~ADIK-TERLERAI SUDAH SEBUAH KERINDUAN
PERGILAH SAYANG UMMI IZINKAN
(MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI)~
Entah dari mana nak dimulakan ummi sendiri pun tidak tau ,tapi yang pasti kerinduan kita semua pada
abang masih lagi tidak surut. Antara percaya dengan tidak tragedi sama berulang
lagi…Kadang-kadang terlintas dibenak fikiran ummi kenapa ini mesti terjadi
kepada keluarga kita? Tapi siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir. Insan
kerdil yang mampu merancang dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti hak mereka
yang mutlak….Itulah fitrah dunia…
Adik….ummi
mencoret lagi bagi melepaskan sesuatu terbuku di hati ummi dan bagi memakbulkan
permintaan adik yang ummi anggap satu omongan kosongan semata-mata…Sebenarnya
dik…ummi sudah nekad selepas mencoret coretkan kenangan kita bersama-sama abang siap ummi tidak mahu
menulis lagi….tapi siapalah ummi untuk menolak ketentuan Ilahi.
Seminggu selepas abang pergi…adik mula bertanya bila abang akan
balik, adik tidak faham mungkin. “Ummi bila abang nak balik” suatu
hari adik bertanya. “abang tidak akan balik cuma kita yang pergi tempat
abang” “Bila?” Soal adik dengan pantas. “Nantilah bila sampai masanya
Allah akan menjemput kita” Adik mengangguk seolah-olah faham dengan apa
ummi katakan. “hah…adik tau macam kita nak pergi tempat abang”
“macam mana?”soal ummi. “Esok kita semua bangun pagi-pagi…naik
kereta dan lepas tu kita suruh abah bawak kereta laju-laju mesti ada kereta yang
langgar kereta kita dan kita semuapun mati dan bolehlah
pergi tempat abang.” Kami semua terkejut dengan cadangan dari adik. dan
sejak dari itu adik mula mengharapkan kemalangan akan terjadi pada keluarga
kita.Keinginan adik bertemu dengan abang semakin membuak-buak ……..Dan kalau
orang yang bertanya kemana abang adik dengan pantas menjawap“abang
ada dalam hati adik dan hati kita semua kalau nak panggil saya adik/abang pun
boleh”
Salah
ke ummi bila kita sering ke pusara abang? Rasa rindu itulah yang membuatkan
kita sering ke pusara abang. Selain kita bersedekah al fatihah kita turut sama
membersihkan pusara abang dan kawasan sekitarnya. Dan adik akan sering
bermain-main ditepi pusara abang malah adik turut membawa 2 biji kereta mainan
untuk bermain disitu “yang biru abang punya dan yang hijau adik
punya” dan sebelum berangkat balik pasti adik akan meninggal lakaran
potretnya disisi pusara abang. “malam nanti
abang bangun dan mesti terkejut tengok adik tidur sebelah abang” luah adik
sendirian. Ummi ,abah dan angah menjadi sebak dan kami membiarkan adik berbuat
demikian mungkin dengan cara itu dia melepaskan perasaan rindunya.Begitulah
rutin kita …
Hari demi hari
berlalu…….rindunya adik pada abang makin
menebal dan adik tidak pandai meluahkannya dengan kata-kata….Cuma setiap
pebuatan dan percakapan membuat ummi dan abah faham apa maksudnya. Adik juga
sering kali demam dan lelah Setiap bulan adik akan demam .
Isnin
(19/12/2011) adik demam, sepanjang hari
semalam adik asyik membuka almari baju dan peralatan abang kenapa dik???????.
Baiknya adik kerana dia tidak sedikitpun mengusik barang-barang abang…..Cuma
memandang sepi setiap barangan abang…entah apa yang bersarang dalam fikirannya
ummi pun kurang pasti. Kami bawa adik ke klinik…..adik lemah sekali..terpaksa
di x-ray sebanyak 2 kali. Kata doctor paru-paru adik ada jangkitan kuman…hati
dan perasaan ummi sedikit bergetar…“Ya Allah
aku mohon sekali pada Mu , Kau selamatlah anak ku dari sebarang penyakit yang
memudaratkan….:”
Saban hari adik akan bercerita tentang mimpi-mimpinya yang bertemu
dan bermain-main dengan abang……..“Ummi kenapa abang meninggal dulu?...adik
memecahkan kesunyian pada malam itu………“kerna Allah lebih sayangkan abang” “kenapa
Allah sayangkan abang?” “sebab abang budak baik” “adik baik tak ummi” soal
adik lagi “baik sangat-sangat” “tapi kenapa adik tak meninggal lagi macam abang,
adik nak pergi kat abang nak jumpa abang, adik sayang abang…”
adui…bagai putus tangkai jantung ummi….adik…. janganlah mintak yang
bukan-bukan…….aduhai adik…..
Adik demam
lagi……demam adik kali ini beserta dengan lelah ….agak lama,
Hampir 3 minggu adik tidak ke sekolah….Hari
Jumaat malam Sabtu 10/02/2012 kami dijemput ke kenduri arwah di rumah Maksu
Zaiton. Kembar Yazid dan Haikalpun ada
sama.
Mereka berdua merupakan rakan sekolah abang
, leka sungguh adik bermain dengan mereka, corak permainan mereka hampir sama
dengan corak permainan abang dengan adik…riang sungguh adik pada malam itu.
Secara berseloraoh ummi meminta supaya Yazid tinggal dengan kami, kata ummi “ Yazid mari ikut kita balik bolehlah jadi abang Ashroqi” adik mencelah dengan selamba “Awak tak boleh jadi abang saya, awak tak
akan
sama dengan abang saya, tiada orang boleh ganti tempat abang saya, tapi… awak
hanya boleh jadi kawan saya” semua yang tergamam mendengar ungkapan
adik.Bijak sungguh adik berkata-kata. Begitu kuatnya abang dihati adik…..
terkadang adik akan mengeluh “kenapalah adik ni ada abang sekejap aje tak
macam orang lain ada abang lama-lama….bosanlah …nak main dengan sape?” Dan
setiap kali bila hari hujan terdengar adik merungut sendirian “basah kubur abang macaman lah dengan
abang”…disetiap waktu makan adik tertanya-tanya “makan apalah abang ni..angah
kata dekat syurga abang makan lagi best pada kita” adik…adik….
Kelincahan,kenakalan,
kepetahan adik membuat kami rasa amat terhibur …..sejak akhir-akhir ini
sebahagian sifat-sifat dan perwatakan abang telah ada pada diri adik. Makanan
kegemaran adik pun sama dengan abang kuew tiaw ladna(abang panggil mee petak
dalam pinggan) dan nasi minyak. Pada kami dengan cara inilah Allah mahu mengubat kerinduan kami pada abang. Dan setiap kali ummi menangis adik
pasti memujuk ummi.. “ummi jangan nangis… adik kan ada,
abang dah tunggu ummi kat syurga dan adik jaga ummi kat sini, abang nak buat
rumah 2 tingkat untuk ummi kat syurga adik akan buat rumah 2 tingkat kat sini…”
sejuk hati ummi bila setiap kali adik
melafazkan kalimah keramat ini. Ya Allah….alhamdulillah aku bersyukur
atas kurniaan Mu..sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang tertulis
dan apa yang tersirat
Begitulah
setiap hari, menjalani kehidupan kita sekeluarga tanpa
abang bersama-sama kita…sedikit demi sedikit semangat kita semua mula pulih
.Kita sudah mula terbiasa berjalan, makan,menonton dan melakukan
aktiviti-aktiviti lagi dengan hanya berempat
orang sahaje. Dan kadang-kadang Along akan juga balik ke rumah untuk menjengah
kita. Along lebih selesa duduk bersama Tok di Tanjung Api. Angah sudah mula mahu tersenyum dan keluar bersiar-siar di
perkaranagan rumah, aktiviti yang sentiasa yang dia lakukan ketika bersama
abang satu ketika dulu. Angah dan adik begitu semangat setiap pagi untuk ke
sekolah dan begitu juga bila pulang dari sekolah, anak-anak ummi tampak riang
sekali. Angah amat seronok bercerita tentang kawan-kawan barunya dan adik pula
akan menyanyi riang lalu yang pelajari di sekolah tadikanya. Hati ummi dan abah
mula berkembang mekar dan dibibir merekah senyuman.
28/03/2012
(Rabu) batuk adik tak henti-henti…dan sesekali adik akan muntah tapi badan adik
tidak panas .Adik sudah lengkap berpakaian sekolah namun naluri seorang ummi tidak mengizinkan adik untuk ke sekolah. Dan pagi itu tanpa melengahkan masa
ummi terus membawa adik ke KMC untuk mendapat rawatan lanjut. Memang
benar….adik lelah ..lelah yang amat serious …adik terpaksa dimasukkan ke
hospital….selama 5 hari dan selama itu jugalah kita semua menjadi penghuni KMC…dan
keadaan adik bertambah pulih…Alhamdulillah syukur kehadratmu Ya Allah.
15/4/2012
(Ahad) hari yang dinanti-nanti oleh pun tiba .Sukan sekolah adik…awal adik
bangun pagi itu bernyanyi-nyanyi riang . Bersungguh-sungguh betul adik pada
hari itu walaupun keadaan cuaca yang kurang baik dan keadaan padang yang agak
becak, maklumlah ini adalah kali pertama adik menyertai sukan dan berharap akan
ada hari sukan dilain kali. Bermain,berlari,berkejaran bersama-sama rakan-rakan
tanpa mengenal erti penat dan bila rasa lapar dan dahaga baru adik datang
mendapatkan ummi. Adik menang lumba lari..adik…dapat
cabutan bertuah..suka hati ummi dan abah melihat gelagat adik…Sampai di rumah kita
semua tidur kepenatan.
28/4/2012
(Sabtu) adik demam lagi..sekembali majlis perkahwinan rumah Makcik Sabariah. Badan
adik panas sekali. Ummi bagi makan ubat yang sedia ada..suhu badan adik beransur
turun. Hari ini kita berhajat untuk tidur di Tanjong Api…aki kurang sihat.
Sesampai di rumah aki demam adik datang balik “Ummi…adik rasa nak pengsanlah”
tok ketawa bila mendengar percakapan adik itu. “Pengsan tu macamana ?”
soal ummi “yalah pengsan boleh hidup balik, tapi kalau mati tak boleh hidup dah….tapi adik tak nak mati”
adik berceloteh lagi..kami semua ketawa mendenganya… adik..adik.. ada-ada saje
.Suhu badan adik makin naik adik minta dia di bawa ke klinik, tanpa lengah abah
terus memandu menuju ke KMC..suhu badan makin naik 39 drjh cc.Adik harus
ditahan dihospital…kesian adik…..adik merayu pada doctor agar dia jangan di cucuk.
“tolonglah
doctor jangan cucuk adik ..adik dah banyak kali kena cucuk…ummi,abah tolonglah
bagi tau kat doctor janganlah cucuk adik” sayu dan hiba bunyinya
serta-merta ummi ingatkan kata-kata yang
sama juga diluah oleh arwah abang takkala doctor mahu mencucuknya. Ya Allah
berderau darah ummi, ummi menoleh ke arah abah, abah sekadar
menggeleng-gelengkan kepalanya…rupa-rupanya perasaan yang sama bersarang di
fikiran abah.
Sekitar jam 11 malam baru adik dapat
bilik…keadaan adik begitu lesu sekali..suhu badan masih belum turun
lagi…terpaksa masuk ubat melalui buntut. Alhamdulillah malam itu adik tidur
dengan lena sekali. 29/04/02012 (Ahad)…syukur suhu badan adik telah menurun
dengan cepat…adik nampak cergas dan begitu riang sekali apatah teman sebilik
adik merupakan kawan sekolah tadika adik…Sukanya ummi dan abah melihat adik
bermain-main. “Insyallah kalau dah sihat mungkin esok adik boleh keluar” getus
hati kecil ummi. Abah minta izin dari pihak hospital untuk membawa balik adik
ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian ummi dan adik…sebelum balik semula ke hospital
kita singgah sekejap di Tunas Manja untuk membeli I-pad permainan seperti yang
ummi janjikan dulu.
Tiba-tiba
suhu badan adik naik balik, adik dah tak lalu nak makan…adik terbaring lesu sepanjang
hari dan adik mau ummi pun berbaring disebelahnya…sedikitpun adik tak mau
berenggang dengan ummi..apa-apa semua dengan ummi.Dan sesekali ummi minta abah gantikan tempat ummi..adik tak mau
juga..katanya “ adik kan
tak sihat, ngape ummi tak mau baring dengan adik… kalau dengan abah adik tak
boleh pegang?”memang menjadi kebiasaan adik bila nak tidur adik akan
memegang puting susu ummi. Ummi akur walaupun
kekadang terasa begitu lenguh sekali dek kerana terlalu lama berbaring. “Perut
adik sakit, kaki adikpun sakit” adik mengadu meminta simpati..ummi cuba
mengusap-ngusap perut adik..tapi kata adik “jangan kuat sangat ummi… sakit”
sekali lagi jantung ummi berdegup.. “macam kata-kata abang” bisik hati
ummi.
Sesekali jururawat dan doctor datang menjenguk
adik dengan membawa ubat ataupun bertanya keadaan adik. Dan setiap kali mereka
datang adik merayu agar dia jangan dicucuk. Ada satu ketika tekanan darah adik
tidak dapat di baca .Berdetik juga di hati ummi kenapa??????????
Seluruh badan adik berpeluh tapi adik
kesejukan…menggeletar…“tolong ummi adik sejuk sangat-sangat
ni”.Ummi cuba
memeluk adik, tapi adik kurang selesa sakit badan katanya.
Alhamdulillah malam itu dapat tidur lena sekali dengan berbantalkan lengan ummi
dan tangan adik tidah lepas dari memegang putind susu ummi.
30/4/2012
(Isnin)..bangkit dari tidur adik mengadu sakit perut…sesudah bersiap dan minum
sebotol susu(itupun tak habis) perut adik perlu discan..ummi dan abah menemani
adik dan adik mahu ummi bersama-samanya sepanjang dia discan.Keadaan adik masih
tak berubah, malah bertambah lesu, doctor telah beberapa kali menukarkan aktibiotik untuk adik tapi keadaan adik sama
juga. Dari bilik double adik dipindahkan bilik single alhamdulillah lebih
selesa. “Dah lama adik kat sini, tapi tak adapun sape-sape yang datang tengok
adik…tok,mama,mak,abah tan dan alongpun tak datang” luah adik dengan
nada yang agak sedih…“Dia orang sibuk, sikit lagi
datang lah tu” pujuk ummi.. “bila ? besok ke?”…adik…adik.. dalam
diam ummi menelefon tok dan sms mama dan maksu.
Tidur
adik pada hari itu asyik terganggu sesekali adik merengek kesejukan dan
kadang-kadang kepanasan lepas tu mengadu badan dan kakinya sakit. Acap kali
juga adik mengadu sakit perut dan minta di bawa ke bilik air..adik langsung tak
mau makan dan minum.Sedih sungguh ummi melihat keadaan adik langsung tak
bermaya, beberapa kali ummi memanggil nurse untuk melihat keadaan adik. Kuku
tangan dan kaki menjadi biru..seluruh badan adik sejuk serta merta…adik minta
ummi dimandikan adik… tapi adik berdaya untuk bangun bila ummi cuba
mendokong tapi adik merengek kesakitan…
Mak
su dan tok datang juga petang itu, tok bawa goreng pisang kesukaan adik…adik
minta tok menyuapkannya goring pisang …banyak adik makan…“alhamdulillah akhirnya
adik nak makan juga” bisik ummi
pada tok…tiba-tiba adik muntah dan mengiggil, badan adik bertambah sejuk…ummi
dan tok menjadi panik…berlari ummi mendapatkan nurse dan menelefon abah…Nurse
datang bersama-sama doctor…“adik kekurangan oksegen dan terpaksa di masukkan ICU”
bagaikan halintar menusuk ke gegendang telinga ummi mendengar kata-kata doctor
itu…Abah tergamam, angah sudah mula menangis teresak-esak…“YA ALLAH YA TUHAN AKU MOHON PADA MU SELAMATKAN ADIK…”
Berat kaki ini untuk melangkah masuk ke bilik icu…tanpa ummi sedar
ummi terjelepuk jatuh di depan pitu bilik itu….ummi meraung sekuat hati…rasanya
baru semalam ummi melepaskan abang pergi
dibilik ini. Bayangan abang dan rintihan abang masih segar lagi diingatan
ummi…dan kini ummi melalui lagi
saat-saat getir itu lagi ?????????? Tidak…adik tak boleh tinggalkan ummi,abah.along,angah dan
semua orang yang menyayangi adik…..sepertimana abang meninggalkan kami semua…adik
mesti kuat dan ummi mesti berikan adik kekuatan ....lantas ummi naik ke katil
untuk bersama-sama adik kalau boleh ummi mau
segala kesakitan dan keperitan yang adik lalui itu dipindahkan kepada
ummi….boleh kah itu terjadi dan
dilakukan????????? “Ya Tuhan tolong hamba mu ini…tolonglah
jangan kau uji lagi aku lagi dengan ujian yang sama”…rintih hati ummi.
Adik
semakin lemah.. “ummi!!!!! adik nak balik…adik nak balik…adik kat mana ni? adik nak
abah…angah mana? Adik nak angah..bila adik boleh balik ”..adik semakin
gelisah sekejap baring…sekejap duduk dan sesekali adik naik atas badan ummi,..nak
ummi ribakan..nak abah abah dukungkan semua jadi tak kena pada adik. Kaum keluarga,jiran
tetangga telah ramai berkumpul di luar
bilik icu…entah dari mana mereka menerima khabar ini ummi sendirpun tak pasti
….along pun ada sama…“ummi adik nak anak patong kecik…adik nak main” pinta adik..sepantas
kilat along pergi menyuakan potong sekecil ibu jari kepada adik…“hish
kecik sangat …” lucu pula bunyinya…
Adik
tak mau di pakaikan lampin pakai buang..adik nak kencing di bilik air.. “adik kan dah besar ummi kenapa nak pakai pampes
adik boleh kencing sendiri”. Ummi akur dengan
permintaan adik ummi tak pakaikan adik
pampes…adik kencing di atas katil menggunakan takung….tapi air kencing adik tak
keluar…“kenapa tak keluar ni adik dah tak tahan…”keluh adik. Ianya
berterusan beberapa kali..…dan sesekali adik akan muntah ….cecair hitam yang
keluar …..macam abang..Mulut adik tak mau diam ada saje yang hendak dicakapkan
ataupun ditanyanya …
“Abah mana ?” bila adik tidak nampak
kelibat abah…“abah sembahyang ni..abah Tan
ada” (bapa saudara)… “adik tak nak abah Tan adik nak abah
adik…” adik mula tersenyum
bila abah mula mendekatinya…tiba-tiba adik bersuara hiba dan amat sayu
bunyinya…“ummi!!!!!!!!adik sayanggggggg…. Sangat kat ummi…sayang sangat-sangat!!!!.
“Ya
adik ummi pun sayang sangat kat adik….….adik
jangan banyak cakap nanti adik letih…” pinta
ummi…“oklah” adik tersenyum sambil membuat isyarat tangan supaya ummi
tidur di sebelahnya..ummi naik kembali berbaring di sebelah adik…“adik kita mengaji nak?”…adik menganggukkan
kepalanya. Kita mula berselawat,berzikir,membaca al fatihah dan bila ummi
hendak membaca ayat khul..adik sudah
keletihan….…“ummi!!!!!!!! boleh adik nak
pegang…” ummi memeluk dan mencium
seluruh muka adik dan ummipun menyelak
baju ummi…takkala itu adik terus menghisap puting susu ummi dengan rakus umpama
baby yang kehausan…abah berpaling tidak sanggup melihat gelagat adik itu…ummi
terus memeluk dan membiarkan saya adik berbuat demikian…tiada kata-kata yang
terkeluar dari mulut ummi dan abah hanya
air mata mengalir deras….
Saudara mara, rakan taulan dan jiran
tetangga datang silih berganti..mereka yang datang tidak putus-putus memberikan
kata-kata semangat kepada kepada ummi dan abah….apa yang boleh ummi katakan???
“Ya Allah aku mohon pada Mu jangan ambik lagi anakku cukuplah dengan satu…Ya Allah aku merayu pada
Mu…jangan di ambik anak ku.”
Ucap ummi dalam sedu ……adik mendongak memandang ummi dengan wajah yang
amat sayu sekali dan dengan nada yang perlahan dan lemah adik berkata “ummi!!!!!!!! Abah!!!!!!!!! jangan ngangis ya…jangan
ngangis..adik sedih…..” oh…tuhan kata-kata yang sama juga diucapkan oleh abang dulu.Kami tidak berhenti
berdoa agar adik dapat diselamatkan…
Doktor
tak henti-henti memeriksa adik…“tolong ya doctor jangan cucuk adik lagi tolong lah!!!” rayu adik dengan nada
yang amat sedih .Adik perlukan bantuan oksigen tapi adik tak mau memakai alat
bantuan tersebut…wire-wire di badan adik ada yang sudah tercabut….Kata doctor
sel darah putih adik telah menurun, buah pinggan adik tidak fungsi dengan baik
sebab itu adik tidak boleh kencing…virus merebak terlalu cepat..dah pergi ke
hati…Ya Allah sama dengan apa yang dihidap oleh abang…bila ada tompok-tompok lebam di badan adik hati ummi makin jadi tidak keruan..ummi sudah
rasa kan saat
adik untuk meninggal kami sudah hampir …tiba-tiba ummi rasa percikkan air
dimuka …ah…ummi pengsan lagi rupanya…..bergegas ummi kembali ke katil adik..doktor
kata adik terpaksa dikomakan bagi membolehkan mesin bantuan oksigen dipasang .
Kami diarahkan keluar bagi memudah doctor menjalan kerja-kerja memasang alat
pernafasan…adik memegang kuat lengan baju ummi…ummi meleraikannya dalam keadaan
keterpaksaan…adik merintih hiba “ummi..ummi…tolong
adik…jangan tinggalkan adik sorang-sorang …tolong tolong!!!!!!!”Ummi longlai disitu dan
terpaksa dipapah.
Setelah
alat itu dipasang ….doktor memanggil abah dan ummi untuk memberitahu keadaan
adik…agak kritikal katanya…sekali lagi ummi jatuh ..pengsan…… entah kali
keberapa ummi tak pasti.Abah sudah nampak hilang kekuatannya…lemah longlai setiapi
langkah yang diatur olehnya Angah sudah hilang arah..sesekali terdengar
esakkannya..along diam tak terkata…..Ummi masuk semula untuk berbaring disisi
adik….ummi usap seluruh tubuh adik, pipi adik berkali-kali ummi kucup,
ditelinga adik tak henti-henti ummi ucapkan kata-kata sayang dan kata- kata semangat…….…“adik
sayang .. adik ..mesti kuat..adik mesti kuat… adik tak boleh tinggalkan
ummi..adik dah janji nak jaga ummi kan, nak buat rumah 2 tingkat untuk ummi kan.”. bisik
ummi.
Tiba-tiba
nurse meluru kearah adik setelah mendengar isyarat dari mesin bantuan
pernafasan….“Kak, abang baca yasin dan
boleh bisikan kalimah syadah ketelinga adik ya…”. Yang ada ketika itu
bersama-sama adik hanyalah ummi,abah,along dan angah sahaje.Bagaikan lembu
dicucuk hidung kami akur dengan kata-kata nurse tadi….doktor meminta kami semua
keluar bagi menjalanikan beberapa prosuder…berat sekali hati ummi untuk meninggalkan
adik sendirian di bilik icu…dan tiba-tiba sahaje ummi meraung sekuat hati…“adik….mesti
kuat…adik tak boleh tinggalkan ummi..sape nak jaga ummi nanti…mesti kuat ya
adik…adik kena kuat…” rintih ummi dalam esakan..along dan angah datang
mendapatkan ummi dan kami berpelukan….“.along akan jaga ummi…along akan jaga ummi,abah
dan angah” itu janji along pada ummi ….
Pintu
bilik di buka doctor memanggil ummi dan abah disuruhnya kami duduk….“maaf
ya kami dah cuba
untuk selamatkan adik…tapi Allah lebih sayang adik…”.kata doctor sambil
menepuk-nepuk bahu ummi.. “apa doctor cakap ni” …ummi bertanya
kebengongan…“Adik dah tak ada…. Allah dah menjemput dia…sabar ya Kak…ahli syurga
anak akak ini” dan dia berlalu pergi meninggalkan kami 4 beranak di situ
untuk menatap wajah buat kali terakhir…tiada kata-kata lagi cuma esakan-esakan
sahaje yang kedengaran dan kami bergilir-gilir mencium adik…..Adik pergi
meninggalkan kami buat selama-lamanya dihari jadi abah 1 Mei
2012 pukul 1.25 pagi Selasa terlalu
perit untuk kami terima semua ini.Terlalu sukar digambarkan kan betapa sakit
dan pedihnya kami dikala itu. Dan ummi sendiri tidak tahu apakan
perasaan ummi tika itu…rela atau tidak …..antara redha dengan
tidak….seolah-olah peristiwa bersama abang dulu di ulang tayang semula……
Ya Allah kenapa
aku lagi di uji begini dalam tempoh yang
terdekat ini…kenapa kau ambil lagi anak ku Ya Allah …tidak kah kesian pada aku
Ya..Allah…kau duga aku dengan anak-anak….kenapa kau bagi aku dan dengan cepat
kau ambik balik….Abah memeluk ummi seerat mungkin …abah bisikan ke telinga
ummi. “ummi!!!!!…bertuahnya kita…dalam ramai-ramai Allah memilih kita….dua orang anak kita sudah
tentu menjadi ahli syurga dan anak-anak kita tidak akan jemu menunggu kita dipintu syurga…insyallah kita akan bersama-sama mereka kelak….mereka bukan hak
kita tapi hak Allah.Dia ambik anak-anak kita dia nak jadi anak-anak kita
bidadari syurga. Tak semua orang Allah jadikan anak-anak mereka sebagai
bidadari syurga.Untungnya kita
…anak-anak kita menjadi bidadari syurga.Ummi kena redha…ummi kena
izinkan adik pergi untuk bersama-sama abang…adik rindukan abang…kesian kat kat
adik kalau ummi berterusan begini…lepaskan adik ya ummi..”Pujuk abah…ummi
tahu abahpun teramat-amatlah sedih dan terasa kehilangan…..kedua-dua anak lelakinya dijemput dalam sekelip mata. Dalam
tempoh 6 bulan saje kita kehilangan 2 anak dan 1 janin.Tapi demi ummi,along dan
angah…. abah kena kuat kerana kekuatan kita bergantung pada abah….kesian abah …
hatinya terbuku.
Di luar bilik
icu keadaan sunyi sepi macam tidak percaya dengan apa yang terjadi…
Antara percaya dengan tidak…Tok dan yang
lain sudah beransur pulang ke Tanjong Api..untuk membuat persiapan menyambut jenazah adik nanti. Setelah jenazah
adik siap dibersihkan dan bungkus dengan selimut putih…ummi datang mendapatkan
adik…kali ini dengan agak tenang ummi berwuduk terlebih dahulu . “adik…
hari ini, waktu ini, ummi redhakan adik pergi. Ummi halalkan segala-sagalanya.
Ummi halalkan air susu ummi untuk adik. Pergilah sayang.. Ummi izinkan…adik
rindu abangkan….pergilah abang sedang menantikan kedatangan adik…abang tak
mampu nak buatkan rumah 2 tingkat untuk ummi sorang-sorang kat sana….adik
bantulah abang ya sayang…pergilah sayang” dan saat ummi dapat rasakan
abang sedang menghulukan tangannya sambil tersenyum menyambut kedatangan adik. Ummi
naik di atas katil ambil bantal dan berbaring disisi jenazah adik..…ummi peluk
jenazah adik perlahan-lahan …ummi takut adik kesakitan……ummi dodoikan adik…
Tiba masa adik
nak di bawa pulang….abah meminta ummi turun dari katil…tapi ummi tidak mampu
berbuat demikian….maka mereka semua mengambil keputusan untuk menyorong katil
adik dengan membiarkan ummi berbaring disisi jenazah adik….“Adik dah nak dibawak balik rumah
tok, jom kita pangku adik dalam kereta” pujuk abah setelah melihat ummi
seolah-olah enggan bangun dari pembaringan…ummi cuba bangun dengan perlahan
agar tidak jatuh…..tapi tak upaya…ummi rebah juga. Kita tiba di Tanjong api
sekitar pukul 3.15 pagi…beberapa orang jiran dan saudara terdekat sedang
menanti ketibaan jenazah adik…adik dibaringkan oleh along dengan cermat sekali
ditempat yang sama di mana abang dibaringkan 6 bulan dulu.
Selesai
mandi dan menukar baju …ummi kembali berbaring disisi adik…dan sesekali mencium
seluruh tubuh badan adik..ummi cium puas-puas kerana selepas ini tidak dapat
lagi berbuat demikian. Keadaan ummi yang dalam hadas besar membataskan ummi
dari membacakan ayat-ayat suci al quran
. Jemaah masjid mula datang meziarahi adik selesai menunai solat subuh. Makin
lama makin ramai…pada ibu, ummi berpesan…“nanti ummi nak mandikan adik ya jangan
lupa…” berkali-kali ummi ingatkan ibu…abang dulu ummi tak sempat nak
mandikan. Alhamdulillah hajat ummi di makbulkan,ummi mandikan adik buat kali
terakhir..ummi dapat rasakan yang adik begitu bahagia sekali dimandikan oleh
ummi.
Sekitar jam 10 pagi semuanya
selesai.Ummi dapat melihat dengan jelas sekali airmata abah dan along dan
saudaramara terdekat tidak berhenti-henti mengalir ketika mereka
menyembahyangkan adik. Adik kami semadikan disebelah pusara abang ….tempat
dimana adik selalu bermain-main setiap kali kita ke pusara abang..Adik….. tenanglah
adik disana…. doa ummi semuga adik dapat bertemu dengan abang dan bermain-main
di taman syurga Nya seperti mana adik impikan selalu..Terlerai sudah rindu adik
pada abang.
Hari ini1 June, sudah sebulan adik pergi menemui penciptanya. Dan selama itu juga ummi,abah dan angah belum
pulang ke rumah kita. Sudah beberapa kali kami cuba untuk pulang ke
rumah…tetapi sebaik sahaje kaki melangkah masuk….semuanya jadi tidak
menentu..sunyi sesunyinya….ibaratnya kalau jarum jatuh boleh terdengar “detingannya”.
Kami tidak dapat membayangkan macamana kami untuk menghadapi semuanya ini.
Kalau dulu selepas kematian abang, kami ada adik..tapi sekarang????
Bukan kami sahaje yang terasa kehilangan adik…ramai dik.Tiada siapa
lagi yang akan bermain ultraman dengan abah Tan.Sudah tiada lagi ultaman dan
juga raksasa. Angah dah tak ada kawan untuk di bawa bergaduh atau
bercerita…abah apatah lagi seolah-olah kehilangan kedua-dua sayapnya.Sejak
abang pergi segala–gala tertumpu buat adik…adik akan jagi pemboceng setia abah
kemana sahaje abah pergi adik pasti ada..adik peneman setia abah dikala
menonton tv ke kedai atau kemana sahaja,abah tidak pernah kata ‘tidak’ pada
setiap permintaan adik. Tiada siapa lagi
yang akan tidur berbantalkan lengan ummi dengan tangan yang meraba-raba mencari
putting susu. Waktu pagi adalah saat yang paling sensitive buat ummi, waktu
untuk menyiapkan adik untuk kesekolah…sebelum mandi adik mesti menonton cerita
dianosour train…mandi,gosok gigi dan memakai baju mesti ummi yang buat
dan mesti juga didukong ummi untuk masuk ke dalam kereta begitu….
manjanya adik…
Ahli jemaah surau kata mereka semua masih terdengar-dengar suara adik mengaminkan setiap bacaan yang di
baca oleh imam..adik merupakan jemaah surau yang taat…disetiap waktu maghib dan
isyak. Begitu juga di pejabat ummi dan abah…kerana setiap pulang ke sekolah
adik pasti ke tempat ummi atau abah. Bila jam menunjukkan 4.15 petang abah
pastikan menelefon ummi untuk mengambil adik diruang
lobby. Adik memang disenangi oleh kawan-kawan ummi dan abah kerana kepetahan
dan kelincahan adik.
Seperti kebiasaanya setiap hari selepas balik kerja kami akan ke
pusara abang dan adik. Pohon kemboja dipusara abang daunnya merimbun sekali
manakala kemboja dipusara telah mula berbunga. Selagi daya , kami akan sentiasa
kepusara kalian berdua. Kami dapat rasakan kalian berdua tertunggu akan
kedatangan kami. Biarpun jasad telah dimamah bumi namun kalian berdua tetap ada
di hati kami. Akan kami simpan kemas-kemas kenangan bersama adik…akan kami
satukan bersama dengan kenangan abang. Abang dan adik memang terlalu arkab. Umpama
satu jiwa susah hendak dipisahkan. Hebatnya anak-anak ummi dan abah ini.
Anak-anak ku
sayang …berkat doa saudara-mara dan rakan-rakan ummi kini ummi semakin kuat dan
tabah. Memang benar ummi dan abah adalah insan yang terpilih, insan yang
bertuah…sudah ada bidadari-bidadari syurga yang menunggu akan kedatangan
kami.Anak-anakku sayang…ummi ingin menjadi ummi yang penuh dengan sifat sabar, penuh dengan keredhaan dan ketaqwaan yang mana di
sana nanti ummi boleh memilih mana-mana syurga yang ummi mahu…Kami mahu rumah didirkan untuk kami
disyurga itu yang diberi nama “BAITUL HAMDI”
“Walau setinggi
mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,Damai lah
engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami
semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat putra-putra ku sayang”
Satu kebetulan yang
menakjubkan..
~: abang demam
petang sabtu 22/10/11 selepas majlis perkahwinan rumah makcik Ramlah
~: adik demam
petang sabtu 28/04/12 selepas majlis
perkahwinan rumah makcik Sabariah
~: abang masuk
icu lepas asar petang Isnin (24/10/11)
~: adik masuk
icu lepas asar petang Isnin (30/04/12)
~: abang
menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.25 pagi Selasa
~: adik
menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.25 pagi Selasa
~: abang
meninggal diusia 8 tahun 10 bulan 2 hari
~: adik
meninggal diusia 4 tahun 10 bulan 3 hari
Anak-anakku,
Menjadi Ummi bukan tugas yang mudah
Mendidik, membelai, memberi kasih sayang tanpa jemu
Ketahui olehmu Ummi sayang anak-anak Ummi
Sayang yang tidak berbelah bahagi
Kerana kalian bedua permata hati Ummi
Ummi minta maaf jika Ummi bukan yang terbaik
Kerana Ummi masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus dan sabar menghadapi kerenahmu
Maafkan Ummi untuk segalanya
Maafkan Ummi kerana hilang sabar
Maafkanlah Ummi sayang
*Melahirkan
anak itu sangat berat, kadang-kadang sampai menewaskan ibu yang melahirkannya.
Kepada anak tertumpah harapan di ibu di masa datang. Tapi malang bagi ibu,
anaknya meninggal waktu masih kecil. Sebagai balasan dari Allah, dijadikan-Nya
3 atau 2 anak yang meninggal itu menjadi dinding bagi si ibu dari api neraka,
Kalau ia sabar menerima ujian dari Allah.