Hari ini(24/11/2011)
ummi rasa terpanggil untuk mencoretkan
sesuatu yang tersirat di hati ummi.
Entah mengapa rasa rindu ummi pada abang tidak dapat dibendung lagi. Esok (25/11//2011)
genaplah sebulan abang meninggalkan ummi, abah , along, angah , adik dan juga
saudara mara kita. Hampir semua orang yang rapat dengan keluarga kita terasa
kehilangan abang……
Abang… bila kami
pulang ke rumah…. Terasa amat sangat kehilangan, mana perginya riuh piruk yang
selama ini menjadi hiburan di rumah kita. Abang yang selalu mengusik adik,
menyakat angah dan juga selalu bertanyakan pada ummi apa hidangan kita pada
malam ini. Baru ummi perasan sejak kebelakangan ini sebelum ALLAH menjemput
Abang pergi, abang sering makan bersendirian mendahului pada kami semua, kata
abang, abang tak tahan lapar sangat.Hari Jumaat(21/10/11) malam ummi masak
gulai lemak ikan baung dan cuma ada seekor udang galah yang ummi masak bersama
ikan, entah kenapa udang itu ummi hanya hidangkan untuk abang seorang saja
tanpa pengetahuan angah dan adik padahal ummi tau mereka berdua juga memang
menyukai udang galah, rupa-rupanya itulah hidangan makan malam dan masakan ummi
yang terakhir untuk abang…
Sabtu pagi (22/10/2011)sebelum
kita bertolak untuk melawat along di Gombak, abah membawa kita bersarapan di
Restoran Aliff, abang kata abang teringin makan nasi daun pisang tapi waktu tu
pagi nasi daun pisang belum disediakan lagi dan berjanji akan makan setelah
balik dari Gombaki. Ummi memesan 5 keping roti canai kosang 1 keping roti telur
dan tosai seperti kebiasaan 2 teh tarik dan 3 milo tarik (memang kegemaran
abang) tiba-tiba abang kata abang nak teh tarik dan tak nak milo tarik, pada
kebiasaan abang akan makan roti canai 2 keping tapi kali ini satu kepingpun
abang tak habis.Sesampai di rumah sementara untuk mengambil beg pakaian abang
kata abang sakit dada ummi urut dada abang dan ummi sapu minyak. Kita tetap
juga ke Gombak untuk melawat Along. Aki dan Tok turut serta dengan kita, Abang
duduk di tempat duduk belakang sekali kereta Axora abang kata abang letih dan nak
baring. Sepanjang perjalanan ke Gombak abang tak banyak cakap dan badan abang
mula panas, ummi bagi makan ayam Kentucky
yang sememang ummi bekalkan itupun abang tak habis makan.
Kita sampai di
Gombak sekitar jam 6.45 petang.Semua orang sibuk memunggah barang-barang ke
bilik tiba-tiba abang tidak ada, rupa-rupanya abang masih di parking kereta tertidur
atas kerusi abang demam, malam itu ummi bagi abang makan ubat demam adik.Kita
semua tidur awal.. ummi sakit kepala, abah keluar dengan along…tiba-tiba abang
kejutkan ummi abang nak nak muntah disebabkan sakit kepala ummi belum hilang ,
ummi menyuruh abang bangun sendirian pada malam itu, abang muntah berulang
kali.
Keesokan harinya(Ahad
23/10/2011) abang dah tak lalu makan ummi dan abah membawa ke klinik Gombak
doctor kata abang demam biasa aje kurang air. Sampai ke bilik ummi terus bagi
abang makan ubat demam abang kebah.. tapi keadaan masih macam tu juga… lemah, malamnya abang mula berak tanpa henti sampai ke pagi Isnin,
tanpa lengah lagi kami bersiap-siap untuk balik ke Kuantan. Sepanjang berada di
Gombak abang tidak menjamah sedikitpun makanan hanya minum air masak saje itupun
cuma sedikit.
Sesampai di
Kuantan kami terus ke KMC keadaan makin lemah dan berdiripun tak mampu . Abang
dak tak kenal ummi,abah dan orang sekeliling, tak boleh bercakap doctor kata
mungkin virus nak mula merebak ke otak. Abang di masukkan ke ICU ,air mata ummi
tidak berhenti mengalir,”Ya Allah kau selamatkan anak aku, aku
bersedia menerima walau macamana keadaannya tapi jangan kau ambik anak aku”
tidak berhenti berdoa.Saudara-mara kita telah mula ramai yang datang melawat
abang. Setelah ubat demam dan antibiotic diberi.. alhamdulillah abang mula
boleh bercakap semula dah mula memanggil ummi dan abah. Pada malam itu 2 orang
mak saudara .
yang di panggil “emak” dan “ma” menemani disepanjang malam itu , abang tak henti bercakap, abang
sakit perut, bisa badan, dan kaki, abang lapar, abang haus tapi abang tak boleh
makan dan minum nanti abang muntah.Abang akan muntah mengeluarkan cecair
berwarna kehitaman, abang muntah berulang kali.
“Abang nak peluk ummi”
Tanya ummi, muka abang nampak ceria seketika sambil mengganggukkan kepala dan
bertanya ummi kembali “boleh ke ummi ?” “kenapa
tak boleh ” jawap Ummi. Dengan
segera abang mengarah kan jururawat untuk menurunkan pengadang katil bagi
memboleh ummi naik ke atas katil, abang beralih ketepi sedikit dan menarik
wayar-wayar yang ada pada badan abang dan menyapu –nyapu tempat di mana ummi
nak ber baring. Abang peluk dan cium seluruh muka ummi dan meraba seluruh badan
ummi puas-puas.Kemudian abang meminta ummi untuk mencium abang puas-puas dan meminta ummi untuk untuk memeluk abang
sehingga abang tertidur,kata abang “ummi
peluk aje, jangan tepuk kerana badan
abang sakit” sayu bunyinya…. tapi abang
tetap juga tidak boleh tidur… Ya Allah ini rupanya pelukkan terakhir ummi untuk
abang.
Kita berselawat sama-sama sambil ummi
menitiskan air mata,abah dan ma pun turut mengangis sama, abang kata “ummi dan abah jangan nangis ya, kalau ummi
dan abah nangis abang pun nangis,
abang tak boleh buat ummi ngan abah sedih”. Tapi abang …..hati ibu mana
yang tahan melihat anak yang dulunya lincah menjadi sebegitu lemah. Kata abang lagi “doa
ibu dasyatkan ummi…boleh tak ummi doakan untuk abang…” .ummi mengeratkan pelukkan… sebak…ummi selalu mendoakan untuk
anak –anak ummi.Sebelah dari badan abang bertukar menjadi kuning.Di mulut abang
tidak terhenti mengucap kalimah Allah dan sesekali membaca Al-fatihah berserta
dengan maksudnya sekali…dan tiba-tiba
abang merintih kesejukan dan meminta ummi memanggil adik untuk tidur bersama
abang… maafkan ummi abang, adik ummi dah hantar balik ke rumah tok , lagipun
jam sudah menunjukkan pukul 3.55 pagi mana mungkin adik boleh bersama abang
waktu sebegini.
Abang kata abang
letih nak tidur tapi tak boleh kerana ada suara-suara yang berbisik-bisik di
telinga abang dan dengan tidak semena-mena abang bersuara “Ya Allah sesungguh aku ini
memang budak kecil tapi aku menyembah Mu
Ya Allah”, orang yag berada disekeliling tersentak.Setelah badan abang dilap
seawal jam 5.30 pagi keadaan abang makin bertambah lemah seluruh badan abang
bertukar menjadi lebam-lebam, ummi tinggalkan abang sekejap untuk mengerjakan
solat subuh, dan datang kembali ke bilik icu, takkala abang memandang ummi ,
abang tersenyum dan berkata
“.. ummi ada, abang ingatkan ummi marahkan abang, abang mintak maaf ya
ummi abang tak sengaja tersepak ummi…abang minta maaf banyak-banyak.” Abang ucap dengan
berulang kali “Tak , abang tak sepak
ummipun…” kata ummi sebak..
Makin lama
keadaan abang tambah lemah, ummi mesti kuat takkala ini abang memerlukan ummi.
Ummi naik atas katil berbaring disisi abang dan ummi dodoi kan abang dengan selawat-selawat, "Ummiiiii
Abahhh!!!". Suara abang
perlahan dan amat sayu bunyinya abang bernafas semakin perlahan,perlahan dan
perlahan dan akhirnya abang mendongak
seketika memandang ummi dan kedua-dua tangan diangkat seolah-seolah mengakat
takbir dan seterusnya abang pergi untuk selama-lamanya dalam pangkuan ummi
tepat jam 9.30 pagi selasa . .Tanpa
disedari ummi jatuh dari katil badan lemah longlai jadinya…..pengsan….
"Abang….., hari ini, waktu ini, ummi redhakan abang pergi. Ummi
halalkan segala makan minum abang. Ummi halalkan air susu ummi untuk abang.
Pergilah abang. Ummi izinkan…abang pergilah dengan keredhaan ummi…
Dari Mu dia
datang dan kepada Mu jua dia dikembalikan….. Di luar bilik icu terdengar
suara-suara esakan dari saudara mara kita. Angah dan adik tidak dapat menahan
rasa sedih lalu meraung sekuat hatinya… kerana kamu bertiga sememang terlalu
rapat dan pemergian abang amat mengejutkan sekali.Abah menjadi tidak keruan…..anak
kesayangnya dijemput dalam masa begitu singkat sekali….dalam usia abang yang
bakal mencecah 9 tahun .Tiada siapa boleh menolak ketentuan Tuhan.
Kata doctor
penyebab kematian abang adalah kerana virus telah menyerang organ dalaman
begitu cepat .Jenazah abang kami bawa balik ke rumah tok di Tanjung Api.Ramai
sungguh saudara mara dan sahabat andai menunggu ketibaan jenazah abang.Jenazah
dimandikan dan disembahyang sebaik selesai azan Zohor.Kami terpaksa menunggu
kepulangan along dari Gombak untuk melihat dan mencium abang untuk kali
terakhir sebelum abang di bawa tanah perkuburan. Rasa sebak sekali takkala
along tiba, Along tidak dapat menahan sebak nya apabila menatap abang kali
terakhir.Along seolah-olah tidak percaya yang sekujur tubuh itu adalah abang.Di
satu sudut along meraung semau-maunya.
Kini abang
selamat disemadikan diperkuburan Hutan Setali. Bila ada kelapangan ummi, abah
dan adik akan pusara abang. Setiap kali selepas solat ummi tak lupa sedekahkan
al- fatihah dan berdoakan semuga Allah temukan ummi dengan abang dalam mimpi
–mimpi ummi, agar terubat rindu walaupun sekadar dalam mimpi. Pada kami abang
tetap di hati kami untuk selama-lamanya.
Terlalu banyak
kenangan kami dengan abang, bila makan kat luar, tiada lagi yang akan memesan “mee petak dalam pinggan(keuw tiau lakna)
atau mee petak dalam mangkok”(keuw tiau tomyam) yang
sememang menjadi kegemaran abang. Tiada lagi yang menemani angah dan adik menyanyi
atau berzikir dalam kereta sepanjang perjalanan. Tiada lagi yang bertanya
berapa pahala yang dia dapat pada hari itu, Tiada lagi yang berebut untuk
membuang sampah bagi mengutip pahala.Tiada orang yang bertanya setiap kali
bangun pagi “ummi..ummi masak apa pagi
ni abang laparlah…”dan setiap
petang setiba di rumah selepas balik dari fardu ain yang bertanya “ummi..
ummi dah masak ke belum abang laparlah…..” kerana abang merupakan seorang
pemakan.Ya Allah rindunya ummi untuk mendengarnya kalimah-kalimah itu,tapi
ianya mungkin tidak berulang lagi….Tiada siapa lagi yang akan menemani abah
minum teh tarik di kedai Pak cik Tar dan menonton tv sambil bergusti pada waktu
malam,tempat yang paling abah suka gigt ialah dibahagian punggung kata abah tempat itu agak berisi…geram… dan abang
akan menjerit kesakitan, begitulah abah, abang dan adik setiap malam sebelum
masuk waktu tidur.Yang paling ummi dan
terasa tiada lagi kedengaran suara ummi memanggil bagi mengejut anak-anak untuk
ke sekolah.Abah pasti rindu untuk mengelapkan badan abang bila setiap kali selesai mandi. Membetulkan kacing
baju sekolah atau pun membetul stoking sebelum abang ke sekolah.Tiada lagi ciuman
dan salam untuk ummi dan abah sebelum abang melangkah ke sekolah. Tiada lagi
yang akan menemani dan menunggu angah setiap pergi dan balik dari sekolah.Adik
pasti rindukan oleh-oleh dari abang setiap kali balik sekolah dan tiada siapa
lagi yang akan membeli ice blander untuk adik…Kura-kura kecil yang abang beli
mengguna duit raya dulu sudah semakin membesar abah tidak pernah lupa untuk
memberikan ianya makan.
Ummi dengan abah
hampir tersentak semasa kami masuk ke bilik abang tergantung di dinding lukisan
kantun abang(abang memang pandai lukis).Kata angah, abang lukis hari Jumaat
(21/10/2011), abang lukis wajah along, abang dan adik tiga orang hero ummi dan
abah tersentuh sungguh hati kami.
Abang… semua
barang-barang mainan , pakaian dan buku kepunyaan abang ummi simpan seelok
mungkin…
Terlalu banyak …
kenangan kenangan itu.
23/12/2011 genaplah usia abang 9 tahun, janji
ummi dan abah pada harijadi abang nanti
kita nak buat majlis khatan sekali…dan
sebagai hadiah abah berjanji nak belikan basikal baru bagi menggantikan basikal yang sejak kebelakangan ini sering saje
pancit.Abang nak basikal PC..warna biru(warna kegermaran abang).tapi itu hanya
perancangan awal kita Allah yang
menentukan segalanya dan insyallah ummi dan abah akan buat majlis tahlil pada
hari tersebut dan menjemput semua kawan-kawan abang.Insyallah
Dan bila sampai
waktu dan ketikanya kami jua akan ke
tempat abang. Ummi tau abang akan sentiasa menunggu kedatangan kami untuk bersama-sama abang. Abang telah di takdirkan menjadi ahli
syurga yang akan membantu ummi di sana
nanti. Ummi adalah antara insan istimewa
dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Ummi amat bersyukur dengan
kehadiran abang walaupun hanya seketika dipinjamkan dan diamanahkan kepada
ummi.. insyallah ummi akan menjadi lebih sabar, akan lebih bertawadhuk, dan lebih
dengan keredhaan selepas ini.
Bersemadilah anakku
sayang disana dengan tenang dan amannya.Sedalam manapun kasih dan sayang kami
pada abang , tapi tidak dapat menandingi kasih dan sayang Allah pada abang. Itulah hakikat yang mesti
kami semua kena terima dengan rehdanya pasti ada hikmah disebaliknya…….Al
Fatihah Amin…………
“Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah
lebih berhak menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan
kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita”
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita”
Permata hati ummi dan abah: angah, arwah abang dan
adik
Coretan
hati seorang ibu yang baru kehilangan anak
Salam 1 M’Sia.
Ruzaini Harun
Pembantu Tadbir
(Panjar Wang Runcit)
TNB Kuantan
09-5155664
Ya Allah rindunya....
ReplyDeleteuntung akak kerana mempunyai saham akhirat..moga akak terus tabah..kehilangan itu perit..
ReplyDeleteSemoga Allah memberikan kekuatan yg berpanjangan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga Allah pertemukan kembali di dalam takdir yang paling baik
ReplyDelete