Monday, 8 April 2013

Merindui Bukan Bermakna Tidak Meredhai..


Kenapa dengan aku, kenapa dengan hati ini, seolah olah menunggu sesuatu, seperti mengejar sesuatu, tapi yang aneh apa yang ditunggu tak jugak kunjung tiba, apa yang yang dikejar semakin menjauh.
Sudah beberapa malam ini aku asyik termimpi-mimpi dan terkadang kadang dalam lena ku aku memanggil manggil  nama mereka. Ya Allah … rasa itu tidak pernah berkurang tidak sama sesekali walaupun sudah berbulan bulan ianya berlalu…pergi meninggalkan aku sekeluarga…pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi…perginya mereka tidak ada yang boleh menggantikan tempat mereka di hati kami.
Pada siapa tempat harus aku meluah dan menceritakan rasa rindu ini? Setiap kali aku airmata mengalir keluar dan aku cuba untuk berkongsi rasa dengan keluarga dan rakan yang terdekat….tapi tiada siapa yang mahu mengendahkannya atau mereka akan berkata “redha ajelah”. Kenapa selalu di salah ertikan….setiap kali airmata kerinduan ini mengalir di katakan tidak meredhainya.
Tak kurang yang akan berkata “ beruntunglah awak kerana dah ada yang menunggu”, tapi tahu tak mereka…sekiranya keuntungan itu sama seperti mengumpul emas setinggi gunung.... akan aku usahakan mengumpulkannya dari kehilangan putra-putraku… tapi itu mustahil sama sekali..janji Allah itu pasti..janji Allah benar belaka. Satu ketika dahulu takkala rasa rindu datang bertandang diriba Abahlah akan ku sembamkan muka ini sambil teresak-esak…dan Abah akan kata “ sabar…wahai ummi yang bertuah..banyakkan bersabar..memang sakit rasa itu buat masa ini tapi kemanisan akan menunggu di sana”..dan emak akan turut sama menumpahkan airmata kerinduannya,. Aku rindukan saat-saat itu, saat dipujuk oleh Abah..saat menangis diriba abah…..
Pernah suatu hari aku di sapa oleh seorang teman..” huishh…bestlah awak dapat banyak pahala kerana dua orang anak awak dah meninggal” bagai disambar halilintar menerjah ke gendang telingaku…apa yang harus aku katakan?...tak kurang mereka yang berkata “saya cemburu dengan awak, kerana Allah ambik kedua dua putra awak”. Aku tersemyum hambar sambil membalasnya…”sanggup tak awak berdoa pada Nya..Ya Allah aku cemburu dengannya kau ambiklah juga anakku ?..tentu tidakkan jadi kalau bila bercakap …biarlah yang menusabah agar jangan ada hati yang terasa.
Kadang –kadang aku jadi tidak mengerti pada mereka diluar sana….Bila aku bersedih dan menangis mereka akan berkata “sabarlah dan redhalah mereka dah berbahagia di sana” dan bila aku tertawa riang mereka berkata “ senang hati nampak, tertawa riang dah lupa ke pada anak-anak yang dah pergi” serbasalah aku dibuat bersedih salah gembirapun salah..
Sekarang aku faham kini….aku tidak boleh sewenang-wenang meluahkan rasa hati ini akta pada keluarga yang terdekat…aku tidak boleh memaksa mereka untuk berkongsi rasa kerinduan yang datang bertandang tidak menentu masa dan waktu. Hanya pada Mu Ya Allah aku luahkan segalanya, hanya pada Ya Rahim tempat aku mengadu….kerana Engkau tidak pernah jemu untuk mendengar rintihan hati ini…hambanya…

Sentiasa Meredhai
Ummimdaza(9/04/13...12.08am)

No comments:

Post a Comment