Entah mengapa hari ini aku asyik teringat akan peristiwa setahun yang lampau....bila teringatkan itu semua nmula air mata ku jatuh berjurai jurai...aku tidak menceritakan pada sesiapapun tentang perasaan aku ini akta pada suami ku sendiri...bukannya apa aku takut di katakan tidak redha....kerana sikap mereka bila airmata kerinduan mengalir akan di kata aku tidak meredhai.....
Selepas abang pergi meninggal kami, pusaranya menjadi tumpuan hampir setiap hari, adik begitu riang setiap kali bila ke pusara abang dia akan bercerita, melukis malah dia turut membawa dua biji kereta mainannya untuk dia bermain di situ....
Tapi seminggu sebelum adik dijemput....adik sudah mula menyuarakan rasa kebosanannya..."hish...asyik asyik gi kubur abang...bosan dah adik hari hari gi kubur abang..." dan adik sudah tidak mahu turun untuk bersama kami ke pusara abang...dia lebih rela bersendirian di dalam kereta...
Dan pada tarikh ini 29/4/2012 bersamaan hari Ahad di KMC...adik sedang menghabis hari hari terakhirnya tanpa aku dan yang lain nya tahu bahawa tarikh ini adalah detik terakhir aku bersamanya...patutlah disepanjang berada di hospital adik tidak mahu berpisah dengan walau sebentar cuma....makan ku mesti bersamanya..aku nak ke bilik airpun dia nak ikut. aku nak solat pun dia tak bagi...dia ingin sentiasa mahu merangkul leher ku...hidungnya sentiasa saje di pipiku...tangannya tidak pernah lepas dari memegang puting susuku....
Semuanya masih jelas diingatan ku.....akan ku ingat...akan ku kenang sampai ke akhir hayat ku....
Akan ku kenang
UmmiMdaza (29/4/2013...7.30pm)
No comments:
Post a Comment