25/10/2011….tarikh keramat bagi kami
sekeluarga…dengan keadaan yang masih belum bersedia Allah menjemput abang
pulang ke rahmatullah, hampir saban malam aku menangisi kepulangan abang dan
hampir setiap hari juga aku akan ke pusara abang bersama suami dan dua orang
anakku angah dan adik. Makanan kegemaran juga aku tidak makan, almari pakaian
akan ku buka pada setiap pagi, baju-baju peninggalan abang aku peluk dan ku
cium semahunya.Buku –buku sekolahnya aku belek-belek dan aku baca berulang
kali.
Hari berganti hari minggu berganti bulan, lama
kelaman aku berjaya memujuk hati ini..anak ku tidak kemana dia pergi ke tempat yang
paling selamat, tempat di mana semua orang ke sana nanti, aku sedar bahawa aku
masih ada lagi anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang dariku, aku
mulai bangkit dengan suntikan semangat dari suami,anak-anak,abah,emak serta
ahli keluarga ku yang lain, teman –teman juga tidak ketinggalan. Abah selalu
berkata “untungnya awak kerana sudah ada yang menanti di sana”Aku telah mula
melakukan apa yang menjadi minatku, aku boleh memasak dan makan makanan
kegemaran abang, membawa anak anak tempat di mana kami berkunjung ketika abang
masih bersama . Aku sudah mulai tersenyum , suami dan anak anak tampak girang
dengan perubahanku. Pada along,angah dan adik aku curah segalanya .
Adik…keletah makin menjadi-jadi, kepetahannya bercakap dan kelincahannya
membuat semua orang senang dengannya dan terkadang aku menjadi fobia apabila
adik sering demam dan kerap keluar masuk hospital.
Ya Allah bersyukur di atas rahmat dan kurnian
Mu, aku di sah mengandung …..airmata kegembiraan tidak henti mengalir, begitu
juga dengan suami ku, pada anak anak ku khabarkan berita gembira ini, semua
menyambut dengan baik terutama adik….dia bakal menjadi abang. Saban hari dia akan
bertanya “bila adik nak keluar?,lambat lagi ke?, tak sabar rasanya nak jadi
abang” …adik..adik…Tetapi berita gembira itu tidak lama tanggal 12/4/12…janin
ku tidak betah duduk lama di dalam rahimku….ini bermakna sudah 4 kali aku
kehilangan janin (keguguran). Aku pasrah dan redha dengan ketentuan Mu, bukan
rezeki kami.
28/4/2012 Adik demam lagi, suhu badannya naik mendadak …terpaksa ditahan di
wad, keadaan suhu badan adik tidak stabil kadang adik merengek kesujukan dan
tikanya minta ditanggalkan baju kerana panas. Dan bila doctor mengatakan bahawa
adik terpaksa di masukkan ke icu, bagai nak putus tangkai jantung ku. Aku sudah
dapat merasakan yang adik juga akan meninggalkan kami apabila sintom sintom yang sama seperti abang
dulu…dan jangkaan aku benar belaka, pada 1/5/2012 jam 1.25 pagi selasa adik
meningggalkan kami semua untuk ke taman syurga bersama-sama abang, hanya Tuhan
yang tahu hati dan perasaan aku tika itu.Aku bagai orang hilang akal, menangis
tiada hentinya siang dan malam. Saudara terdekat dan sahabat tidak putus memberi
kata semangat. Emak dan abah apatah lagi…”banyak bersabar memang pahit untuk
ditelan tapi kemanisan menunggu di sana, bukan semua orang akan di uji begini,
ini menunjukkan betapa sayang Allah pada awak” kata-kata itulah yang sering
keluar dari mulut abah bagi memujuk ku. Rutin aku, suami dan angah setiap hari
ke pusara putra-putraku. Kalau dulu pada setiap petang aku akan menemani
anak-anak bermain dan berbasikal tapi kini ianya telah bertukar, aku dan suami
lebih senang ditanah perkuburan disisi “Sepasang Pusara Bernisan Biru”. Aku
rasakan kalau sehari aku tidak ke perkuburan, putra-putra pasti akan menunggu
dan tetap menunggu akan kedatangan ku.
Kami tidak betah pulang ke rumah untuk sekian
lamanya, kami berkampung di rumah emak dan abah. Secara kebetulan abah tidak
berapa sihat. Yang pastinya sejak kematian abang keadaan abah semakin uzur,
boleh dikatakan setiap bulan abah akan dimasukkan ke hospital dan terkadang
terpaksa di masukkan ke ICU. Bila emosi ku agak pulih, aku sudah bersedia untuk
pulang ke rumah ku sendiri. Sedikit demi sedikit aku mulai bangkit, aku kumpul
semula semangatku walaupun amat payah dan perit sekali, pelbagai cara aku buat
untuk melepaskan rasa rindu kepada dua orang putra kesayangan ku. Dan dari saat
itu aku tidak betah lagi meninggalkan rumah untuk jangka masa yang begitu lama
aktapun untuk pulang ke rumah emak dan abah. Aku terasakan bagai aku
meninggalkan putra-putra ku sendirian di rumah.
Kesihatan abah tidak dapat dijangkakan,
kadang-kadang sihat dan kadang-kadang demam, yang pasti seminggu sekali akau
dan keluarga pasti akan menginap di rumah nya. Petang selepas pulang dari
pejabat tergerak hati ini untuk melihat abah, aku ke pusara bernisan biru
terlebih dahulu. Sesampai di rumah ku liahat dalam keadaan yang amat lesu
sekali, aku mengambil alih tempat emak, tubuh tua abah urut dan ku picit, “tak
daya sangat dah abah ni, tolonglah….tolong abah ni…dah dekat nak mati ni ” “
sabar abah semua orang akan mati” kata ku sambil jari jemari terus memicit dan mengusap seluruh tubuh abah, “kaki abah
bisa ni, tumbuk perlahan-lahan, jangan laju-laju nanti awak penat” aku akur
dengan permintaan abah. Selesai solat maghrib aku bersiap-siap untuk pulang ke
rumah ku semula…abah memandang aku bersiap-siap lantas berkata “awak nak balik
jugak ke malam ni?” “a’ah kita balik dulu nanti dah selesai orang baiki rumah
kita datang tidur sini (kebetulan rumah ku dalam prosese pengubahsuai). Jam
11.00 terima panggilan dari Kak Tie bahawa abah terpaksa dikejarkan ke hospital
kerana tidak sedar diri. Suami ku bergegas ke hospital dan jam 11.45 suami
menelefon menyampaikan khabar sedih itu…”ummi tenang ya…abah dah
meninggal”…rasa nak tertanggal kepala lutut ku, terjelepuk ditepi katil.
Abah pergi meninggalkan kami 6 bulan selepas
kepermegian adik. Satu kehilangan besar pada keluargaku. Dalam masa 1 tahun
setengah aku kehilangan 3 orang yang tersayang…kehilangan ini kami berkongsi
bersama. Mengimbas kembali 2 hari sebelum abang dijemput pergi abang(masa tu
abang tengah demam) pernah bertanya pada abah..”aki.antara kita berdua sape
yang mati dulu?” ”mestilah aki sebab aki
dah tua” jawab abah..dan petang sebelum adik dimasukkan ke hospital(pun tengah
demam juga) adik berkata sambil memijak-mijak kaki abah…”aki…adik rasakan aki
dah nak mati..akikan dah tua meati mati dulu pada adik”.Sebaknya mengingatkan
saat itu..Ya Allah Kau pertemukan insan-insan yang amat ku sayangi dan ku
cintai di Taman Syurga Mu. Dan rutin harian aku dan suami pada setipa petang
tetap sama..ke “Pusara Bernisan Biru” aku dan suami begitu senang dapat
membersih persekitaran “Pusara Bernisan Biru” dan pusara abah.
22/11/2012…diduga lagi, rumahku yang telah siap
diubah suai dimasuki pencuri,sedih teramat sangat, barang kepunyaan arwah abang
yang tersimpan kemas dalam almari berkunci habis dipecah dan diambil oleh
pencuri itu. Selain dari itu, TV LCD, kamera, tabung duit siling kepunyaan
suami yang disimpan selama 24 tahun turut diambilnya. Tapi…apalah sangat dengan
ujian kali ini kalau dibandingkan dengan yang yang lalu….kalau setakat hilang
TV, kamera dan yang lainnya…kalau nak dibandingkan dengan kehilangan insane-insan
tersayang.
2012 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Aku
akan terus melalui hari-hari mendatang dengan tekad dan azam yang baru. Semoga
2013 yang mendatang membawa sinar buat kami sekeluarga..
~Ya Allah...Ya Tuhan Ku~
Ya Allah aku merindu diri aku yang dulu..
aku merindu iman aku yang dulu..
aku merindu tekad aku yang dulu..
Semangat aku yang dulu..
Prinsip aku yang dulu..
Ya Allah, hamba rasa begitu berat..
Terlalu banyak dosa yang terbeban pada bahu hamba..
Kerap kali hamba cuba bertaubat, saban kali hamba mengulanginya kembali..
Bilakah syaitan dan nafsu akan putus mengganggu hamba..
hamba tak kuat ya Allah..
hamba khuatir ya Allah..
Sekiranya kebahagiaan di dunia yang didamba bukan takdir untuk hamba,
Pergagalkan urusan untuk itu..
Hamba tak sanggup berdepan dengan kemurkaanMu kelak..
Biarlah hamba merana di dunia, asalkan bahagia hakiki menanti hamba di sana..
Biarlah kata-kata ini teruji, biarlah derita menguji..
Hamba lebih gusar jika Kau membenci.(copy & paste)
Ya Allah aku merindu diri aku yang dulu..
aku merindu iman aku yang dulu..
aku merindu tekad aku yang dulu..
Semangat aku yang dulu..
Prinsip aku yang dulu..
Ya Allah, hamba rasa begitu berat..
Terlalu banyak dosa yang terbeban pada bahu hamba..
Kerap kali hamba cuba bertaubat, saban kali hamba mengulanginya kembali..
Bilakah syaitan dan nafsu akan putus mengganggu hamba..
hamba tak kuat ya Allah..
hamba khuatir ya Allah..
Sekiranya kebahagiaan di dunia yang didamba bukan takdir untuk hamba,
Pergagalkan urusan untuk itu..
Hamba tak sanggup berdepan dengan kemurkaanMu kelak..
Biarlah hamba merana di dunia, asalkan bahagia hakiki menanti hamba di sana..
Biarlah kata-kata ini teruji, biarlah derita menguji..
Hamba lebih gusar jika Kau membenci.(copy & paste)
No comments:
Post a Comment