BISMILLAHHIRROHMANNIRRAHIM
Hari ini 9/6/2012 ummi,abah dan angah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah hampir 1bulan ½ menginap di rumah tok di Tanjung Api. Walau macam mana sedihnya,pilunya… kami tetap kena hadapinya jua….kerana di rumah ini kami membina kenangan- kenangan indah bersama-sama anak-anak.
Waktu makan malam…masa yang paling seronok..masa anak memulakan cerita-cerita disepanjang harinya baik di sekolah maupun di kelas fardu ain. Selesai makan tugas abah pun mula menyemakkan kerja-kerja sekolah anak-anak. Dan terkadang terdengar suara abah “Abang pensil mana?pemadam mana?kunci rumah ada tak?” sambil menggaru-garukan kepala dan meraba-raba dalam beg sekolahnya. Sampai waktu tidur masing-masing berebut untuk tidur dibilik ummi dan abah tetapi sebelum tidur adik dan abang mesti bergusti terlebih di atas katil sehingga berpeluh barulah mereka tidur…alahai anak-anak ummi…..
Tapi kini semuanya terasa hambar,suram…kosong yang amat sangat…apa yang cuba dilaku semuanya tak kena..makan malam….sesuatu yang sukar digambarkan.. tidak tertelan….waktu menonton? Seolah-olah bersiaran sendiri tiada penonton kerana masing-masing melayan perasaan sendiri.
Gambar-gambar abang dan adik sudah ummi simpan seelok mungkin. Kalau dulu selepas kematian abang …ummi rasa kuat lagi untuk menatap gambar-gambar kalian tapi kini menjelingpun ummi tak mampu. Pakaian kamu berduapun tak sanggup lagi ummi sentuh…berbanding dahulu setiap pagi ummi akan ke almari baju abang dan menciumnya.
Rutin sebelah petang adalah menemani anak-anak bermain-main dan kekadang berbasikal sekeliling taman perumahan. Sekali-sekala abah membawa anak-anak meronda dengan motorsikalnya….tapi kini ianya bertukar …setiap petang ummi dan abah akan ke pusara bernisan biru milik kalian…wahai bidadari-bidadari syurga..Pastinya tika ini kalian sedang bergembira bermain di taman syurga milil Allah..
No comments:
Post a Comment