Monday, 4 June 2012

LAHIRNYA INSAN TERISTIMEWA MUHAMMAD DZUHIL ABQARI BIN ZAINAL ARIPIN




:-          Dilahirkan di KMC Kuantan pada 23/12/2002 tepat jam 3.00 petang pada hari Isnin bersamaan 18 Syawal seberat 3.6 kg  .
:-          Membesar seperti bayi –bayi normal yang lain, sihat cergas tanpa sebarang penyakit yang membimbangkan. Di antara adik beradik yang lain Abqari adalah yang paling sihat baik dari tubuh badan mahu kesihatan. Ketika usia 6 bulan baru mula pandai meniarap,merangkak seterusnya ketika berusia 1tahun 3bln baru mula pandai berjalan(agak lambat sedikit berbanding dengan adik beradik yang lain).
:-          Sekitar umurnya 1 tahun lebih Abqari pernah hampir lemas didalam baldi ketika mandi bersama-sama Angah….Alhamdulillah dapat di selamatkan dengan pantas pada tika itu. Abqari anak yang sangat manja,lincah, petah bercakap, mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Abqari sangat rapat dengan abah sehingga tidak boleh melihat kelibat abah, Abqari pasti menanggis minta didukung.
:-          Seawal umur 4 tahun Abqari pernah di hantar untuk bersekolah tadika bersama-sama Angah, tapi dia tidak betah, tidak sampai seminggu hati ummi dan abah menjadi begitu pilu dan sebak setiap Abqari menanggis dan merayu agar dia tidak di hantar ke tadika. Ummi dan abah akhirnya akur dangan kemahuan Abqari.
:-          Ummi mengandung lagi  ketika usia Abqari  4 tahun lebih dan orang yang gembira adalah Abqari kerana dia bakal menjadi “abang”.dan bermula dari saat itu dengan rasminya Abqari membahasakan dirinya dengan panggilan “Abang”. Pada tahun yang sama juga Abang dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam yang berpanjangan dan pendarahan dalam hidung. Hidungnya dilaser.
:-    Tiba masanya saat ummi untuk melahirkan Abang begitu gembira sekali dan kegembiraan itu abang ingin berkongsi bersama dengan Makcik Na(salah seorang jiran yang amat rapat dengan keluarga kita). Abang  meluru keluar dari rumah melintas jalan untuk ke rumah Makcik Na, abang melintas tanpa menyedari ada kereta lalu di situ, dan sekali abang terselamat. Hushh…kalau tidak……
:-      Dari masa ke semasa suasana rumah kita menjadi bertambah meriah dan riuh rendah dengan tawa gelak , guruan, tangisan anak-anak yang seramai 4 orang. Abang membesar seperti kanak-kanak yang lain. Semasa abang berumur 6 , ketika tinggal beberapa hari lagi umat islam hendak menyambut aidil fitri….abang jatuh dari kerusi lalu tangan abang patah (dirumah Ma Shidah, majlis berbuka puasa) kesian abang….Dan sekali malang menimpa abang apabila sebiji kereta Mez hampir melanggar abang ketika hendak melintas jalan untuk segera mendapatkan abah baru tiba di depan Big 10 Air Putih
:-        Tahun 2009 abang melangkah ke alam persekolahan. Tidak ada sebarang masaalah di awal persekolahan . Abang seorang murid yang baik, disebabkan kebaikannya ramai kawan-kawan mengambil kesempatan ke atas diri abang. Kesian Abang selalu dipermainkan oleh rakan-rakan sekolahnya. Dan pada masa yang sama juga penyakit pendarahan hidung abang kembali berulang lagi.
:-          Saat yang paling gembira bagi abang apabila dia lantik sebagai Ketua kelas semasa abang dalam darjah 2. Abang adalah seorang anak yang agak nakal jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain tapi kenakalan hanya dikalangan adik beradik serta keluarga yang terdekat sahaja. Tetapi jika bersama-sama kawan-kawan abang selalunya mengalah ataupun menurut saja apa kehendak kawan-kawannya. Mungkin disebabkan itu abang melepaskan perasaannya ketika dirumah.
:-          Pertengahan bulan Januari 2011, abang jatuh dan terkena dawai pagar surau luka di bahagian muka , kena tiga jahitan. Abang…abang…nakal tidak nampak di mata kasar kita semua. Abang merupakan anak yang taat ke sekolah…abang akan hanya tidak ke sekolah kalau keadaan betul-betul tidak mengizinkan.
:-          Pada 28/6/2011 abang sekali di masukkan ke hospital kerana pendarahan hidung yang amat serius. Sekali lagi hidung abang terpaksa di laser…..Dan selepas pada itu abang tidak lagi serang sebarang penyakit maupun demam. Pada bulan puasa abang diserang sakit gigi yang amat sangat. Abah membawa abang ke klinik gigi, rupanya bukan yang bermasaalah tapi gusi abang membengkak. Abang tinggal puasa selama 2 hari dan berjanji untuk menggantikannya selepas hari raya. Persiapan raya kali abang kata abang nak beli baju dan kasut yang mahal-mahal…dan kami akur dengan permintaan abang..dan duit raya yang abang dapat abang nak beli kereta remote yang besar dan mahal dan itu pun kami akur juga dan dengan duit raya itu juga abang telah membeli seekor kura-kura kecil untuk dijadikan binatang peliharaan.
:-          25/10/2011, jam 9.30 (di temapat sama dimana dia dilahairkan iaitu KMC) masa amat memilukan dan menyedih pun tiba…..Janji Allah itu benar belaka…Cuma kita sebagai hambanya begitu leka dan alpa dengan petanda-petanda yang diberikan. Dan pada tarikh keramat inilah ,insan yang teristimewa dan dan yang terpilih “Muhammad Dzuhil Abqari bin Zainal Aripin” dijemput oleh penciptanya setelah  dipinjamkan dan diamanahkan kepada kami selama
 8 tahun 10 bulan 2 hari. Muhammad Dzuhil Abqari bin Zainal Aripin pergi  buat selama-lamanya dengan aman dan tenang  dalam pangkuan  Ummi, setelah mengidap demam dan serangan virus selama 3 hari 3 malam. Seperti mana abang lena setiap kali dalam dakapan ummi  begitu juga lenanya abang saat kepemergian  ke alam bazakh yang kekal abadi.
:-          Kini pusara abang di Hutan Setali menjadi kunjungan kami disetiap petang ataupun disetiap waktu kelapangan. Hanya iringan Al Fatihah dan doa-doa yang sentiasa kami utuskan buat abang  tersayang dan yang teristimewa dalam hidup kami. Tidak akan kami lupakan untuk menceritakan betapa kami amat bertuah dan berbangga mempunyai anak yang semanis,selincah dan sebijak Muhammad Dzuhil Abqari bin Zainal Aripin. Damailah anakanda tersayang dibawah lindungannya, dan nantilah akan kedatangan kami untuk bersama-sama mu di sana kelak Insyallah. 
Walau setinggi mana kasih sayang kami, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


“AL-FATIHAH”  





2 comments:

  1. Semoga bidadari syurga bahagia Syurga Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bidadari syurga menanti kedatangan ummi dan abah

      Delete