Bacaan Yassin dan Al Fatihah ummi hadiahkan buat adik....berbahagialah adik di "sana" di bawah lindungan Nya
Amin
Hari ini 28/6/2012 merupakan hari jadi adik yang ke 5 tahun..ummi
cuba utnuk tidak menangis tapi gagal…apatah lagi baru setika tadi ummi terima
bungkusan hasil kerja adik dan.buku-buku sekolah .Ummi membelek satu persatu
buku latihan adik…pandainya adik menulis dan melukis…kemas tulisan adik dan
comotnya bila adik mewarna…setitk demi titik air mata mulai jatuh..makin lama
makin laju tanpa dapat di tahan lagi…rimdu semakin membuak-buak…lantas ummi
mengambil buku-buku adik ummi dan
menyimpannya, tidak tertahan lagi rasanya untuk terus menatap hasil kerja adik
itu.
Tadi pagi ummi menjenguk ke bilik along di rumah tok…terpandang
kura-kura kepunyaan abang… merayap lambat didalam bekasnya…(along tempatkan di
dalam bekas berwarna biru..warna kegemaran abang) dan di satu sudut terlekat
elok basikal adik dan selipar-selipar adik tersusun kemas…tersentuh sungguh
hati ummi…pastinya alongpun begitu merindui kalian berdua…
Semasa hayat adik…sering bertanya pada ummi bila hari jadi…adik mengimpikan
pada hari jadinya diraikan bersama-sama rakan sekolahnya..malah adikpun telah meminata
mama (ibu saudara) buatkan kek angry bird. Adik nak belon yang banyak, adik
juga meminta abah belikan basikal sebagai hadiah harijadinya (sama permintaan
abang) adik memang tak sabar-sabar menanti hari keramat itu. Tapi apakah daya
kita hanya mampu merancang Allah jua yang menetukannya…seperti abang…adik
dijemput pulang oleh Illahi sebelum sempat menyambut hari jadi yang ke 5.
Dik…kami akan mengada majlis tahlil buat adik pada hari Sabtu
bersamaan 30/6/2012 bagi menggantikan majlis hari jadi adik. Akan ummi
menjemput teman-teman sepermainan adik dan juga rakan – rakan sekolah adik.
Tapi dik…kek angry bird tidak ummi sediakan…..tidak sanggup rasanya untuk kami
melihat yang menjadi impian adik itu
Anak ummi sayang ….tentu saat
ini adik sangat-sangat berbahagia di “alam sana”..di bawah lindungan Nya…di
bawah Rahmat Nya…Bermain-main bersama-sama abang dan juga dengan bidadari
syurga yang lain. Semuga kami di sini juga sentiasa dirahmati dan diberkati
Nya. Insyallah
Sayang hingga ke akhir hayat
"UMMIMDAZA"28/6/2012..10.50pm
No comments:
Post a Comment