Bismillah :-Segala Puji bagi Allah, tuhan penguasa hati,,,
Hari ini rasa itu datang lagi puas
ditepis, tapi makin ditepis makin galak ianya datang...dan datangnya
bersama-sama memori-memori indah,suka, duka,tawa dan tangis bermain di depan
mata umpama menyaksikan cerita di layar perak.Ya Allah berat sungguh dugaan ku ini...belum
sempat memori-memori bersama abang kutip semua untuk disimpan kini memori
bersama adik pulak yang dan menerjah. Masih jelas di telinga ini, terdengar
suara manja putra-putra ku memanggil-manggil namaku”ummi..ummi”...merengek-renget
meminta itu dan ini..merayu-rayu untuk diusap-usapkan sebelum tidur. Dan di
setiap waktu tidurku aku terjaga mencari-cari sesuatu yang satu ketika dahulu
selalu bertenggek di lengan ku ini. Malam ku rasakan terlalu panjang...segenap
ruang rumah ku terasa kekosongan yang amat sangat. Tiada lagi mainan yang
bertaburan dilantai,buku-buku dan alat tulis juga sudah tidak kelihatan..kasut
dan selipar tersusun rapi seolah-olah rumah ini tiada penghuninya.Di garaj
kereta hanya terdapat motor abah tersadai kaku dek kerana sudah tiada lagi
pemboncengnya...basikal-basikal kalian sudah tersimpan rapi didalam stor.
Dapur sudah lama tidak berasap, beras
di takar sudah di makan bubuk, bawang telah mulai mengeluarkan daunnya...susu
dan milo adik sudah menjadi keras masuk angin. Botol susu ada yang masih belum
di simpan. Gula-gula yang adik tinggal sudahpun cair. Peti ais yang penuh dengan
pelbagai air dan juga ubatan adik..kini sudah kosong Mesin basuh seolah-olah malas berputar kerana kurang
isiannya.Pengidai kain tidak semeriah dahulu, kalau di dulu dipenuhi dengan
pelbagai warna baju dan seluar kanak-kanak tapi kini hanya pakaian yang
besar-besar sahaje yag berkibar lesu.3 biji kamar tidur dulu penuh dengan
penghuninya kini hanya 1 sahaje yang di gunakan...angah tidak betah tidur
sendirian. Bukannya dia takut...tetapi tidak mahu memori indah satu ketika
dahulu menghantuinya. Kerana di kamar itu mereka bertiga bermain,bercerita,menyanyi
dan belajar menulis,membaca dan mengira. Tetapi bila sampai waktu hendak
tidur...bilik ummi dan abah juga yang jadi sasarannya.
Pagi yang membosankan....tiada lagi
jeritan bagi mengejutkan anak-anak bangun dari tidur untuk solat subuh dan ke
sekolah.Tidak kedengaran lagi suara manja yang bertanya”ummi masak apa pagi ni
? mee lidi ke...?” Kini bilik mandi sudah tidak menjadi rebutan . Tiada lagi
lelehan ubat gigi yang ditinggalkan dilantai bilik air dan kini hanya terdapat
3 helai tuala mandi sahaja di rak penyidai...Pipi dan salaman kami kini hanya
di sambut dan dicium oleh angah sahaja sewaktu hendak ke sekolah..Ya Allah
rindunya kami saat-saat itu....yang mana ianya tidak mungkin sama sekali
berulang lagi.
Rutin petang ummi adalah menemani
anak-anak bermain didepan rumah. Angah dan abang suka aktiviti berbasikal,
manakala adik lebih senang bermain dengan teman-teman sebayanya. Bila hampir maghrib
akan terdengar riuh suara ummi atau abah memanggil anak-anak untuk masuk ke
rumah.Kekadang abah terpaksa mencari abang kerana abang suka bermain agak jauh
sedikit. Waktu untuk mandi waktu yang mengamatkan...abang memang susah hendak
mandi..angah pulak mandinya agak lama dan adik mandinya mau cepat-cepat kerana dia tidak mau
lewat ke surau.Tapi kini semua sudah berubah..rutin setiap petang ummi dan abah
adalah ke Perkuburan Hutan Setali...kerna disinilah tempat putra-putra umi dan
abah bermain di syurga milik Nya.Walaupun pada hakikat tidak dapat dilihat
dengan mata kasar...tetapi jauh disudut hati kami kuat merasakan betapa gembira
dan bahagia mereka di sana.
Makan malam di mana anak-anak
memulakan cerita, cerita berkisar pasal sekolah,pasal cikgu,kawan-kawan dan
sebagainya...lauk kegemaran abang mesti yang berwarna merah dan pedas-pedas
angah dan adik mengikut aje. Abang memang seorang pemakan...dan ada tikanya
abah akan berbunyi “abang dah tiga kali tambah nak isi kat mana lagi tu” abang
tersengih malu dan berkata “abang lapar sangat” ataupun “ummi masak sedap
sangat” Adik lebih senang makan nya disuap oleh ummi...sambil menonton chanel
611. Tapi kini..... selepas menziarah pusara kalian berdua ,kami bertiga lebih
banyak membeli makanan dari luar ataupun makan di rumah tok. Tidak terlelan
rasanya setiap kali berada ruang makan di rumah sendiri. Sudah tidak kedengaran
leteran abah menyuruh si anak membuat kerja-kerja sekolah atau mengemas
perkakas sekolah. Sudah tiada senda loka abah dengan putra-putranya waktu
menonton tv.Sekarangnya semuanya hambar dan kaku....
Sesekali kami akan keluar ke Bandar, alangkan
kekoknya ummi disepanjang perjalanan kerana tiada lagi tangan halus minta
dipinpim..atau suara manja merengek untuk didukung dek kepenatan berjalan.
Tiada kedai-kedai jajan atau kedai aiskrim menjadi persinggahan kami seperti
kebiasaan semasa kalian masih bersama kami. Dan kedai yang menjual CD juga
tidak lagi kami pandang....itu semuanya akan menambah lagi duka di hati kami.
Sesakali makan diluar...tiada lagi yang meminta “mee petak dalam pinggan”kuew
tiau ladna),”mee petak dalam mangkuk”(kuew tiua tomyam) atau pun nasi daging
merah beserta milo ais..dan adik akan mengikut saja apa yang di makan oleh
abang.Tiada lagi ngangaan dari mulut kecil untuk disuapkan. Ya Allah manisnya
saat itu bila dikenang wahai putra-putra ku.
Saat ini dan tika ini kerinduan amat
menghimpit hati ummi.Ada kawan Ummi yang mengatakan Ummi kuat menghadapi semua
ini..tapi hanya Allah saja yang tau hati dan perasaan Ummi...Sememangnya Ummi
tidaklah kuat seperti yang disangka..Ummi cuma redha dengan kehendak
Ilahi..Izinkan Ummi merinduimu sayangku.
Ya Allah yang tuhan ku kau berilah aku kekuatan bagi akan untuk menghadapi
segala dugaan Mu. Aku redha dan aku pasrah dengan ketentuan dan ujian yang Kau
kurniakan pada ku. "Ya Allah hebat sungguh ujian Mu terhadap
ku....dalam tempoh 6 bulan....2 orang zuriat ku dan 1 janin di jemput oleh
mu..... aku pasti ada hikmah di sebaliknya..."
Sesungguhnya, sejak kehilangan abang & adik ini
mengingatkan aku banyak perkara..
* Yang sihat tidak semestinya terus kekal sihat, selagi kita sihat buatlah perkara-perkara yang baik sebagai amalan akan datang..
* Segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-sata..satu hari kita pasti akan pulangkan kepadaNya..
* Dugaan maha berat adakalanya memang sukar untuk kita pikul dan hadapi, tapi demi untuk semangat juang untuk terus hidup kita harus hadapinya..
* Jangan terlalu leka dengan kegembiraan dan kesenangan yang diperolehi, sentiasa mengingatkan diri agar lebih dekat pada Ilahi, berdoa agar diri tidak diuji sehinggakan hati tidak mampu mengatasi..
* Yang sihat tidak semestinya terus kekal sihat, selagi kita sihat buatlah perkara-perkara yang baik sebagai amalan akan datang..
* Segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-sata..satu hari kita pasti akan pulangkan kepadaNya..
* Dugaan maha berat adakalanya memang sukar untuk kita pikul dan hadapi, tapi demi untuk semangat juang untuk terus hidup kita harus hadapinya..
* Jangan terlalu leka dengan kegembiraan dan kesenangan yang diperolehi, sentiasa mengingatkan diri agar lebih dekat pada Ilahi, berdoa agar diri tidak diuji sehinggakan hati tidak mampu mengatasi..
Salam Kerinduan
Akhirnya dia pergi jua..
Anak itu sedang berlari,
Berlari jauh mencari pelangi,
Kebahagian dicari,
Meninggalkan sisa penderitaan di bumi,
Menjauhkan segala kedukaan orang meratapi..
Anak itu sedang berlari,
Mengutip daun-daun gugur setiap hari,
Setiap doa dipanjatkan buat si bidadari,
Ingatan tulus orang yang begitu mengasihi,
dan pasti roh anak itu setia menanti,
Kehadirian ibu-bapanya di syurga nanti.
Anak itu pasti menanti..
Dan tetap menanti...
Moga tenang rohnya di sana...
Anak itu sedang berlari,
Berlari jauh mencari pelangi,
Kebahagian dicari,
Meninggalkan sisa penderitaan di bumi,
Menjauhkan segala kedukaan orang meratapi..
Anak itu sedang berlari,
Mengutip daun-daun gugur setiap hari,
Setiap doa dipanjatkan buat si bidadari,
Ingatan tulus orang yang begitu mengasihi,
dan pasti roh anak itu setia menanti,
Kehadirian ibu-bapanya di syurga nanti.
Anak itu pasti menanti..
Dan tetap menanti...
Moga tenang rohnya di sana...
(sajak ini bukan milik ummi ,terjumpa diblog seseorg... izinkan
dikongsi bersama)
No comments:
Post a Comment