Sunday, 30 December 2012

~KEHILANGAN~

25/10/2011….tarikh keramat bagi kami sekeluarga…dengan keadaan yang masih belum bersedia Allah menjemput abang pulang ke rahmatullah, hampir saban malam aku menangisi kepulangan abang dan hampir setiap hari juga aku akan ke pusara abang bersama suami dan dua orang anakku angah dan adik. Makanan kegemaran juga aku tidak makan, almari pakaian akan ku buka pada setiap pagi, baju-baju peninggalan abang aku peluk dan ku cium semahunya.Buku –buku sekolahnya aku belek-belek dan aku baca berulang kali.

Hari berganti hari minggu berganti bulan, lama kelaman aku berjaya memujuk hati ini..anak ku tidak kemana dia pergi ke tempat yang paling selamat, tempat di mana semua orang ke sana nanti, aku sedar bahawa aku masih ada lagi anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang dariku, aku mulai bangkit dengan suntikan semangat dari suami,anak-anak,abah,emak serta ahli keluarga ku yang lain, teman –teman juga tidak ketinggalan. Abah selalu berkata “untungnya awak kerana sudah ada yang menanti di sana”Aku telah mula melakukan apa yang menjadi minatku, aku boleh memasak dan makan makanan kegemaran abang, membawa anak anak tempat di mana kami berkunjung ketika abang masih bersama . Aku sudah mulai tersenyum , suami dan anak anak tampak girang dengan perubahanku. Pada along,angah dan adik aku curah segalanya . Adik…keletah makin menjadi-jadi, kepetahannya bercakap dan kelincahannya membuat semua orang senang dengannya dan terkadang aku menjadi fobia apabila adik sering demam dan kerap keluar masuk hospital.
Ya Allah bersyukur di atas rahmat dan kurnian Mu, aku di sah mengandung …..airmata kegembiraan tidak henti mengalir, begitu juga dengan suami ku, pada anak anak ku khabarkan berita gembira ini, semua menyambut dengan baik terutama adik….dia bakal menjadi abang. Saban hari dia akan bertanya “bila adik nak keluar?,lambat lagi ke?, tak sabar rasanya nak jadi abang” …adik..adik…Tetapi berita gembira itu tidak lama tanggal 12/4/12…janin ku tidak betah duduk lama di dalam rahimku….ini bermakna sudah 4 kali aku kehilangan janin (keguguran). Aku pasrah dan redha dengan ketentuan Mu, bukan rezeki kami.
28/4/2012 Adik demam lagi, suhu  badannya naik mendadak …terpaksa ditahan di wad, keadaan suhu badan adik tidak stabil kadang adik merengek kesujukan dan tikanya minta ditanggalkan baju kerana panas. Dan bila doctor mengatakan bahawa adik terpaksa di masukkan ke icu, bagai nak putus tangkai jantung ku. Aku sudah dapat merasakan yang adik juga akan meninggalkan kami apabila  sintom sintom yang sama seperti abang dulu…dan jangkaan aku benar belaka, pada 1/5/2012 jam 1.25 pagi selasa adik meningggalkan kami semua untuk ke taman syurga bersama-sama abang, hanya Tuhan yang tahu hati dan perasaan aku tika itu.Aku bagai orang hilang akal, menangis tiada hentinya siang dan malam. Saudara terdekat dan sahabat tidak putus memberi kata semangat. Emak dan abah apatah lagi…”banyak bersabar memang pahit untuk ditelan tapi kemanisan menunggu di sana, bukan semua orang akan di uji begini, ini menunjukkan betapa sayang Allah pada awak” kata-kata itulah yang sering keluar dari mulut abah bagi memujuk ku. Rutin aku, suami dan angah setiap hari ke pusara putra-putraku. Kalau dulu pada setiap petang aku akan menemani anak-anak bermain dan berbasikal tapi kini ianya telah bertukar, aku dan suami lebih senang ditanah perkuburan disisi “Sepasang Pusara Bernisan Biru”. Aku rasakan kalau sehari aku tidak ke perkuburan, putra-putra pasti akan menunggu dan tetap menunggu akan kedatangan ku.

Kami tidak betah pulang ke rumah untuk sekian lamanya, kami berkampung di rumah emak dan abah. Secara kebetulan abah tidak berapa sihat. Yang pastinya sejak kematian abang keadaan abah semakin uzur, boleh dikatakan setiap bulan abah akan dimasukkan ke hospital dan terkadang terpaksa di masukkan ke ICU. Bila emosi ku agak pulih, aku sudah bersedia untuk pulang ke rumah ku sendiri. Sedikit demi sedikit aku mulai bangkit, aku kumpul semula semangatku walaupun amat payah dan perit sekali, pelbagai cara aku buat untuk melepaskan rasa rindu kepada dua orang putra kesayangan ku. Dan dari saat itu aku tidak betah lagi meninggalkan rumah untuk jangka masa yang begitu lama aktapun untuk pulang ke rumah emak dan abah. Aku terasakan bagai aku meninggalkan putra-putra ku sendirian di rumah.
Kesihatan abah tidak dapat dijangkakan, kadang-kadang sihat dan kadang-kadang demam, yang pasti seminggu sekali akau dan keluarga pasti akan menginap di rumah nya. Petang selepas pulang dari pejabat tergerak hati ini untuk melihat abah, aku ke pusara bernisan biru terlebih dahulu. Sesampai di rumah ku liahat dalam keadaan yang amat lesu sekali, aku mengambil alih tempat emak, tubuh tua abah urut dan ku picit, “tak daya sangat dah abah ni, tolonglah….tolong abah ni…dah dekat nak mati ni ” “ sabar abah semua orang akan mati” kata ku sambil jari jemari terus memicit  dan mengusap seluruh tubuh abah, “kaki abah bisa ni, tumbuk perlahan-lahan, jangan laju-laju nanti awak penat” aku akur dengan permintaan abah. Selesai solat maghrib aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah ku semula…abah memandang aku bersiap-siap lantas berkata “awak nak balik jugak ke malam ni?” “a’ah kita balik dulu nanti dah selesai orang baiki rumah kita datang tidur sini (kebetulan rumah ku dalam prosese pengubahsuai). Jam 11.00 terima panggilan dari Kak Tie bahawa abah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedar diri. Suami ku bergegas ke hospital dan jam 11.45 suami menelefon menyampaikan khabar sedih itu…”ummi tenang ya…abah dah meninggal”…rasa nak tertanggal kepala lutut ku, terjelepuk ditepi katil.

Abah pergi meninggalkan kami 6 bulan selepas kepermegian adik. Satu kehilangan besar pada keluargaku. Dalam masa 1 tahun setengah aku kehilangan 3 orang yang tersayang…kehilangan ini kami berkongsi bersama. Mengimbas kembali 2 hari sebelum abang dijemput pergi abang(masa tu abang tengah demam) pernah bertanya pada abah..”aki.antara kita berdua sape yang mati dulu?”  ”mestilah aki sebab aki dah tua” jawab abah..dan petang sebelum adik dimasukkan ke hospital(pun tengah demam juga) adik berkata sambil memijak-mijak kaki abah…”aki…adik rasakan aki dah nak mati..akikan dah tua meati mati dulu pada adik”.Sebaknya mengingatkan saat itu..Ya Allah Kau pertemukan insan-insan yang amat ku sayangi dan ku cintai di Taman Syurga Mu. Dan rutin harian aku dan suami pada setipa petang tetap sama..ke “Pusara Bernisan Biru” aku dan suami begitu senang dapat membersih persekitaran “Pusara Bernisan Biru” dan pusara abah.
22/11/2012…diduga lagi, rumahku yang telah siap diubah suai dimasuki pencuri,sedih teramat sangat, barang kepunyaan arwah abang yang tersimpan kemas dalam almari berkunci habis dipecah dan diambil oleh pencuri itu. Selain dari itu, TV LCD, kamera, tabung duit siling kepunyaan suami yang disimpan selama 24 tahun turut diambilnya. Tapi…apalah sangat dengan ujian kali ini kalau dibandingkan dengan yang yang lalu….kalau setakat hilang TV, kamera dan yang lainnya…kalau nak dibandingkan dengan kehilangan insane-insan tersayang.
2012 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Aku akan terus melalui hari-hari mendatang dengan tekad dan azam yang baru. Semoga 2013 yang mendatang membawa sinar buat kami sekeluarga..
~Ya Allah...Ya Tuhan Ku~
Ya Allah aku merindu diri aku yang dulu..
aku merindu iman aku yang dulu..
aku merindu tekad aku yang dulu..
Semangat aku yang dulu..
Prinsip aku yang dulu..
Ya Allah, hamba rasa begitu berat..
Terlalu banyak dosa yang terbeban pada bahu hamba..
Kerap kali hamba cuba bertaubat, saban kali hamba mengulanginya kembali..
Bilakah syaitan dan nafsu akan putus mengganggu hamba..
hamba tak kuat ya Allah..
hamba khuatir ya Allah..
Sekiranya kebahagiaan di dunia yang didamba bukan takdir untuk hamba,
Pergagalkan urusan untuk itu..
Hamba tak sanggup berdepan dengan kemurkaanMu kelak..
Biarlah hamba merana di dunia, asalkan bahagia hakiki menanti hamba di sana..
Biarlah kata-kata ini teruji, biarlah derita menguji..
Hamba lebih gusar jika Kau membenci.(copy & paste)

UMMIMDZA
31/12/12...10.51 am

KEHILANGAN

Thursday, 20 December 2012

Ini cuma ujian Mu Ya Allah

Walaupun sekarang keadaan cuaca yang tidak menentu, kami tetap juga ke “pusara bernisan biru”, kami tetap juga dengan rutin kebiassan kami membersih, menyapu, mengutip daun-daun yang makin rancak berguguran, merumput dan mencangkul, cumanya tinggal lagi kami tidak dapat membakar sampah-sarap yang kami kumpulkan itu, rahmat Allah dari langit akan muncul bila-bila masa saje, sudah musimnya….keadaan tanah agak lempap,percikkan pasir memutih didinding kepuk umpama  kulat tumbuh selepas hujan, ada aliran air jernih melalui di antara sepasang pusara bernisan biru umpama anak air mengalir menyusuri sungai..
Tapi petang itu (petang Rabu …19/12/12)… ….takkala kami melangkah masuk dan terpandang saja pusara milik abang hati kami menjadi sebak dan luluh sekali…hampir rebah di situ. Tanah di pusara telah muali mendap, sebahagian telah terperesuk masuk ke dalam, nisan berwarna biru rebah…Ya Allah…ini hanya dugaan yang kecil dari Mu. Abah cuba untuk memperbetulkannya tapi tidak berdaya…ummi tidak sanggup lagi untuk melihat pusara abang dalam keadaan begitu, bermacam-macam bermain difikiran ummi, adakah akan ternampak keranda yang kian mereput atau akan terkeluar cebisan-cebisan kain kapan…atau terasa sakitkah jasad abang bila dihempap dengan bebanan tanah itu?????????
pusara abang

 ASTRAFIRULLAH …..ummi tidak boleh berfikir begitu, keadaan ini mesti di pulih dengan segera. Kami mengambil keputusan untuk membaiki pada keesokkan harinya dan secara kebetulan abah telahpun mengambil cuti selama 2 hari. Dan pada hari ini (Khamis 20/12/12) abah dan Along  bersama-sama memperbetulkan pusara abang walaupun dalam hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai. Pada Mu Ya Allah kami pohon agar keadaan sebegini tidak terjadi pada pusara adik dan aki.
pusara insan-insan tersayang

Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah, semakin dekat diri kepadanya, semakin taufan melanda, biar rebah jangan sesekali berubah,biar terbuang, teruskan berjuang. Ya Allah kami redha dengan ketentuan Mu

Redha Dengan Ujian Mu
UMMIMDAZA
(20/12/12…10.25pm)

Tuesday, 18 December 2012

Sampaikan pesan rindu ku buat mereka

Hening malam yang sepi buat aku menjadi rindu akan mereka, Walau berbagai cara dan gaya telah aku lakukan, namum aku sering kecundang...hati ini masih juga rindu!!!!!!!!!Kasih sayang terasa semakin dekat. Entah kenapa , setelah berbulan-bulan aku cuba cekalkan hati untuk menjadi kuat, menjadi tabah, tapi takkala teringat kenangan bersama mereka, hati ini menjadi begitu pilu dan sayu.
Aku rindu...aku rindu Ya Allah Kau sampaikan pesan rindu aku ini buat putra-putra ku. Ya Allah seumur hidup aku, tak pernah aku merasai beban rindu yang teramat sangat dan sehebat begini. Ya Rahman, malam ini aku menangis lagi. Setelah sekian lama airmata ini aku pendam, dan akhirnya ia gugur jua. Setelah sekian lama aku berlagak kuat didepan saudara mara, teman-teman dan orang ramai, dan takkala kau menyendiri airmata ini mengalir jua. Ya Rahim..hanya satu aku pohon, Kau kuatkanlah hati ku untuk menanggung beban rindu ini....hanya pada Mu tempat aku bermohon

Yang merindui
UmmiMDAZA
18/12/12 (10.15pm)

Monday, 10 December 2012

Ya Allah Kau Makbulkan Doa ku ini

Entah kenapa sejak kebelakang ini suara-suara dan bisikan bsikan halus sering menghantui aku. “kenapa aku!!!kenapa aku lagi…kenapa bukan orang lain…tak cukup satu kenapa mesti dua….Di bayangi dengan wajah-wajah yang manja lagi comel setipa kali mata mahu terpejam lena ataupun setiap kali bangkit dari tidur ...Ya Allah nasib baik aku tidak terus terikut-ikut dengan suara-suara dan bisikan-bisikan itu….Ya Tuhan ampunkan akau andai teralpaan buat seketika, Ya Rahman bersyukur kerana iman ku tidak mudah goyah..
Dan terkadang aku agak kecewa dengan tanggapan orang-orang disekeliling, setiap kali kuluah rasa rindu itu, mereka katakan aku tidak redha dan setiap air mata jatuh berjurai mereka katakan aku tidak dapat menerima hakikat yang putra-putra ku telah tiada.. Mudah sungguh mereka membuat tanggapan pada aku. Tapi Ya Rahim aku mengerti kini, bukan pada mereka tempat aku luahkan rasa itu dan airmata ku juga tidak harus tertumpah didepan mereka.
Hanya pada Mu Ya Allah  Ya Rahman…hanya pada saje tempat aku mengadu, tempat aku meluahkan segala-segalanya, meluah rasa rindu itu, memanjatkan kesyukuran itu…Kerana hanya Kau yang mengetahui, hanya Kau penyayang lagi yang mengasihi. Dan pada Kau jua kuserahkan.
Ya Allah
Kau makbulkan doa-doa ku
Berikan peluang pada untuk bertemu dengan putra-putra ku
Ingin sangat untuk menatap wajah putra-putra ku
Ingin sangat untuk membelai putra-putraku
Ingin sangat untuk mengucup dahi putra-putraku
Ingin sangat untuk memeluk putra-putraku
Walaupun sekadar dalam mimpi agar terubat rindu yang kian mendalam
Ya Tuhan
Aku tahu kini bahawa putra-putraku sekarang bukan milikku
Putra-putraku kini menjadi telah menjadi milik Mu yang abadi
Aku berharap sangat Ya Rahman Ya Rahim semoga aku akan dapat dipertemukan dengan putra-putraku  satu hari nanti walaupun sekadar dalam mimpi. Kerana Kau sememang akan memakbulkan setiap doa-doa hamba Mu…

UmmiMDAZA
10/12/2012 (11.05pm)

Tuesday, 4 December 2012

Disember Yang Penuh Nostagia

Disember datang lagi…biasanya bulan ini dikait dengan musim cuti sekolah dan musim tengkujuh.  Cuti sekolah kali ini kami tidak kemana-mana, tiada dalam perancangan lagi….dan tiada juga cadangan dari anak-anak. Disember yang lepas kami juga tidak ke mana Cuma ke rumah “ibu” di Melaka itu hanya seketika….tapi tika itu abang telah tiada dan adik masih lagi bersama kami. Adik pernah berkata “tak sedaplah gi jalan-jalan kali ini sebab abang tak ada”.
Hujan yang turun tidak berhenti sejak dua tiga hari ini tidak membataskan kami untuk terus ke “pusara bernisan biru”. Kalau dulu kami berempat meredah hujan demi ke pusara abang tapi kini kami yang bertiga meredah hujan ke “sepasang pusara bernisan biru” dan juga pusara ayahanda…..walaupun dalam hujan renyai mau pun lebat kami tetap akan membersih pusara kalian.
Teringat satu ketika dulu bila hujan turun dengan lebatnya adik termenung jauh dan berkata “ basahlah kubur abang ya Ummi, macamanalah abang kat dalam tu tentu banyak air yang masuk…ehmmm…jom lah abah kita belikan payong besar unutk abang….kesian kat abang”..begitulah adik setiap kali rahmat Allah dari langit turun…dia pasti resah dan gelisah. Dan setiap kali waktu makan pula adik selalu Tanya “hujan-hujan ni abang makan apa?” lantas angah menjawap “abang makan lagi sedap dari kita kat syurga sana tu, kat sana abang duduk dalam istana buat dari emas,makan dan minum dalam pinggang dan gelas emas ,tidur atas katil emas…langsung tak kena hujan”…ternganga mulut adik mendengarnya dan berkata  ”bestlah abang.. kalau gitu adik nak pergi kat sana jugak lah , adik dah tak nak tidur kat katil angry bird tu lgi…tak sedap langsung..”…masih terngiang-ngiang di telinga kami, kami ingatkan semua itu omongan adik belaka..tapi itu adalah pentanda awal rupa Cuma kami yang tidak tahu….
Kini semua hanya tinggal kenangan…adik kini sedang bergembira bersama abang di Taman Syurga MilikNya…bersama-sama menimati juadah yang sedap-sedap, tidur yang lena di katil emas, dan tentu abang amat bergembira kerana adik juga dapat menimati apa yang abang telah nikmati ….kerana kamu berdua amat rapat dan abang selalunya akan berkongsi setiap apa yang  dia ada dengan dengan adiknya…kami disini tetep dan akan sentiasa berdoa semoga kita di ketemukan di Taman Syurga milik Allah…Amin Ya rabullalamin…

Rindu sangat-sangat..
UMMIMDAZA..3/12/2012(4.45pm)

Saturday, 1 December 2012

Betapa Indahnya Rindu

Abah yang penyayang bersama dgn permata hatinya hanya tinggal kenangan

1/12/2012 genap sudah tujuh bulan pemergian adik, 30/11/2012 yang lalu genap sebulan abah menyusuli kedua orang cucu-cucunya. Walau pun semakin lama semakin jauh orang tersayang pergi meninggalkan kami namun kenangan bersama tersayang semakin hampir dengan mereka.
Lena ku sering terjaga, selera ku sering terganggu, perjalanan ku sering terhenti, gelak tawa ku acapkali tidak ada berpenghujungnya, menontonpun hilang tumpuannya. Serba tak menjadi….
Malam sebelum mata terpejam lena sering memohon dan mengharap bertemu insan-insan yang tersayang di dalam mimpi mimpi ku….agar terubat rindu yang semakin membuak-buak ini. Makan sering kali tidak tertelan dan terkadang hilang rasanya dek kerana kurangnya ahli di meja makan. Percutian seolah-olah tidak bermakna buat kami..tiada lagi sorakkkan kegembiraan apabila diajak bercuti….Waktu menonton sunyi sepi….sebenarnya aku rindu pada kelagatan anak-anak berebut remote dan channel tv dan hati tersentuh apabila sesekali angah menonton channel 611, channel kegemaran adik-adiknya …dia juga merinduinya……
Terlalu merindui waktu bersama-sama mereka……………………..

Selalu merinduinya
Ummimdaza
2/12/2012

Monday, 19 November 2012

Selamat menjadi tetamu Allah wahai si bidadari syurga

Kala ini waktu ini aku dihimpit rasa rindu yang teramat sangat.....pedihnya hanya Allah saje yang mengetahuinya...puas sudah memujuk hati...namun air mata ini terus laju mengalir tanpa hentinya.
Aku ingin menjadi insan kuat dalam menghadapi ujian Mu, tapi aku tidak mampu menahan rasa rindu itu.
Walaupun sudah setahun abang pergi diikuti adik 6 bulan yang lalu...rasa rindu itu tidak pernah kurang malah makin membuak-buak,wajah manja adik dan raut manis abang silih berganti bermain-main difikiran ku. Suara nyaring adik dan usikkan nakal abang terngiang-ngiang dicuping telinga ini....Ya Allah tidak tertanggung rasanya...
Ya Tuhan ku .... aku sedar bahawa putra-putra ku telah pergi buat selama-lamanya..dalam usia belum mencapai baligh...Aku bersyukur putra-putra ku pergi sebagai bidadari syurga.Tanpa dosa,tanpa hisab,tanpa  persolan dari Mu Ya Allah.Walaupun secara tiba-tiba dan cuma seketika untuk aku menatang sebelum mereka pergi buat selama-lamanya...putra-putra ku adalah pilihan Allah di berikan aku  kesedihan yang teramat di dunia ini demi kegembiraan di akhirat kelak....di sana nanti sudah ada bidadari keci yang menanti...menunggu kedatangan ummi dan abah dengan penuh rindu..............
Duhai penghuni syurga, jagailah bidadari syurga ku di sana. Insyallah suatu hari nanti, aku diberi peluang bertemu kembali dengan putra-putraku. Abang dan adik, bermainlah sepuas-puasnya, bergelak ketawalah sayang.....berlari sahaje ke mana yang kalian mahu. Jangan lupa akan ummi dan abah di sini.....

Duhai si badadari syurga
tenang lah kamu di sana 
tiafa lain melainkan syurga buatmu
insan suci dari dosa dan noda
sabarlah ummi sabarlah abah
di akhirat kelak
anakanda pasti menunggu di pintu syurga
memimpin tangan membina kehidupan abadi
semoga diri anakanda dirahmati...

Rindu yang teramat sangat

UmmiMdaza

19/11/2012(10.35pm)

Saturday, 10 November 2012

Kehilangan Ayahanda Tercinta....

Kami baru saje kehilangan abah tersayang, sudah 2 minggu dia pergi mengadap Yang maha Esa, pergi yang tidak akan kembali lagi, Jam 11.30 malam 30/10/12 dalam perjalanan ke Hospital Pakar Kuantan disamping emak yang dicintainya, wajahnya kami tatap buat kali terakhir. Sedih itu sudah pasti namun tiada seselan, Alhamdulillah perginya mudah, urusan pengebumian juga mudah. Abah kami semadikan berhampiran dengan pusara cucu-cucnya (pusara bernisan biru). Subuh itu hujan turun dengan renyai-renyai seolah-olah memahami hati kami sekeluarga yang sayu dan pilu.
Pusara Abah Berhampiran Pusara Bernisan Biru

-Tiada lagi suara abah mengaji di waktu pagi,
-Tiada lagi kedengaran suara leteran abah  mengejutkan anak cucunya sembahyang subuh.
-Tiada lagi gaduhan antara abah dan emak di dapur ketika emak menyediakan sarapan pagi.
-Tiada lagi pembantu emak di dapur setiap kali lebaran mendatang.
-Tiada lagi kedengaran jeritan Ain disetiap pagi dan malam kerana usikan dari Aki
-Tiada lagi kedengaran rengetan kesakitan di setiap malam.
~Emak pasti  rindu untuk menyediakan sarapan ,makan tengahari dan malam untuk abah.
~Emak pasti rindu dengan suara yang memanggil-manggil dan rindu untuk mengurut badan ketika sakit.
~Emak pasti rindu untuk bersembang kisah-kisah silam sambil menikmati minum petang.
~Emak pasti rindu untuk menemani abah setiap kali abah dimasukkan ke hospital.
Walaupun emak nampak tenang dan tabah, namum kami tahu emak orang yang paling sedih dan paling merasai kehilangan  abah. 52 tahun emak dan abah melayari bahtera perkahwinan mereka.segala onak dan duri  diharungi bersama.
~Maafkan kami andai kata, kata bahasa kami yang selalu membuat abah tersinggung
~Maafkan kami andai kata, tingkah laku yang tiada santunnya yang membuatkan abah sering terluka
~Maafkan kami andai kata, kata –kata nasihat yang diberikan sering kali kami pandang sepi
~Maafkan kami pada janji yang selalu terabai
~Maafkan kami  kerana sering memandang ringan setiap pada permintaan abah
~Maafkan kami abah, maafkan kami anak-anak mu.
                Abah tetap akan hidup dalam diri kami. Akan kami bawa bersama – sama semangat abah disepanjang perjalanan hidup kami.Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah untuk abah tercinta Haji Samat@ Harun bin Abdullah.
Keluarga Besar Kami

Kasih anakanda
UmmiMdaza
11/11/12(10.45 am)

Sunday, 28 October 2012

Jadikan Aku Insan Tabah Dalam Dugaan Mu

Melahirkan anak itu sangat berat, kadang-kadang sampai menewaskan ibu yang melahirkannya. Kepada anak tertumpah harapan di ibu di masa datang. Tapi malang bagi ibu, anaknya meninggal waktu masih kecil. Sebagai balasan dari Allah, dijadikan-Nya 3 atau 2 anak yang meninggal itu menjadi dinding bagi si ibu dari api neraka, Kalau ia sabar menerima ujian dari Allah.
 Ohhh hati..tabah dan bersabarlah...semoga akan tiba hari yg paling dinantikan itu.... doakanlah ummi,abah dan kesemuanya agar tidak selalu leka... sesungguhnya ummi hanya insan biasa dan mudah lupa....
 Ya Allah, sesungguhnya pada aku bergantung harap. Ku bermohon kau perkenankanlah segala permohonanku. Kau kabulkanlah segala doa ku di tikar sujudku. Inilah ikhtiar terakhirku setelah mencuba sehabis baik.

Ya Allah..
jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??

Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah
jadikan aku sahabat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??

Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun x akan rapuh
tetap teguh..

wahai kaum hawa..

kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau x setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau x semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!!

UmmiMdaza
28/10/2012(11.05pm)

Wednesday, 24 October 2012

Setahun telah berlalu (Al Fatihah buat Putra tersayang)

Hari ini 24hb Okt,12…bermakna esok 25hb Okt’12 genap sudah setahun abang di jemput pulang oleh Allah yang maha esa. Cepat sungguh masa berlalu…airmata ummi tidak henti mengalir ….kerana masih segar diminda ummi  apa yang berlaku setahun yang lalu,disaat akhir usia abang… masih terasa lagi hangat nya pelukkan abang sambil jari jemari melatar ke setiap genap tubuh ummi, kucupan yang tidak henti-hentinya diseluruh muka ummi, kata-kata sayang masih lagi terngiang-ngiang….senyuman manis dan manja masih lagi bermain-main di mata… dalam keadaan yang tenat kita itu sempat lagi abang bergurau dengan ummi dan abah Mengenangkan esakan abang sambil berselawat membuat hati ummi makin bertambah sebak…. setiap hela nafas abang ummi masih terasa kehangatannya….saat yang paling memilukan takkala abang bisikkan “ummiiiii…abang mintak maaf banyak-banyak…mintak maaf banyak-banyak ya ummiiiii……” dan akhirnya abang pergi medahului kami dalam pangkuan ummi…dalam pelukkan ummi….
Maafkan ummi…saat abang dimandikan …ummi tidak dapat memandikan abang…tika itu hati ummi betul-betul tidak keruan..seolah-olah hilang punca…dan saat kain putih mulai membalut tubuh abang…ummi dapat melihat kesucian di wajah abang, terlalu mulus dan terlalu jernih sayang….dikucup dahi abang buat kali terakhir dingin sekali…lebih dingin dari embun pagi dan terasa ingin memeluk tubuh kaku abang semau-maunya.….Ummi mengiringi abang ke perkuburan…ummi tidak mahu ketinggalan menghantar sampai ke liang lahat…ummi tetap  sisi pusara abang …tidak sanggup rasanya melihat timbunan tanah menutupi pusara abang…longlai seluruh tubuh ummi…
Kini setahun sudah berlalu dan kini adik juga turut bersama abang di taman syurga milik Nya. Setiap hari ummi, abah dan angah tidak pernah lupa ke “pusara bernisan biru”…di sinilah segala rindu kami akan tertumpah walaupun hanya sekadar dimenatapi dan mengusap “pusara bernisan biru”.Salam diberikan dan al fatihah dikirimkan….doa dipanjatkan agar suatu hari kita pasti diketemukan.di “alam sana”. Dan percaya hingga ke saat dan detik ini tidak pernah sekali kenangan bersama putra-putra hilang dari ingatan ini.
Ya Allah …aku pohon pada Mu peliharalah kami dengan rahmatmu,pandanglah kami dengan kasih sayangMu. Kurniakan kami kesabaran, kau limpahkan kami dengan keimanan Kau peliharalah keluarga ku
 SELAMAT TIDUR ANAKKU
(25/10/2012...GENAP SATU TAHUN KEPERMEGIAN MU)

Selamat tidur anakku
Bila malam gelap, dingin dan hujan
Bila siang panas menyengat dan debu bertaburan
Ummimu selalu melindungi tubuhmu dengan bertaburan do'a

Selamat tidur anakku
Dulu abahmu ini selalu mendongeng tentang kancil kecil menghitung buaya saat mengantar dirimu tidur menjelang larut
Saat inipun abahmu senantiasa bercerita dan abah harap dirimu mendengarkan di sana

Selamat tidur anakku
Sudah satu tahun dirimu tidak lagi dipelukanku...
Kepedihan hati ummimu ini tidak juga sirna...
Ingin sekali ummi menyusulmu anakku...
Tapi Tuhan tidak memperbolehkan dan juga..
masih ada angahmu yang harus ummi lindungi ...

Ach.. anakku sayang..
Selamat Tidur...Suatu saat kami pasti kembali bersamamu....
Suatu saat kita pasti berkumpul......

Sayang tidak pernah putus
UMMIMDAZA
24/10/2012(3.52 pm)

Sunday, 21 October 2012

Ya Allah Pelihara Kami Dalam Rahmat Mu

Bangkit dari tidur hari ini terasa begitu kosong dan tiba-tiba terasa sunyi yang amat sangat. Kosong dan sunyi di ruang mata dan juga disetiap ruang hati. Apa yang dipegang dan buat serba tidak kena.
Terdengar-dengar deruman enjin motor along….., rindu untuk kejutkan along untuk sembahyang subuh…,
Terdengar-dengar dengan pertanyaan Abang..”Ummi..masak apa pagi ni?”..rindukan pada rengetan  yang minta  air milo…
Terdengar-dengar dengan panggilan Adik….”Ummi mai sekejap”…..rindu pada jari-jari kecil yang mencari puting susu ummi..
Dan kini hanya tinggal angah dan abah yang menjadi peneman setia ummi, pada merekalah tempat ummi mencurahkan segalagalanya.
Ya Allah ..hanya pada Mu aku terus memohon, pelihara kami dalam rahmat Mu, pandanglah kami dengan ehsan dan kasih sayang Mu, Kau kurnikan kami kesabaran, kau limpahkan lah kami dengan rezekiMu, Kau peliharalah keluarga kami…jadikanlah kasih sayang kami hanya kerana Mu.
Ya Allah Kau peliharalah zuriat keturunanku, jadilah puteriku hamba mu yang terpuji..Maha suci Ya Allah kau peliharalah hatiku..kau jadikan terus kuat kerana cinta ku pada Mu Ya Allah…kurniakan aku kesabaran Ya Allah…
Airmata ini adalah kerana rasa insafku atas kelemahan diriku…airmata ini adalah rasa rinduku pada yang telah pergi….air mata ini adalah milik seorang ummi yang akan tetap menjadi pencinta yang setia….

Rindu yang tiada penghujungnya..
UmmiMdaza
21/10/2012(4.28)

Monday, 15 October 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA

Sudah beberapa malam ini tidur ummi asyik terganggu sahaje…puas juga dipujuk hati ini supaya jangan terlalu mengikut kata hati..dan sesekali ianya tewas jua…dan beberapa kali juga bangkit di setiap pagi meluru ke almari baju kalian mencium dan memeluk baju-baju kalian…mencium sepuas-puasnya.Masih ada saki baki bau badan kalian.
Sedar tak sedar masa jauh meninggalkan kita dengan hari –hari yang berlalu banyak mencipta kenangan,sejarah dan pelbagai cerita. Pernah juga sesekali minda di bawah sedar ummi berkata-kata “seandainya kalian masih bersama kami tika ini, ummi akan sentiasa mengulik, mendodoi dan sesekali tidak akan menjentit kalian.
Tapi hakikatnya sudah hamper satu tahun abang pergi dan 6 bulan kemudian adik pula menyusur…namun tidak sedikitpun ingatan ummi padam dari terus mengingati kalian.Betapa dalam kasih dan cintanya seorang ummi..andainya kalian mengerti wahai putra-putra ku…betapa ummi sanggup memindahkan segala kesakitan kalian andai itu dapat dilakukan.
Ummi tahu kalian amat aman dan damai di “alam sana”…tiada tolak bandingnya.Allah menempatkan kalian ditempat yang paling indah dan menjanjikan perkhabaran yang gembira buat kalian…dan ummi akan terus menghitung hari…entah bila pula akan dijemput pergi….
Tersentuh sungguh hati ummi dan abah…airmata tidak henti mengalir..bila mendapat tahu bahawa teman sekolah abang masih lagi menggunakan nama abang setiap kali guru kelas meminta membuat ayat-ayat. Rupanya bukan kami sahaje merindui abang..ramai orang diluar sana yang amat merindui akan kalian berdua..
Ya Allah ..sungguh indah rindu ini..walaupun sesekali ianya menikam kalbu dan jiwa…Ya Allah terima kasih atas perasan yang kau berikan padaku..pasti ada hikmahnya yang tersembunyi…pasti ada sebabnya kami di diuji begini…Selalu ummi  memujiuk hati apa sangat ujian yang ummi terima ini….jika dibandingkan dengan orang yang lebih teruk diuji dalam hidupnya…terima kasih Ya Allah kerana kasih dan sayang Mu terhadap kami.

Kasih tidak terhingga 
UMMIMDAZA
15/10/2012(10.52)

Thursday, 4 October 2012

Setiap Hela Nafas Ummi Adalah Syarat Rindu Ummi Buat Putra-Putra....

Baru saje mata mau terpejam…tiba-tiba kenangan bersama-sama adik sewaktu di hospital datang menerjah. Satu persatu diulang tayang didepan mata ummi. Dari mula adik di masukkan ke hospital sehinggalah saat-saat adik dijemput pulang..kata-kata adik, bisik-bisikan, rengetan manja, tangisan kesakitan silih berganti menusuk ke gegendang telinga ummi.
Terkadang terdengar-dengar suara adik ketawa mengekek-ngekek, sambil berlari-lari keriangan. Ternampak-nampak adik membongkok-bongkok menyudahkan kerja-kerja sekolah sambil menyanyi-nyanyi lagu kesukaan adik “ 2 mata, 2 telinga 2 tangan ngan kaki……” sesekali disulam dengan zikir “astrafirlullah rabalbaroya”makin lama makin kuat…..dan tiba-tiba terdengar kalimah terakhir adik buat ummi….”ummii…………..adik…..sayang…sangat kat ummi..sayanggggggggggg sangatttt……
~”Ya Allah Ya Tuhan besar sungguh ujian Mu untuk ku…aku redha apa juga yang Engkau telah rancangkan dan takdirkan buat ku aku insan yang sangat lemah dan aku hanya mampu berserah setelah sedaya upaya mencuba tapi gagal jua mengawal perasaan ini…bantulah aku Ya Allah….setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, kasih dan sayang …ajarlah aku Ya Allah…izinkan hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku bersyukur dan berdoa kepada Mu Ya Allah….”~

Rindu tidak pernah pudar

Ummi Mdaza
4/10/2012 (10.53)

Saturday, 29 September 2012

Betapa hebatnya rindu seorang Abah....

Sudah lama tidak nampak abah menangis…semalam waktu di kuburan .. kelihatan manik-manik jernih membasahi pipi abah..takkala abah mula membaca al fatihah di hadapan sepasang pusara bernisan biru.  Abah teramat-amat rindu….rindu pada putra-putranya yang berada jauh di “alam sana”. Hebatnya rindu seorang abah, agaknya mampukah rasa rindu itu dirasai oleh putra-putranya yang berada jauh di “alam sana”.Hebatnya rindu seorang abah apabila Allah sampaikan rasa rindu itu pada putra-putranya.
Dua hari ini abah bercuti…pada suatu ketika dulu kalau abah bercuti orang yang gembira adalah abang dan adik, kerana ke sekolah akan dihantar abah balik sekolah akan dijemput abah, makan tengahari dikedai bersama abah dan adik sudah pasti tidak ke rumah Ma, akan tetap bersama abah sepanjang abah bercuti. Itulah abah, abah sememang terlalu rapat dengan putra-putranya, abah amat jarang mengatakan “tidak” pada setiap permintaan putera-puteranya. Tidur abah agak awal jika di banding dahulu,  sebelum tidur abah akan bergomol dan bergurau dengan putra-putranya terlebih dahulu, hari-haripun begitu dan kadang-kadang kamu berdua tertidur di depan TV kerana keletihan..dan abah akan mengangkat putra-putranya ke kamar tidur, abang yang sudah mencecah lebih 30 kilo itu abah akan mengangkatnya. Abah akan memastikan keperluan anak-anaknya semua lengkap untuk esok harinya sebelum abah masuk tidur. Makan? Yang ini memang cukup jaga, apa sahaja diminta abah pasti dapatkannya walaupun hari sudah jauh malam, kalau ada jamuan di pejabat  dan kebetulan makanan yang dijamukan itu adalah makan kegemaran putra-putranya abah rela tidak makan kerana teringatkan putra-putranya.
Airmata abah makin deras mengalir , takkala terdengar-dengar tangis dan tawa putra-putra seolah-olah  memanggil-manggil agar terus sentiasa bersama-sama untuk menemani mereka . Namun kasih sayang seorang abah tetap menenggelamkan segala kerisauan dan segala kebuntuan yang bersarang, abah seorang kuat dan tabah satu kurnia dari Allah Yang Maha Esa.
Cukuplah sekadar ia sebuah perasaan.
Hebat bukan kepalang!!!!!!!!!!!!
Kasih seorang abah
  Rindu sangat-sangat
 UMMIMDAZA
 29/9/2012 ....10.15pm
                
Sunday, 23 September 2012

Terus Di Uji

Di uji dan terus di uji….lagi, Ya Allah sesungguh hanya Engkau sahaja yang mengetahui dan aku pasti ada hikmah nya di atas setiap ujian dari Mu. Khabar mengenai Along betul-betul membuatkan ummi terkedu. Memikir dan terus memikir , berdoa dan terus berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh segalanya. Ya Allah selamatkan dia segala perkara yang tidak diingini.
Sepanjang hari ini ummi asyik menangis dan menangis. Saat-saat begini ummi teringat sangat-sangat pada putra-putra ummi, kerna setiap kali airmata mulai jatuh ke pipi adik cepat datang mendapatkan ummi untuk menyeka airmata dari terus jatuh membasahi pipi ummi , abang dan angah akan mengenggam erat tangan ummi sambil memujuk ummi jangan terus menangis. Kalau suatu ketika dulu kalianlah menghibur hati tika duka datang melanda, akan pergi rasa duka itu bila melihat gelagat-gelagat lucu dan nakal kalian.
Sering terjaga dalam kepekatan malam memanjat doa dan bermunajat kepada Mu Ya Allah. Menangisnya ummi bukan tidak redha dengan ketentuan Nya. Keluhan yang kadang-kadang terkeluar bukan bermakna kesal dengan kehendak Nya. Tapi itulah ummi, insan lemah yang selalu tewas dengan mainan perasaan,  yang selalu tergoda dengan bisikan-bisikan halus. Masih belum cukup kuat rupanya.
Ya Allah Ya Rabbi Kau kurniakanlah dalam diri hambamu ini rasa ketaqwaan, kesabaran, lebih tawaduk dan lebih dengan keredhaan selepas ini. 

rindu tidak terhingga......

Kasih tidak pernah putus

Ummimdaza
(23/9/2012..10.59 pm)

Sunday, 16 September 2012

PUSARA BERNISAN BIRU~TAMAN SYURGA PUTRA-PUTRA KU

Pada petang terakhir syawal ummi dan abah ke pusara bernisan biru lagi, sunyi sepi sekali petang ini, tidak seperti hari –hari sebelumnya(di bulan syawal) .Disepanjang bulan syawal kunjungan tidak pernah putus…Bagi ummi dan abah tidak pernah sekali kami tidak berkunjung ke pusara bernisan biru, rasanya tidak lengkap hidup kami kalau tidak ke pusara bernisan biru…Rutin kami seperti biasa membersih dipersekitaran pusara bernisan biru. Hati kami senang sekali takkala melihat ahli keluarga penghuni kubur datang menziarahi pusara keluarga mereka di bulan syawal yang lepas persekiran telah pun di bersihkan.
Biar apa pun yang orang kata dan tanggapan mereka  terhadap ummi dan abah, kami tidak peduli, kami tetap akan tetap kepusara setiap hari jika dizinkan tuhan. Kami ke pusara kalian bukan untuk menangis atau meratapi kepulangan kalian, dan bukannya kami tidak rehda, bukan sama sekali, silap sama sekali tanggapan sesetengah mereka di luar sana terhadap kami. Kami ke sini kerana  sudah menjadi  kebiasaan pada kami  untuk membersih dan menjaga persekitaran pusara bernisan biru ,  yang pastinya bila kami ke sini terubat jua sedikit kerinduan terhadap kalian. Tapi yang lebih pentingnya ianya mengingatkan kami tentang kematian dan tempat kami di sini jua suatu hari nanti. Sesetengah orang di luar sana mungkin tidak akan faham akan perasaan kami, kerana mungkin tidak dirasai  oleh mereka yang bukan bergelar ibu dan bapa, tidak mungkin dirasai pada mereka yang belum pernah kehilangan permata mata hati, bukan satu tapi dua, bukan bertahun tapi berbulan sahaje.
Kami terasa amat senang sekali melihat kemboja di pusara kalian makin merendang, daun makin merimbun, bunganya mulai berkembang. Dan begitu ralit mendengar beburung berkicaun riang sambil menyapu dan mengutip daun-daun kering yang berguguran. Abah seolah-olah sedang bersenam setiap kali peluh ditubuh mengalir membasahi bajunya takkala mencangkul dan merumput di persekitan pusara bernisan biru. Dan seterusnya abah akan  membakar kesemua daun-daun kering yang ummi dan angah kumpulkan tadi. Puas………….Sebelum berangkat pulang kami sama-sama menyedekahkan al – fatihah buatk putra-putra dan penghuni kubur yang lain. Insyallah jika dipanjangkan umur dan ada kelapangan di hari esoknya atau hari berikurnya kami akan ke sini lagi….Di Taman Syurga Putra_Putra Kami.

Kasih  kami tidak pernah kurang
Sayang kami tidak pernah luak
Cinta kami tidak pernah tercalar
Rindu kami tidak pernah susut
Kenangan bersama kalian tidak mungkin terpadam

UMMIMDAZA
17/9/2012 (12.30pm)

Monday, 3 September 2012

BILA RINDU BERTAMU LAGI

Rindu datang lagi...baru sehari tidak ke "pusara bernisan biru" seolah-olah sudah beberapa hari tidak ke sini. Seperti biasa kami disapa dengan bayu petang yang bertiup lembut,kicauan burung bernyanyi syadu, terpandang sahaje sepasang pusara bernisan biru hati tiba-tiba menjadi sebak teramat sangat, Salam diberi al Fatihah di baca untuk penghuni pusara yang lain, langkah dipercepatkan ingin segera sampai ke sepasang pusara bernisan biru. Sesekali terhidu  bau wangi-wangian..yang dibawa oleh bayu petang... 
Tangan mengusap lembut sepasang pusara bernisan biru,menyapu-nyapu saki baki butiran pasir yang melekat pada kepok sepasang pusara bernisan biru. Air mata terus mengalir laju. Entah mengapa hari ini rindu itu semakin membuak-buak, puas sudah memujuk hati agar tidak menangis..tapi tewas jua dengan mainan perasaan. Dan akhir setelah bebapa kali kalimah astrafillullah disebut.... Alhamdulillah dapat juga mengawal perasaan agar tidak dilepaskan tangisan dengan keterlaluan. Satu-satu persatu kalimah suci ummi alunkan buat putra-putra ummi.  Hati kembali tenang, perasaan mulai senang. Namum rindu tidak pernah terkurang
Putra-putra ummi yang tersayang...ummi terlalu rindukan kalian...rindu itu satu nikmat,tidak semua orang yang dapat merasai apa itu rindu dan juga bagai kan sembilu apabila ianya semakin menebal....dan wahai permata hati ku, ummi sememang boleh berkongsi cerita namun tidak boleh berkongsi rasa rindu dengan sesiapa pun...hanya Allah sahaje yang maha mengetahui.....

Sayang Sangat-sangat
UmmiMdaza (3/9/2012...9.35pm)
Rindu datang lagi...baru sehari tidak ke "pusara bernisan biru" seolah-olah sudah beberapa hari tidak ke sini. Seperti biasa kami disapa dengan bayu yang bertiup lembut,kicauan burung bernyanyi syadu, terpandang sahaje sepasang pusara bernisan biru hati tiba-tiba menjadi sebak teramat sangat, Salam diberi al Fatihah di baca untuk penghuni pusara yang lain, langkah dipercepatkan ingin segera sampai ke sepasang pusara bernisan biru. Sesekali terhidu  bau wangi-wangian..
Tangan mengusap lembut sepasang pusara bernisan biru,menyapu-nyapu saki baki butiran pasir yang melekat pada kepok sepasang pusara bernisan biru. Air mata terus mengalir laju. Entah mengapa hari ini rindu itu semakin membuak-buak, puas sudah memujuk hati agar tidak menangis..tapi tewas jua dengan mainan perasaan. Alhamdulillah dapat juga mengawal perasaan tidak dilepaskan tangisan dengan keterlaluan. Satu-satu persatu kalimah suci ummi alunkan buat putra-putra ummi.  Hati kembali tenang, perasaan mulai senang. Namum rindu tidak pernah terkurang
Putra-putra ummi yang tersayang...ummi terlalu rindukan kalian...rindu itu satu nikmat,tidak semua orang yang dapat merasai apa itu rindu dan juga bagai kan sembilu apabila ianya semakin menebal....dan wahai permata hati ku, ummi sememang boleh berkongsi cerita namun tidak boleh berkongsi rasa rindu dengan sesiapa pun...hanya Allah sahaje yang maha mengetahui.....

Friday, 17 August 2012

Kekuatan demi kekuatan kami pohonkan

Rasa begitu malas untuk bersiap atau mengemas segala persiapan raya. Semuanya macam tak menjadi, apa yang yang dipegang semuanya salah. Kalau dulu masa tengah bersiap dan mengemas inilah masa mereka untuk mencuba dan mengayakan baju,seluar dan kasut raya mereka. Di cuba dan di gayakan satu persatu dengan pelbagai aksi....seronoknya melihat gelagat anak-anak tika itu...
Raya yang lepas-lepas 4 biji beg masih belum tentu cukup...kalau boleh masing-masing inginkan beg pakain yang berasingan...semuanya hendak diisi dan di bawak beraya  ke rumah Tok di Tanjong Api ataupun di rumah Wan kat Pahang Tua tapi tidak sekarang....sebiji sudah mencukupi.Angahpun tidak seghairah mana, semuanya lebihkurang belaka...baju yang dibelikan pun tidak dicubanya..dia menjadi begitu sensitive sekali....terasa dengan banyak perkara, terasa dengan cakap-cakap dan tingkahlaku orang-orang sekiling dengan dia..kata angah dia ingin berkongsi rasa dan cerita saje tapi tiada siapa yang memahami dia kecuali abah dan ummi .... sabar lah sayang janganlah bersediha...kita tidak boleh memaksa orang untuk berkongsi rasa itu. Angah kalu boleh ingin beraya di rumah sendiri...dia tidak sanggup menghadapi raya nanti tanpa adik-adiknya...

Kekuatan demi kekuatan kami pohon dari Mu..

Kasih umpama air yg mengalir
"UMMIMDAZA" 18/8/12( 5.28 am)