Walaupun sekarang keadaan cuaca yang tidak
menentu, kami tetap juga ke “pusara bernisan biru”, kami tetap juga dengan
rutin kebiassan kami membersih, menyapu, mengutip daun-daun yang makin rancak
berguguran, merumput dan mencangkul, cumanya tinggal lagi kami tidak dapat
membakar sampah-sarap yang kami kumpulkan itu, rahmat Allah dari langit akan
muncul bila-bila masa saje, sudah musimnya….keadaan tanah agak lempap,percikkan
pasir memutih didinding kepuk umpama kulat
tumbuh selepas hujan, ada aliran air jernih melalui di antara sepasang pusara
bernisan biru umpama anak air mengalir menyusuri sungai..
Tapi petang itu (petang Rabu …19/12/12)… ….takkala
kami melangkah masuk dan terpandang saja pusara milik abang hati kami menjadi
sebak dan luluh sekali…hampir rebah di situ. Tanah di pusara telah muali
mendap, sebahagian telah terperesuk masuk ke dalam, nisan berwarna biru rebah…Ya
Allah…ini hanya dugaan yang kecil dari Mu. Abah cuba untuk memperbetulkannya
tapi tidak berdaya…ummi tidak sanggup lagi untuk melihat pusara abang dalam
keadaan begitu, bermacam-macam bermain difikiran ummi, adakah akan ternampak
keranda yang kian mereput atau akan terkeluar cebisan-cebisan kain kapan…atau
terasa sakitkah jasad abang bila dihempap dengan bebanan tanah itu?????????
pusara abang |
ASTRAFIRULLAH
…..ummi tidak boleh berfikir begitu, keadaan ini mesti di pulih dengan segera.
Kami mengambil keputusan untuk membaiki pada keesokkan harinya dan secara
kebetulan abah telahpun mengambil cuti selama 2 hari. Dan pada hari ini (Khamis
20/12/12) abah dan Along bersama-sama
memperbetulkan pusara abang walaupun dalam hujan yang kadang-kadang lebat dan
kadang-kadang renyai. Pada Mu Ya Allah kami pohon agar keadaan sebegini tidak
terjadi pada pusara adik dan aki.
pusara insan-insan tersayang |
Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah, semakin
dekat diri kepadanya, semakin taufan melanda, biar rebah jangan sesekali
berubah,biar terbuang, teruskan berjuang. Ya Allah kami redha dengan ketentuan
Mu
Redha Dengan Ujian Mu
UMMIMDAZA
(20/12/12…10.25pm)
No comments:
Post a Comment