Monday, 4 June 2012

DAIRI UMMI (SEKADAR MELUAHKAN PERASAAN) (BUKAN TIDAK REDHA DENGAN UJIAN ALLAH)



Hari-Hari Sebelumnya:-

-:)        Selama ini tidak terlintas langsung di benak fikiran ummi bahawa ummi akan di uji dengan ujian sehebat ini…terpaksa berpisah dengan orang yang ummi sayangi dan orang yang sememang terlalu arkab dengan ummi tapi ummi percaya mesti ada hikmah di sebaliknya.Allah itu masa mengetahui segalanya, dan janji-janji Allah itu benar belaka. Angah tidak betah lagi meninggalkan rumah lama-lama aktapun untuk tidur dirumah Tok.tidak mau keluar bermain-main dengan kawan-kawan seperti biasa di mana abang masih ada. Adik menjadi begitu aktif dan garang seolah-olah melepas perasaan yang bersarang dihatinya. Abah saban hari akan pusara abang….kasian abah…terpaksa menahan setiap kesedihannya demi ummi dan anak-anaknya yang lain. Abah terlalu rindukan saat-saat bersama-sama abang….

-:)        Masih segar lagi dalam ingatan ummi dua minggu sebelum abang dijemput pergi, semasa diperjalanan didalam kereta abang bertanya “betul ke ummi bila kita mati nanti kita akan di bin dengan emak kita?” Ummi mengiyakan “kenapa ya ummi” sambung lagi minta kepastian. “yalah dah didunia binkan abah nanti di akhirat bin kan emak pulak baru adil jawap ummi. Lantas abang bersuara dalam gelak “Wahai Muhammad Dzuhil Abqari bin Ruzaini” sungguh lucu kata abang….Rupa-rupa kata-kata abang itu ada maksud yang tersirat. 

-:)        Khamis (20/10/2011), balik dari fardu ain, “ummi hari Khamis depan abang nak bawak duit RM 8.00, cikgu nak beli KFC pastu boleh tak ummi buat pudding?”pinta abang“ok, ummi bagi pada RM 10.00, RM2.00 tu ummi belanja abang ya, abang nak puding apa? “apa-apa aje” jawap abang lalui pergi bermain tanpa menyalin pakaian pakian sekolah. Azan maghrib baru abang balik…terus menonton tv…leka sungguh abang…puas sudah ummi menyuruh abang untuk mandi dan sembahyang maghrib tapi tidak mengedahkannya…sampai tahap kemarahan ummi memuncak..ummi mencapai hanger lalu…..maafkan ummi abang , kesal sungguh ummi bila mengenangkannya……...
Selepas maghrib kita semua keluar makan malam, sekali lagi kesabaran ummi di uji…abang memasang radio telepon bimbit dengan begitu kuat sekali…segala teguran ummi abang tidak mengendahkannya malah abang makin memperkuatkan radio telepon bimbit abang…..tidak dapat ummi nyatakan betapa kesalnya ummi tika ini…….
Setelah selesai makan malam ummi mengikut kawan-kawan ummi pergi melawat salah seorang cikgu yang telah tenat.Ummi balik rumah sekitar jam 12.00 malam, angah dan adik dah pun tidur tapi abang masih lagi menonton tv, kata abang nak tunggu ummi balik.

-:)        Jumaat (21/10/2011) kamu berdua ke sekolah seperti biasa. Ummi terlupa membawa baju fardu ain abang, jadi hari itu abang tidak ke fardu ain. Petang ketika  ummi menjemput kamu 3 beradik balik ke rumah , Ummi dimaklumkan oleh “Ma” yang abang dan ngah bergaduh besar… yang aneh ummi tidak sedikitpun memarahi abang tapi kemarahan ummi hambur pada angah. Sebelum makan makan malam itu abah telah membawa abang pergi gunting rambut…itulah saat terakhir abah membawa abang gunting rambut menaiki motor along. Gembira sungguh abang pada malam itu kerana dapat menaiki motor berdua dengan abah  tanpa gangguan daripada adik dan pada malam itu juga  makan malam abang pun berdua dengan abah . Abang meluahkan rasa tidak sabar untuk ketempat along pada keesokan harinya..rindu katanya…“harap-haraplah along dah jadi baik dengan abang,abang nak sangat main-main dengan along, macam abang Amir tu,  bolehlah abang main ps2 dengan along, mesti bestkan dan lepas pada ni along dah  tak garang lagi dan tak akan marah-marah abang dengan tentu pasal lagi” itulah harapan terakhir abang pada along yang tidak kesampaian.

Hari-Hari Selepasnya:-

-:)        Selasa (25/10/2011) merupakan hari yang tidak mungkin kami lupakan disepanjang hidup kami…… tidak akan sama sekali…Ujian Allah kali ini memang berat sekali untuk kami telan. Tapi tidak siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan ini lah dinamakan Qada dan Qadar…Semua yang hidup pasti ke sana jua akhirnya…Cuma kita insan yang kerdil tidak pernah berada dalam keaadaan yang bersedia…..

 -:)       Rabu (26/10/2011) ummi gagahi jua untuk pulang ke rumah…sebaik sahaja kaki melangkah masuk…ummi ternampak seolah-olah susuk tubuh abang tersenyum memandang ummi. Tanpa ummi sedari air mata jatuh berjurai , ummi meraung sekuat hati di atas katil abang… Ya Allah ini dugaan yang paling hebat dari Mu….Kenduri arwah dan tahlil diadakan di rumah tok.

-:)        Khamis (27/10/2011) kami ke sekolah menghantarkan puding dan duit RM 8.00 
seperti yang di hajatkan oleh abang. Rupa-rupanya abang telah memaklumkan pada cikgu pada hari Jumaat itu(21/10/2011) bahawa abang akan berjalan jauh…..memang jauh sungguh perjalanan abang itu…Cikgu memulangkan kesemua buku dan peralatan sekolah abang dan kertas peperiksaan abang….…“Saya sangat sayang pada emak saya, emak saya pun sangat sayang pada saya, emak saya tidak pernah memerahi saya, emak saya sangat pandai masak…saya sangat sayang emak saya”itulah diantara intisari karangan abang yang bertajuk “EMAK SAYA”. Bagai disiat-siat tika itu perasaan ummi tidak tergamak untuk ummi menghabiskan bait-bait seterusnya. “KASIH SAYANG UMMI TIADA BATASNYA, TIADA SEMPADANNYA TIADA PENGHUJUNGNYA DAN HINGGA KE AKHIR HAYAT…KALAU BOLEH DITUKAR GANTI , BIAR LAH UMMI JAGI MENGGANTINYA….” Tapi itu semua bukan kehendakkan kita, Allah lebih tahu apa yang dilakukan dan setiap apa yang diujinya pasti ada hikmah disabaliknya

-:)        Khamis (3/11/2011) malam Jumaat sekali kenduri arwah dan tahlil diadakan di rumah tok.

-:)        Jumaat (4/11/2011) kesemua kaum keluarga sudah berkumpul di rumah tok kerana hari Ahad umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha…..kesedihan tidak dapat dibendung ….keriuhan tidak sama jika dibandingkan dulu semasa abang  masih bersama kami….

-:)        Ahad (6/11/2011) Hari raya Aidil Adha……takkala ini di hari raya yang lepas-lepas ummi pasti sibuk menyiapkan pakaian untuk anak-anak….raya aidil adha kurang bermakna kali ini tanpa abang di sisi kami. Beginilah kami di tahun-tahun mendatang……..

-:)        Jumaat(18/11/2011) malam Sabtu, sakit kepala ummi datang lagi tidak dapat tidur dengan nyenyak, memangpun sejak abang pergi ummi tak lena tidur…ummi bangun sekitar 4.00 pagi , makan ubat cuba untuk melelapkan mata tapi amat payah…akhirnya tertidur jua…:- Abang sedang leka bermain-main dengan adik didapur rumah tok. Ummi dan emak sibuk memasak tanpa menghiraukan abang yang sedang bermain-main dengan adik ,abang memakai baju kuning upin/ipin bersama seluar trek berwarna biru…tiba-tiba abah datang merangkul dalam pelukkannya mencium seluruh anggota badan abang…puas-puas..tapi tiba-tiba Abang bangun dari pelukkan abah dan berlalu perlahan-lahan menginggalkan kami semua..ummi menjerit memanggil nama abang berulang kali abang menoleh sekita dan terus hilang dari pandangan ummi….ummi menjerit memanggil abang sekuat hati… Ya allah rupanya ummi bermimpi Alhamdulillah termakbul jua doa ummi untuk bertemu dengan abang walaupun sekadar dalam mimpi…

-:)        Khamis (24/11/2011) malam Jumaat majlis tahlil dan arwah diadakan di surau Taman Murni. Alhamdulillah berjalan lancar.Ma Cdah, Ayin Billa, Nabil ,Abang Pik dan Kak Ja turut serta.Jumaat (25/11/2011) genap sebulan abang kembali ke Penciptannya. Ya Allah aku bermohon kepada Kau bagilah aku kekuatan.Anak aku sudah pasti berada dberbahagia di bawah lindungan Mu.

-:)        Untuk sekian kali sepanjang kepergian abang, baru semalam Isnin (27/11/2011) ummi masak untuk hidangan tengahari dan malam di rumah kita…waktu makan sunyi sekali …adik tak mau makan di meja makan…entah kenapa mungkin dia terasa kehilangan sesuatu…agaknya…….. Hati ummi sedikit tenang bila takkala di beritahu betapa untung nya ummi kerana ada anak yang menunggu ummi dipintu syurga malah akan mencari ummi untuk dibawa bersama ke syurga .. anak itu adalah abang..

-:)        Hari ini (29/11/2011) hari yang 34 abang pergi meninggalkan kami semua. Dalam tempoh tersebut tidak pernah sehari pun airmata ummi dan abah tidak mengalir. Ummi bangun seawal jam 4.30 pagi. Ummi akan mengerja solat sunat membaca al quran dan kemudiannya ke bilik abang , membuka almari pakaian abang membelek baju-baju abang , memeluk-meluk dan mencium –cium baju-baju abang.Membetulkan buku-buku abang dan seterus menyelak-nyelak album gambar abang. Lucu sekali gelagat-gelagat abang……rindunya ummi……Begitu ummi setiap hari…Ummi belum cukup kuat rupanya…

-:)        Sabtu (3/12/2011)tengahari kita semua ke K Lumpur tanpa abang (sebelum KL kami semua ke pusara abang terlebih dahulu)… sememangnya selepas ini kemana saja kami pergi tanpa jasad abang tapi abang tetap berada di hati kami semua. Tiada langsung rasa suka di hati ummi sepanjang berada di sana ingatan ummi, sentiasa pada abang,pada pandangan ummi sentiasa nampak abang yang mungkin tidak akan kembali lagi pada ummi..namum demi angah dan adik ummi gagahi jua…

-:)        Isnin (5/12/2011) ummi dah tak sabar-sabar nak balik rumah..rindu yang amat sangat pada perasaan ummi abang sedang menunggu kepulangan kami semua…..(Ya Allah Engkau ampunlah dosa-dosaku ini sekiranya aku ini sudah keterlaluan)

-:)        Rabu (7/12/2011) kami bermalam kat rumah tok…. Tersentuh betul hati ummi bilamana melihat saudara sepupu abang berkumpul, bermain,bergurau sambil makan rambutan. Pada padangan ummi abang ada bersama-sama mereka. Semalaman ummi menangis sampai abah terpaksa berjumpa dengan Ustaz Hazimi mintak air bagi meredakan kesedihan ummi.Ya Allah Ya Tuhan ku , tidak berhenti memohon kepada Nya agar ummi diberi kekuatan dan ketenangan.

-:)        Khamis malam (8/12/2011) kerumah Makcik Ani untuk melihat Pakcik Lan jatuh pokok, rupanya ada majlis harijadi Naim. Maaf…. ummi dengan angah tidak turut serta untuk menyanyikan lagu hari jadi untuk Naim. Tinggal beberapa hari lagi harijadi abang akan tiba…ahkirnya airmata kami berdua mengalir jua….

-:)        Sabtu pagi (10/12/2011)  seperti kebiasaan kami kepusara abang….hujan turun renyai-renyai…balik rumah kekosongan dan kerinduan datang semula….kenangan –kenangan bersama abang datang silih berganti, takkala hujan begini abang dan yang lain sentiasa bermain - main didalam rumah dan makanan tak pernah kurang di dapur. Abang akan minta ummi buat itu dan ini bagi mengisi perut kita semua. Hari sudah merangkak petang diluar hujan masih mencurah ke bumi…tiba-tiba ada satu rasa didalam hati yang menyatakan abang akan balik…ummi tunggu di muka pintu tunggu dan tunggu  tapi bayangan abang tidak kelihatan…Ummi mula tersadar bahawa itu cuma ilusi ummi.Ummi mengucap panjang sambil menangis….Allah lebih sayangkan abang, Abang kini di bawah lindungan Nya. Abang berbahagia sekarang.

-:)        Ahad (11/12/2011) hujan masih turun dengan lebatnya, seawal pagi ummi sudah bangun menyediakan sarapan pagi. Doa ummi agar hujan akan berhenti sekejap lagi.
Selepas asar kami ke pusara abang dalam hujan yang renyai-renyai….Pada Allah ummi mohon diberikan kekuatan agar ummi dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang walaupun tanpa abang disisi ummi. Ummi tidak dapat menahan air mata ini dari terus membajiri kelopak mata ummi…Setiap malam ummi sentiasa dibayangi dengan karenah-karenah abang….ditelinga ummi sentiasa dibisikkan dengan suara-suara manja abang…..

-:)        Isnin (12/12/2011) petang ummi,abah dan angah ke pusara abang, setiap kali ummi ke pusara abang hati ummi menjadi begitu tenang sekali…abah setiap hari ke pusara abang…Angah berubah sikap yang sangat ketara…tidak mau berenggang dengan ummi dah abah, tidak mau ditinggalkan, tidak mau bermain-main, dunia nya hanya di rumah sahaja.

-:)        Rabu (14/12/2011) perasaan itu datang dan datang lagi…..hanya air mata sahaja menawarnya…..Ya Allah aku perlukan kekuatan itu dan Kau berikannya pada ku agar dapat aku menjalani kehidupan yang mendatang dengan lebih tabah walaupun tanpa dia disisku…………………..

-:)        Jumaat (16/12/2011) hujan yang turun tidak menghalang ummi dan abah ke pusara abang…..kecil sungguh hati ummi dengan tingkah laku along yang lebih mementingkan kawan-kawan dari keluarga sendiri…

-:)        Isnin (19/12/2011) adik demam, mungkin kerinduannya pada abang kerana sepanjang hari semalam adik asyik membuka almari baju dan peralatan abang. Baiknya adik kerana dia tidak sedikitpun mengusik barang-barang abang…..Cuma memandang sepi setiap barangan abang…entah apa yang bersarang dalam fikirannya ummi pun kurang pasti. Kami bawa adik ke klinik…..adik lemah sekali..terpaksa di x-ray sebanyak 2 kali. Kata doctor paru-paru adik ada jangkitan kuman…hati dan perasaan ummi sedikit bergetar…Ya Allah aku mohon sekali pada Mu , Kau selamatlah anak ku dari sebarang penyakit yang memudaratkan…..Kelengkapan sekolah angah telah ummi sediakan..tapi ummi rasa ada satu kekurangan dalam menyediakan kelengkapan sekolah, tidak sepaerti tahun-tahun sebelumnya….semasa ada abang, kerana abang lebih ghairah untuk membeli kelengakapan sekolah…

-:)        Selasa (20/12/2011) ummi dan abah tidak pernah jemu untk ke pusara abang, hujan renyai-renyai damai sekali kami rasakan bila berada di pusara abang,….ummi semakin kuat dan ummi kena kuat,..dari zahir dan batin ummi mesti ada persiapan yang sebaik mungkin untuk bersama-sama abang….abang tetap setia menunggu kedatangan ahli keluarganya yang lain untuk bersama abang. Abah dengan sabar akan membersihkan pusara abang disediakanya tempat duduk untuk kami disisi pusara abang……………dan ummi akan sering mencoretkan sesuatu apabila hati dan perasaan minta berbuat demikian.

-:)        Rabu (21/12/2011), izinkan ummi untuk terus mencoret apa yang sedang bermain-main di minda ini. Ummi mau ianya menjadi satu kenangan terindah dalam hidup ini kerana pernah memiliki anak sebaik , semanis dan senakal abang. Abang tetap anak ummi dan abah yang mungkin tiada gantinya. Ummi mau semua ahli keluarga kita tahu yang abang pernah wujud di kalangan kami semua…kalau boleh ummi tidak mahu saat-saat abang bersama kami hilang begitu sahaja..akan ummi akan persembahkan setiap coretan ummi untuk tatapan along, angah dan adik suatu hari kelak….biar ingatan mereka terhadap abang terpahat kuat di hati dan minda mereka. Tinggal 2 hari lagi untuk ummi menempuh hari itu(hari jadi abang) moga ketabahan , keredhaan , ketakwaan dan kekuatan sentiasa bersama ummi…

-:)        Khamis (22/12/2011) sengaja ummi memohon bercuti hari ini, kerana ummi mahu membeli keperluan untuk majlis kenduri tahlil arwah esok kalau boleh ummi mahu semua berjalan dengan sempurna sekali. Ummi membawa angah dan adik untuk ke pusara abang pada pagi itu. Hati ummi begitu terhiris sekali kerana semenjak along balik belum sekali  pun along ke pusara abang. Along masih seperti dulu, tiada nampak tanda-tanda dia untuk berubah… syukur alhamdulillah Allah menjemput abang terlebih dahulu sebelum diri abang dipalut dengan dosa-dosa di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Allah itu maha mengetahui…

-:)        Jumaat (23/12/2011) “Selamat hari jadi abang”………..(yang 9 tahun) .Air mata ummi tidak dapat ditahan-tahan lagi bergitu deras sekali ianya mengalir, makin diseka makin laju ianya berjurai….hati jadi tidak keruan…Rasanya tidak puas mencium dan memeluk baju-baju abang didalam almari, tidak puas menatap rupa paras abang didalam album foto abang, tidak jemu untuk mencuba setiap permainan abang yang ditinggalkan……...kura-kura abang sudah semakin membesar dan jinak. Rasa rindu tidak dapat dibendung lagi…akhirnya ummi meraung jua didalam bilik ummi.Ke pusara abang hanya berdua dengan abah saja….sedikit lega dapat melihat dam memegang batu nisan itu….seolah-olah memegang tubuh abang sendiri….dihujung pusara kelihatan susuk tubuh abang sedang berdiri sambil tersenyum memadang ummi dan abah. Manis sungguh senyum abang, lengkap berjubah putih dan berketayap….Majlis tahlil abang berjalan bergitu sempurna sekali…ramai jiran-jiran dan saudara mara yang datang membantu….Semuga abang tenang dan damai di sana sementara menanti kedatangan kami semua……
Hari Jadi Terakhir Yg ke 8 tahun
                
-:)        Sabtu (24/12/2011) sebelah petang baru berkesempatan ke pusara abang setelah selesai kerja-kerja membersih rumah setelah majlis tahlil abang. Hari ini kami membersih pusara abang, abah kalau boleh tidak mahu melihat sehelai daun kering berada di pusara abang. Angah dan adik pun turut sama membersihkan pusara abang.


-:)        Isnin (26/12/2011) awal pagi lagi kami kepusara abang…membersihkan dan membuang daun-daun kering , abah telah menambah 2 lagi tempat duduk dipusara abang semuanya jadi 4 cukuplah untuk abah,ummi,angah dan adik…Along…….entah sampai sekarang masih belum sudi kepusara abang…..Agak lama juga kami dipusara abang..tenang dan damai rasanya .ummi masih ternampak-nampak susuk tubuh abang sedang berdiri sambil tersenyum memadang pada kami…. lengkap berjubah putih dan berketayap Ya Allah bagi kami semua kekuatan untuk menempuh setiap dugaan dari Mu…

-:)        Selasa(29/12/2011) Angah demam dan lelah , ummi tau apa yang bersarang dihati angah, tapi angah tidak mau meluahkannya ….dia menyimpan kemas-kemas rasa rindunya pada abang….

-:)        Rabu (28/12/2011) pagi ini ummi dikejutan apabila terdengar bisikan-bisikan manja persis suara abang…..serta-merta kenangan terakhir bersama-sama abang terus berligar-ligar dikotak minda ummi…setiap ulas kata yang keluar dari mulut mongel abang begitu jelas sekali menusuk ke gegedang telinga ummi….Betapa ummi cuba menghindari suara-suara itu namun makin rancank dia datang bertandang…..tidak keruan jadinya, apa yang boleh buat hanya menangis dan menangis dan seterus berzikir……..AlFatihah untuk abang. Tengahari ummi dan abah mendaftarkan sekolah unutk adik…..Adik memilih bersekolah di Bukit Sekilau berdekatan sekali dengan pusara abang. “Nanti lepas balik dari sekolah boleh terus pergi ke rumah abang”kata adik…terharu sungguh ummi dan abah mendengarnya….Adik terlalu rindukan abang…saban hari dia akan bercerita tentang mimpi-mimpinya yang bertemu dan bermain-main dengan abang……..“Ummi kenapa abang meninggal dulu?...adik memecahkan kesunyian pada malam itu………“kerna Allah lebih sayangkan abang” “kenapa Allah sayangkan abang?” “sebab abang budak baik” “adik baik tak ummi” soal adik lagi “baik sangat-sangat” “tapi kenapa adik tak meninggal lagi macam abang, adik nak pergi kat abang nak jumpa abang, adik sayang abang…” adui…bagai putus tangkai jantung ummi….adik…. janganlah mintak yang bukan-bukan…….semua diantara kita sayangkan abang…..
Along masih belum dengar khabar beritanya entah dimana…lara sungguh hati ummi dibuatnya…..

-:)        Khamis (29/12/2011) hujan masih membasahi bumi Allah ini. Pagi ini ummi ke pusara abang bersama-sama Makcik Ina dan Makcik Ayu. Sebelah petangnya ummi ke pusara abang bersama-sama abah, ummi tidak pernah jemu-jemu ke pusara abang, senang sekali dapat mengusap-ngusap pusara abang… adik masih bercerita tentang abang…rindunya pada abang tidak boleh disimpan lagi…. Kalau boleh dia ingin segera ke tempat abang… dalam perjalanan balik dari rumah tok dia mengharap ada kereta yang akan melanggar kereta kita..dan kita semuanya mati dan boleh ditanam berhampiran dengan abang dan kita semua akan bersatu kembali bersama-sama abang di tempat abang berada sekarang….sayunya hati ummi  bila mendengar harapan adik itu….tanpa disedari air mata kami menitis jua…..

-:)        Jumaat (30/12/2011) seperti kebiasaan di pagi Jumaat ummi dan akan ke pusara di awal pagi lagi.

-:)        Sabtu  (31/12/2011) tahun 2011 akan melabuh kan tirainya tak berapa lama lagi… 2011 akan meninggal kita semua dengan berbagai kisah suka dukanya. Semuga tahun yang mendatang kelak akan ummi tempuh dengan lebih bertawaduk, dengan keimanan dalam mendidik anak-anak dan berusaha menjadi ibu dan isteri yang lebih baik. Insyallah.


No comments:

Post a Comment