Tuesday, 4 December 2012

Disember Yang Penuh Nostagia


Disember datang lagi…biasanya bulan ini dikait dengan musim cuti sekolah dan musim tengkujuh.  Cuti sekolah kali ini kami tidak kemana-mana, tiada dalam perancangan lagi….dan tiada juga cadangan dari anak-anak. Disember yang lepas kami juga tidak ke mana Cuma ke rumah “ibu” di Melaka itu hanya seketika….tapi tika itu abang telah tiada dan adik masih lagi bersama kami. Adik pernah berkata “tak sedaplah gi jalan-jalan kali ini sebab abang tak ada”.
Hujan yang turun tidak berhenti sejak dua tiga hari ini tidak membataskan kami untuk terus ke “pusara bernisan biru”. Kalau dulu kami berempat meredah hujan demi ke pusara abang tapi kini kami yang bertiga meredah hujan ke “sepasang pusara bernisan biru” dan juga pusara ayahanda…..walaupun dalam hujan renyai mau pun lebat kami tetap akan membersih pusara kalian.
Teringat satu ketika dulu bila hujan turun dengan lebatnya adik termenung jauh dan berkata “ basahlah kubur abang ya Ummi, macamanalah abang kat dalam tu tentu banyak air yang masuk…ehmmm…jom lah abah kita belikan payong besar unutk abang….kesian kat abang”..begitulah adik setiap kali rahmat Allah dari langit turun…dia pasti resah dan gelisah. Dan setiap kali waktu makan pula adik selalu Tanya “hujan-hujan ni abang makan apa?” lantas angah menjawap “abang makan lagi sedap dari kita kat syurga sana tu, kat sana abang duduk dalam istana buat dari emas,makan dan minum dalam pinggang dan gelas emas ,tidur atas katil emas…langsung tak kena hujan”…ternganga mulut adik mendengarnya dan berkata  ”bestlah abang.. kalau gitu adik nak pergi kat sana jugak lah , adik dah tak nak tidur kat katil angry bird tu lgi…tak sedap langsung..”…masih terngiang-ngiang di telinga kami, kami ingatkan semua itu omongan adik belaka..tapi itu adalah pentanda awal rupa Cuma kami yang tidak tahu….
Kini semua hanya tinggal kenangan…adik kini sedang bergembira bersama abang di Taman Syurga MilikNya…bersama-sama menimati juadah yang sedap-sedap, tidur yang lena di katil emas, dan tentu abang amat bergembira kerana adik juga dapat menimati apa yang abang telah nikmati ….kerana kamu berdua amat rapat dan abang selalunya akan berkongsi setiap apa yang  dia ada dengan dengan adiknya…kami disini tetep dan akan sentiasa berdoa semoga kita di ketemukan di Taman Syurga milik Allah…Amin Ya rabullalamin…




Rindu sangat-sangat..
UMMIMDAZA..3/12/2012(4.45pm)

No comments:

Post a Comment