yang berkumpul diruang tamu rumah kami. Abah berlalu pergi setelah bertemu dengan emak. Aku cuba untuk menahan abah dari terus beredar tapi tetap jua meneruskan langkahnya.

Kelmarin Allah ketemukan aku dengan arwah abang dalam mimpiku. Abang lengkap berpakaian untuk ke sekolah. Berbaju putih berseluar biru dan bertali leher kemas sekali penampilan abang.  Abang setia menanti aku mempersiapkan bekalan untuk di bawa ke sekolah. Aku masak salah satu lauk kegemaran abang “ayam masak kicap” sebaik ayam itu dimauk dalam bekas, abang lalu memakannya dengan berselera sekali, lantas aku menegurnya “kenapa makan, bukankah itu bekalan untuk di bawa ke sekolah? Sambil tersenyum abang menjawab “ummi masak sedap sangat”. Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh abang setiap kali aku memasak makanan kegemarannya.

Semalam…sekali lagi Allah mempertemukan aku dengan putraku. Adik….adik datang berlari lari riang ke arah dan berjalan seiringan menuju ke sebuah gerai makan, adik tidak mahu makan tapi hanya bermain-main dipersekitaran gerai makan tersebut…tiba-tiba adik terjatuh dan menangis mendapatkan aku minta didukung dan sebelum sempat tangan adik ku sambut..aku terjaga ….

Ya Allah terimakasih kerana mendatang insan-insan yang aku cintai lagi dirindui dalam mimpi-mimpiku. Disetiap sujud akhir doa ku utuskan dan tidak pernah lupa untuk mengirimkan bacaan Al Fatihah disetiap kali wajah-wajah mereka datang bertamu di ruang mata ku. Akan ku lapang setiap petang untuk menziarahi pusara mereka.
Bismillahhirrohmanirahim
~YA ALLAH ENGKAU AMPUNLAH DOSA-DOSA AYAHANDA KU
~KASIHLAH AKAN AYAHANDAKU SEPERTI MANA DIA MENGASIHI KU SEDARI  
   KECIL
~LAPANG DAN TERANGILAH PUSARA NYA
~TEMPATKANLAH AYAHANDAKU DISYURGAMU BERSAMA-SAMA PARA SOLEHI
~JAUHI AYAHANDA DARI AZAB KUBUR MU
~YA ALLAH AKU TAHU PUTRA-PUTRA SEDANG BERGEMBIRA DI SYURGA MU
~YA ALLAH KAU SAMPAI SALAM BETAPA AKU TERAMAT RINDU PADA MEREKA
~YA ALLAH ENGKAU KETEMUKANLAH AKU DENGAN INSAN-INSAN YANG TERSAYANG LAGI  
   RINDUI WALAU SEKADAR DALAM MIMIP MIMPI…………………………….
AMIN YA ROBALALLAMIN
Yang terlalu merindui
Ummimdaza (15/4/2013...9.25pm)

No comments:

Post a Comment