Sunday, 30 December 2012

~KEHILANGAN~


25/10/2011….tarikh keramat bagi kami sekeluarga…dengan keadaan yang masih belum bersedia Allah menjemput abang pulang ke rahmatullah, hampir saban malam aku menangisi kepulangan abang dan hampir setiap hari juga aku akan ke pusara abang bersama suami dan dua orang anakku angah dan adik. Makanan kegemaran juga aku tidak makan, almari pakaian akan ku buka pada setiap pagi, baju-baju peninggalan abang aku peluk dan ku cium semahunya.Buku –buku sekolahnya aku belek-belek dan aku baca berulang kali.


Hari berganti hari minggu berganti bulan, lama kelaman aku berjaya memujuk hati ini..anak ku tidak kemana dia pergi ke tempat yang paling selamat, tempat di mana semua orang ke sana nanti, aku sedar bahawa aku masih ada lagi anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang dariku, aku mulai bangkit dengan suntikan semangat dari suami,anak-anak,abah,emak serta ahli keluarga ku yang lain, teman –teman juga tidak ketinggalan. Abah selalu berkata “untungnya awak kerana sudah ada yang menanti di sana”Aku telah mula melakukan apa yang menjadi minatku, aku boleh memasak dan makan makanan kegemaran abang, membawa anak anak tempat di mana kami berkunjung ketika abang masih bersama . Aku sudah mulai tersenyum , suami dan anak anak tampak girang dengan perubahanku. Pada along,angah dan adik aku curah segalanya . Adik…keletah makin menjadi-jadi, kepetahannya bercakap dan kelincahannya membuat semua orang senang dengannya dan terkadang aku menjadi fobia apabila adik sering demam dan kerap keluar masuk hospital.
Ya Allah bersyukur di atas rahmat dan kurnian Mu, aku di sah mengandung …..airmata kegembiraan tidak henti mengalir, begitu juga dengan suami ku, pada anak anak ku khabarkan berita gembira ini, semua menyambut dengan baik terutama adik….dia bakal menjadi abang. Saban hari dia akan bertanya “bila adik nak keluar?,lambat lagi ke?, tak sabar rasanya nak jadi abang” …adik..adik…Tetapi berita gembira itu tidak lama tanggal 12/4/12…janin ku tidak betah duduk lama di dalam rahimku….ini bermakna sudah 4 kali aku kehilangan janin (keguguran). Aku pasrah dan redha dengan ketentuan Mu, bukan rezeki kami.
28/4/2012 Adik demam lagi, suhu  badannya naik mendadak …terpaksa ditahan di wad, keadaan suhu badan adik tidak stabil kadang adik merengek kesujukan dan tikanya minta ditanggalkan baju kerana panas. Dan bila doctor mengatakan bahawa adik terpaksa di masukkan ke icu, bagai nak putus tangkai jantung ku. Aku sudah dapat merasakan yang adik juga akan meninggalkan kami apabila  sintom sintom yang sama seperti abang dulu…dan jangkaan aku benar belaka, pada 1/5/2012 jam 1.25 pagi selasa adik meningggalkan kami semua untuk ke taman syurga bersama-sama abang, hanya Tuhan yang tahu hati dan perasaan aku tika itu.Aku bagai orang hilang akal, menangis tiada hentinya siang dan malam. Saudara terdekat dan sahabat tidak putus memberi kata semangat. Emak dan abah apatah lagi…”banyak bersabar memang pahit untuk ditelan tapi kemanisan menunggu di sana, bukan semua orang akan di uji begini, ini menunjukkan betapa sayang Allah pada awak” kata-kata itulah yang sering keluar dari mulut abah bagi memujuk ku. Rutin aku, suami dan angah setiap hari ke pusara putra-putraku. Kalau dulu pada setiap petang aku akan menemani anak-anak bermain dan berbasikal tapi kini ianya telah bertukar, aku dan suami lebih senang ditanah perkuburan disisi “Sepasang Pusara Bernisan Biru”. Aku rasakan kalau sehari aku tidak ke perkuburan, putra-putra pasti akan menunggu dan tetap menunggu akan kedatangan ku.

Kami tidak betah pulang ke rumah untuk sekian lamanya, kami berkampung di rumah emak dan abah. Secara kebetulan abah tidak berapa sihat. Yang pastinya sejak kematian abang keadaan abah semakin uzur, boleh dikatakan setiap bulan abah akan dimasukkan ke hospital dan terkadang terpaksa di masukkan ke ICU. Bila emosi ku agak pulih, aku sudah bersedia untuk pulang ke rumah ku sendiri. Sedikit demi sedikit aku mulai bangkit, aku kumpul semula semangatku walaupun amat payah dan perit sekali, pelbagai cara aku buat untuk melepaskan rasa rindu kepada dua orang putra kesayangan ku. Dan dari saat itu aku tidak betah lagi meninggalkan rumah untuk jangka masa yang begitu lama aktapun untuk pulang ke rumah emak dan abah. Aku terasakan bagai aku meninggalkan putra-putra ku sendirian di rumah.
Kesihatan abah tidak dapat dijangkakan, kadang-kadang sihat dan kadang-kadang demam, yang pasti seminggu sekali akau dan keluarga pasti akan menginap di rumah nya. Petang selepas pulang dari pejabat tergerak hati ini untuk melihat abah, aku ke pusara bernisan biru terlebih dahulu. Sesampai di rumah ku liahat dalam keadaan yang amat lesu sekali, aku mengambil alih tempat emak, tubuh tua abah urut dan ku picit, “tak daya sangat dah abah ni, tolonglah….tolong abah ni…dah dekat nak mati ni ” “ sabar abah semua orang akan mati” kata ku sambil jari jemari terus memicit  dan mengusap seluruh tubuh abah, “kaki abah bisa ni, tumbuk perlahan-lahan, jangan laju-laju nanti awak penat” aku akur dengan permintaan abah. Selesai solat maghrib aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah ku semula…abah memandang aku bersiap-siap lantas berkata “awak nak balik jugak ke malam ni?” “a’ah kita balik dulu nanti dah selesai orang baiki rumah kita datang tidur sini (kebetulan rumah ku dalam prosese pengubahsuai). Jam 11.00 terima panggilan dari Kak Tie bahawa abah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedar diri. Suami ku bergegas ke hospital dan jam 11.45 suami menelefon menyampaikan khabar sedih itu…”ummi tenang ya…abah dah meninggal”…rasa nak tertanggal kepala lutut ku, terjelepuk ditepi katil.

Abah pergi meninggalkan kami 6 bulan selepas kepermegian adik. Satu kehilangan besar pada keluargaku. Dalam masa 1 tahun setengah aku kehilangan 3 orang yang tersayang…kehilangan ini kami berkongsi bersama. Mengimbas kembali 2 hari sebelum abang dijemput pergi abang(masa tu abang tengah demam) pernah bertanya pada abah..”aki.antara kita berdua sape yang mati dulu?”  ”mestilah aki sebab aki dah tua” jawab abah..dan petang sebelum adik dimasukkan ke hospital(pun tengah demam juga) adik berkata sambil memijak-mijak kaki abah…”aki…adik rasakan aki dah nak mati..akikan dah tua meati mati dulu pada adik”.Sebaknya mengingatkan saat itu..Ya Allah Kau pertemukan insan-insan yang amat ku sayangi dan ku cintai di Taman Syurga Mu. Dan rutin harian aku dan suami pada setipa petang tetap sama..ke “Pusara Bernisan Biru” aku dan suami begitu senang dapat membersih persekitaran “Pusara Bernisan Biru” dan pusara abah.
22/11/2012…diduga lagi, rumahku yang telah siap diubah suai dimasuki pencuri,sedih teramat sangat, barang kepunyaan arwah abang yang tersimpan kemas dalam almari berkunci habis dipecah dan diambil oleh pencuri itu. Selain dari itu, TV LCD, kamera, tabung duit siling kepunyaan suami yang disimpan selama 24 tahun turut diambilnya. Tapi…apalah sangat dengan ujian kali ini kalau dibandingkan dengan yang yang lalu….kalau setakat hilang TV, kamera dan yang lainnya…kalau nak dibandingkan dengan kehilangan insane-insan tersayang.
2012 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Aku akan terus melalui hari-hari mendatang dengan tekad dan azam yang baru. Semoga 2013 yang mendatang membawa sinar buat kami sekeluarga..
~Ya Allah...Ya Tuhan Ku~
Ya Allah aku merindu diri aku yang dulu..
aku merindu iman aku yang dulu..
aku merindu tekad aku yang dulu..
Semangat aku yang dulu..
Prinsip aku yang dulu..
Ya Allah, hamba rasa begitu berat..
Terlalu banyak dosa yang terbeban pada bahu hamba..
Kerap kali hamba cuba bertaubat, saban kali hamba mengulanginya kembali..
Bilakah syaitan dan nafsu akan putus mengganggu hamba..
hamba tak kuat ya Allah..
hamba khuatir ya Allah..
Sekiranya kebahagiaan di dunia yang didamba bukan takdir untuk hamba,
Pergagalkan urusan untuk itu..
Hamba tak sanggup berdepan dengan kemurkaanMu kelak..
Biarlah hamba merana di dunia, asalkan bahagia hakiki menanti hamba di sana..
Biarlah kata-kata ini teruji, biarlah derita menguji..
Hamba lebih gusar jika Kau membenci.(copy & paste)

UMMIMDZA
31/12/12...10.51 am

No comments:

Post a Comment